Share

BAB 12

TUBUHNYA direbahkan di atas katil. Kepenatan berjalan kaki di tepi pantai petang tadi masih lagi terasa. Otaknya masih ligat bekerja untuk mengingati di mana dia meninggalkan diari merah jambunya. "Wahailah diari kesayanganku, di manakah kamu? Terasa hidupku tak lengkap tampamu wahai si dairi merah jambuku. Eh, apa aku merepek ni?" 

Lengannya diletakkan di atas dahi, matanya layu. Baru sahaja hendak tertutup rapat matanya itu, tiba-tiba telefon bimbit miliknya berdering. Matanya terbuntang luas seraya mencari arah bunyi itu. Telefon bimbit yang disimpan di dalam beg tangannya itu segera dikeluarkan. Tertera nama Rayyan Zafrul (The Boss) di skrin.

"Helo... Ye tuan, ada apa call?" soal Zuriana Imani, bosan.

"Ehem... Assalammualaikum awak," ucap Rayyan Zafrul di dalam talian.

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status