Share

4

"Perhatian!"

"Ini adalah pengumuman panggilan terakhir menaiki pesawat terutama untuk penumpang Nurul Sofea, Ahmad Shukri dan Aqif Azka yang ditempah dalam penerbangan Boeing B737-800 ke Rusia. Sila ke pintu 1 dengan segera. Pemeriksaan akhir akan selesai tidak lama lagi dan kapten akan memerintahkan pintu pesawat ditutup dalam masa sepuluh minit."

"Saya akan ulangi lagi. Ini adalah panggilan terakhir untuk Nurul Sofea, Ahmad Shukri dan Aqif Azka. Terima kasih."

Aqif Azka bersalaman dengan keluarganya. Namanya dipanggil. Sudah tiba masanya dia berangkat ke Rusia.

Hanya Megat Andri, Tengku Rihanna dan Adwa Amzar menghantar Aqif Azka ke lapangan terbang kerana yang lain mempunyai urusan penting.

Aafi Azhad, Marini dan Adi Adham bekerja. Shiren pula menjaga rumah manakala Afiq Aizad perlu menghadiri kelas tambahan memandangkan dia bakal SPM pada tahun ini.

"Aqif pergi dulu." 

"Aqif dah beli Travel Insurance?"soal Tengku Rihanna.

"Dah." Aqif Azka mengangguk. 

"Kalau dah sampai di Rusia, telefonlah kami. Jaga diri dan berhati-hati,"pesan Megat Andri.

Aqif Azka tersenyum nipis.

Dia melangkah menuju ke pintu pemeriksaan keselamatan. Dia menoleh ke belakang untuk kali terakhir.

Dia melihat keluarganya sedang melambaikan tangan kepadanya. Dia membalas lambaian itu sebelum seluruh badannya masuk ke dalam pintu pemeriksaan keselamatan.

ADI ADHAM menarik setiausaha barunya duduk di atas riba. Dia mengelus lembut rambutnya. Haruman rambut perempuan itu menggoda naluri lelakinya. Dia memusingkan tubuh perempuan itu menghadapnya.

"What's your name?"

"Kalia."

"Such a beautiful name."

Kalia tertunduk malu. Jantungnya berdegup kencang saat membalas tatapan Adi Adham. Mata lelaki itu seakan mempunyai aura yang kuat. Dia bisa jatuh kepada lelaki itu jika lelaki itu tidak melepaskannya.

"Encik Adi, saya minta maaf. Saya rasa kita tak patut duduk macam ni,"ujar Kalia perlahan.

"Kenapa?" Adi Adham menaikkan sebelah keningnya.

"Encik Adi dah kahwin. Saya takut Puan Shiren marah bila dia tengok kita macam ni,"jawab Kalia.

Adi Adham tertawa.

"Come on, Kalia. Semua orang tahu perangai I macam mana. I boleh berhubungan dengan sesiapa sahaja yang I mahu,"kata Adi Adham.

Kemudian dia mendekatkan mukanya ke telinga Kalia. Dia membisikkan sesuatu.

"Hari ni, I nak you."

"I adalah ketua you. Kalau you nak kekal bekerja di syarikat ni, you wajib penuhi semua kehendak I,"sambung Adi Adham.

"Maksud Encik Adi?"

"Tidur dengan I."

Kalia berdiri sebaik mendengar ungkapan Adi Adham. Dia terkesima dengan perintah lelaki itu. Dia menggelengkan kepalanya. 

Adi Adham juga berdiri.

"Kenapa you menggeleng? You tak setuju? You nak ingkar arahan I?" Dia menghampiri Kalia.

"Encik Adi tak boleh buat saya macam ni. Saya bukan perempuan murah. Saya dah ada tunang dan saya akan kahwin bulan depan. Niat saya datang bekerja di syarikat ni adalah untuk mencari rezeki yang halal. Saya tak akan ikut arahan Encik Adi!"tegas Kalia. Dia perlu mempertahankan maruahnya. 

Adi Adham tersenyum sinis. 

"Good."

Kalia memandang Adi Adham yang sudah duduk semula di tempatnya.

"I nak you kemaskan barang-barang you dan keluar dari syarikat ni dengan segera. I tak perlukan setiausaha macam you. Masih ramai lagi perempuan di luar sana yang nak bekerja dengan I. Setakat you yang berkelulusan Diploma dalam Malaysia, I boleh petik jari aje,"ucap Adi Adham. 

"Ramai perempuan nak bekerja di syarikat ni sebab mereka tak tahu perangai sebenar Encik Adi. Selama ini saya mengagumi Encik Adi. Encik Adi berjaya di dalam perniagaan dan menjadi inspirasi anak muda. Tapi sekarang, saya tidak lagi menghormati Encik Adi. Encik Adi kena ingat bahawa harta yang Encik Adi ada sekarang ni adalah milik Tuhan. Kalau Tuhan nak tarik rezeki tu, dalam sekelip mata saja Encik Adi boleh jadi papa kedana,"tutur Kalia dengan beraninya. 

Adi Adham terdiam. 

"Cuba beritahu saya, berapa ramai perempuan yang ditipu oleh Encik Adi? Berapa ramai perempuan yang diambil kesempatan oleh Encik Adi? Kalau saya laporkan perkara ni kepada polis, agak-agak apa yang akan terjadi kepada keluarga Megat Andri?" Kalia mengugut. 

