SOALAN Dania membuatkan aku terkebil-kebil. “Daniel baik. Dia banyak tolong kak Nina,” jawabku jujur, Dania memasamkan muka, dia berpeluk tubuh di depan aku.
“Nia tak nak ahli sihir tu jadi kakak ipar, Nia nak kak Nina. Nia dapat rasakan kak Nina sesuai dengan abang Danny.” ujarnya dengan riak yang tegas, aku terkebil-kebil di depannya.
Ahli sihir?
“Siapa ahli sihir?” soalku keliru.
“Siapa lagi? Kak Yasmin tu la. Make up tebal 12 inci, gedik, seksi— Nia tak suka dia. Fake,” kata Dania lagi, aku mengerutkan dahi aku, siapa Yasmin?
“Kak Nina tak kenal ke siapa kak Yasmin?” soal Dania yang memandang wajahku berkerut itu, perlahan-lahan aku menggeleng kecil tanda tidak kenal.
“Kak Yasmin tu ex abang Danny. Dorang putus dua tahun lalu sebab kak
JAM sudah menunjukkan pukul 9 pagi di telefon Daniel, dia memandang ke tingkat atas menunggu Urwa turun. Dia ada ketuk pintu bilik gadis itu sebelum dia turun sarapan dengan keluarganya jam 8:40 pagi tadi.Sekarang sudah 20 minit menunggu gadis itu keluar dari bilik, papanya sudah ke tempat kerja, mamanya ditemani Cik Siti dan Dania ke pasar untuk jamuan kesyukuran esok pagi.Daniel semakin hilang sabar, dia bangun dari sofanya dan berlalu naik ke tingkat atas, pintu bilik Urwa diketuk namun tiada jawapan, Daniel mula tidak sedap hati— tidak membuang masa dia buka pintu bilik itu dan melangkah masuk ke dalamnya.Kelihat Urwa dicari sebelum keluhan panjang di lepaskan saat ternampak gadis itu masih lena di atas katil di sebelah laptopnya yang masih menyala itu. Daniel mula tertanya-tanya pukul berapa gadis itu tertidur semalam padahal dia sudah pesan tidur awal.Daniel ambil laptopnya itu, ia ma
SEKETIKA kemudian, keretanya dibelok masuk ke dalam sebuah tempat parking di mall, dia pilih parking di bumbung, aku lihat kereta di parking masuk ke kotaknya. Dia berhenti memandu namun tidak mematikan enjin. Dia bersandar pada kerusi dengan keluhan yang panjang. Dia kelihatan serabut dan tertekan, tidak pernah aku nampak dia begini. Aku diam saja memerhati pergerakkannya. “Muka kau merah,” ujarku perlahan, aku dengar dia menghela nafas panjang sebelum memandang ke arahku. Aku perhatikan warna merah di kulit wajahnya itu, adakah dia terlalu marah? “How red?” soalnya lembut, aku tersenyum kecil, tanganku naik menyentuh pipi kanannya sekilas sebelum menyentuh pipi kirinya sekilas sebelum melarikan tanganku dari wajahnya semula. “Red,” balasku menandakan kedua-dua belah pipinya itu memang merah. Daniel tersenyum kecil melihatku, tangannya naik mengusap pipiku dengan tiba-
AKU masih terfikir tentang apa yang Daniel kata di mall pagi tadi. Kata-katanya jelas tapi pada siapa dia tuju semua itu? Pada aku ke? Aku tak mahu di katakan perasan pula nanti. Tapi apa yang dia kata tadi betul-betul ganggu otak aku sekarang. Macam mana kalau aku tak cop dia and at the end dia melepas dekat orang lain? Tapi— dia sukakan aku ke? No! Persoalannya, aku suka dia ke? Apa perasaan aku pada dia? Banyak petunjuk— Aku cemburu bila ada perempuan lain dekat dengan dia. Aku tenang bila dekat dengan dia dan aku rasa selamat. Damn it, aku sukakan Daniel ke? ~ ~ ~ Tetamu mula beransur pulang ke rumah, usai saja majlis berakhir, aku lihat Daniel yang sudah lengkap berbaju melayu itu. Aku terkebil-kebil melihat penampilannya itu, berbaju melayu merah dan bersongkok. Daniel ada beritahu semalam pada a
AKU perhatikan Daniel yang sedang memandu itu, riaknya tegang, dia kelihatan masih marah. Aku tertanya-tanya adakah dia masih marah pasal Yasmin? Apa sebab dia terlalu marah? Apa sebab yang Yasmin buat sampai dia terganggu hingga sekarang? Daniel diam memandu dengan tenang namun riak wajahnya masih tegang. Aku gigit bibir bawahku sekilas, aku memandang ke luar tingkap semula. Kereta dipandu dengan laju, kini sudah masuk dua jam di atas lebuh raya. Bosan? Sudah tentu, aku pun tak tahu nak buat apa sekarang. Aku keluarkan telefonku dari poket seluarku, mesej dari papa timbul dengan banyak. Aku melihat mesejnya dengan riak yang kosong— tiba-tiba ada satu mesej dengan nombor yang tidak dikenali masuk. Aku memandang kosong dan membuka mesej itu. From unknown: Watch out I am coming for you