"You ugut I? You nak lapor apa?"tanya Adi Adham.

"Saya akan laporkan kepada polis bahawa encik telah mencuba untuk merogol saya. Saya yakin encik dah buat perkara yang sama kepada perempuan lain,"balas Kalia.

Adi Adham bangun. 

"Get out from here! You jangan datang ke sini lagi!" Dia menolak Kalia keluar dari biliknya.

Adi Adham menongkat tangannya di atas meja. Dia mengeluh. Dia tidak sepatutnya membiarkan Kalia pergi. 

TENGKU RIHANNA perasan bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada Sherin. Dari tadi lagi menantu keduanya itu mendiamkan diri. Selesai memasak, Sherin duduk termenung di atas buaian.

Tengku Rihanna mengambil tempat di sebelah Sherin.

"Sherin kenapa ni? Dari tadi lagi mama tengok Sherin diam aje. Sherin ada apa-apa masalah ke? Nak kongsi dengan mama?"soal Tengku Rihanna. Dia menawarkan dirinya sebagai tempat perempuan itu mengadu masalah. 

Sherin ialah anak yatim piatu. Arwah ibubapanya merupakan kawan baik Megat Andri dan Tengku Rihanna. Mereka mengamanahkan Shiren kepada Megat Andri dan Tengku Rihanna seandainya mereka dijemput kematian. Keluarga itu melayan Sherin dengan baik sekali kecuali Adi Adham kerana lelaki itu dipaksa berkahwin dengannya.

"Mama, Sherin dah bingung nak buat apa lagi supaya Adi sayangkan Sherin. Perangai kasanova dia tak hilang. Apa kurangnya Sherin sampai dia sanggup curang?"luah Sherin kepada orang yang dipercayainya.

Tengku Rihanna mengeluh kecil.

Dari dulu lagi anaknya itu dikenali sebagai buaya darat. Dia ingat sikap itu akan hilang selepas berkahwin tetapi sangkaannya meleset. Sikap buaya darat Adi Adham makin menjadi-jadi.

Adi Adham patut bersyukur kerana mempunyai seorang isteri penyabar seperti Shiren. Tiga tahun tempoh perkahwinan mereka Shiren tidak pernah mengeluh. Dia sabar dengan Adi Adham walaupun lelaki itu tidak menunaikan tanggunggjawabnya sebagai suami.

"Mama pun tak tahu cara apa lagi yang ada untuk pulihkan sikap Adi. Mama minta maaf kalau Shiren tak bahagia dengan perkahwinan ni. Mama minta maaf di atas sikap kasar Adi terhadap Shiren,"ucap Tengku Rihanna mengendur.

Shiren tersenyum sumbing.

"Mama janganlah macam ni. Mama tak salah. Shiren terima Adi seikhlas hati Sherin. Mama pun tahu kan yang Shiren cintakan Adi? Disebabkan cintalah, Sherin bertahan sampai ke hari ini,"ujar Sherin. Dia memaut tangan mentuanya.

Tengku Rihanna mengulum senyum. Dia kagum dengan ketabahan Shiren. 

"Mama tahu Shiren kuat. Mama tak pernah berhenti mendoakan kebahagiaan rumah tangga anak menantu mama. Shiren jangan sedih-sedih tau? Kalau Shiren ada masalah, beritahu pada mama. Jangan dipendam sendiri, nanti sakit hati,"kata Tengku Rihanna.

Shiren hanya mampu mengaminkan doa Tengku Rihanna. Biarlah Adi Adham membencinya asalkan dia tidak pernah lalai menjalankan tanggunggjawabnya sebagai isteri.

"LADIES and gentlemen, welcome to Sheremetyevo International Airport. I'd like to thank you for joining us on this trip and we are looking forward to see you on board again in the near future. Have a nice day stay!"

Selepas siap berurusan dengan pemeriksaan imegresen dan kastam, Aqif Azka menghubungi pihak universitinya agar mengambilnya di lapangan terbang Sheremetyevo.

Sementara menunggu dirinya dijemput, dia duduk di tempat yang disediakan di luar bandara. Dia memerhatikan keadaan sekelilingnya.

Perempuan-perempuan Rusia yang lalu-lalang di hadapannya memiliki wajah cantik seperti jangkaannya. Kebanyakan warna mata mereka ialah hazel, hijau dan coklat. Kulit mereka putih. Hidung mereka pula mancung. 

Perutnya mula berkeroncong kerana di dalam penerbangan tadi dia tidak memesan apa-apa makanan. Dia mengeluarkan roti dari beg yang dibawanya dari Malaysia. Dia makan roti itu untuk mengurangkan rasa lapar. Sempat juga dia menghantar pesanan kepada Megat Andri tentang ketibaannya di negara Rusia.

Tiba-tiba wajah Izza Ghadira muncul di mindanya. Dia merenung lama telefonnya. Perempuan itu belum menghantar sebarang mesej sebagai jawapan kepada lamarannya.

Dia menghela nafas panjang.

Dia tidak terlalu berharap kepada perempuan itu. Jika ada jodoh, mereka akan bertemu semula.

Dia berdiri apabila melihat kereta Moscow State University berhenti di hadapannya. Dia masuk ke dalam kereta itu bersama barang-barangnya setelah memastikan kereta itu adalah kereta dari tempat pengajiannya di negara itu.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status