DANIEL melangkah masuk ke dalam rumahnya, dia kelihatan keliru saat sunyi bertemu dirinya sebaik saja dia keluar dari lif itu. Aku memandang sekeliling mencari gadis yang tinggal bersamanya itu. “Urwa?” Panggil Daniel dengan sedikit kuat, sunyi menjadi jawapannya. Daniel melangkah ke arah tandas, pintu dibuka namun kosong. Dia berlalu ke ruang tamu dan ke ruang tidur mereka namun semuanya kosong— tiada kelibat gadis itu. Dia lihat bagasi gadis itu masih terletak elok di mana dia tinggalkan sebelum dia keluar berjumpa bossnya. Daniel menyesal tinggalkan Urwa selepas apa yang dia kata pada gadis itu di dalam kereta petang tadi. Dia sepatutnya minta maaf pada gadis itu sebelum dia pergi berjumpa bossnya. Hatinya tidak aman sepanjang dia bersama dengan bossnya. Dia asyik memikirkan Urwa, adakah gadis itu baik-baik saja? Adakah gadis itu marahkan dia? Adakah gadis iru terluka dengan kata-katanya?
DATO’ Hisham berdiri di depan wad ICU itu sambil merenung ke arah Urwa yang masih tidak sedarkan diri itu. Dato’ Hisham sedang mencari cara untuk hapuskan anaknya sendiri, dia dah tak tahan dengan anaknya sendiri itu. Urwa sudah tiada guna untuknya— untuk kerjanya. Gadis itu lemah dan gila. Dato’ Hisham tahu anaknya tidak stabil mentalnya, anaknya gila. Berita anaknya ditikam sedikit pun dia tiak percaya, dia tahu anaknya cuba membunuh diri sudah lama, jadi dia yakin berita anaknya ditikam itu sebenarnya anaknya sendiri yang buat. Tidak mustahil anaknya itu cuba membunuh diri. Dato’ Hisham tarik semula kes anaknya itu, serta merta kes anaknya ditikam itu berhenti. Dengan pandangan terakhir, Dato’ Hisham berlalu pergi dari situ, dia telefon orang untuk perhatikan anaknya itu sebelum berlalu pulang ke rumah untuk berehat. ~
TANGAN diletakkan di bawah paip singki, air dibuka membasahi tangan. Daniel memandang wajahnya di dalam cermin, darah terpercik di tepi matanya di kesat dengan ibu jarinya. Selepas siap menjalankan tugasnya tadi bersama Emma, dia pulang ke rumah untuk berehat. Daniel berlalu membersihkan diri. Selepas siap mandi, dia menyarungkan t-shirt kelabu bersama seluar pendek berwarna hitam di tubuh. Dia berlalu ke katil dan baring di atasnya. Aku merenung siling di atasnya dengan riak yang kosong. Suara Urwa dirindui. Bauan gadis itu juga dirindui. Bagaimana keadaan Urwa sekarang? Daniel mahu tahu— dia mahu ada bersama Urwa sekarang. Dia ambil bantal di sebelahnya itu dan dipeluknya dengan erat. Bantal yang berbau rambut Urwa— Daniel mengeluh kecil. Dipeluk bantal itu dengan erat. Dia rindukan gadis itu. Urwa dia. ~ ~ ~ Dato’ Hisham melangkah masuk ke dala
DANIEL lihat jururawat lelaki itu mahu mencucuk salah satu wayar di tubuh Urwa, Daniel saw red. Rasa marah dan sakit hati bercampur menjadi satu. Tidak membuang masa dia pegang tangan jururawat yang memegang jarum itu dan dipulas ke belakang dengan kasar. Jururawat itu mula menjerit kesakitan. “Apa yang kau cuba buat setan?!” Marah Daniel dengan dingin, dia pulas sedikit pergelangan tangan lelaki itu membuatkan jarum itu terlepas dan terjatuh ke lantai. Daniel pusingkan tubuh jururawat itu, kemudian dia melayangkan tumbukan kuat di pipi lelaki itu. Jururawat itu jatuh tersungkur ke lantai, Daniel mencengkam kolar leher lelaki itu, mask di wajahnya ditarik dengan kasar. “Siapa upah kau, hah?! Beritahu aku sekarang!!” Tengking Daniel dengan rasa yang tangan marah, tangannya yang mencengkam tangan lelaki itu menggigil dengan penuh rasa marah. Jururawat itu hanya ketawa sin