Share

BAB 11

“AKU masih tertanya-tanya tentang hal hari itu.” ASP Jimmy yang baru saja menongkat motosikal terus bertanya hairan.

Baru saja pulang dari tempat kerja, dia sudah datang menyinggah ke rumah Ahmad semata-mata ingin mencari jawapan.

“Hal apa pula ni?” Ahmad yang baru membuka pintu terus tayang wajah hairan. Dia terpinga-pinga buat seketika.

“Macam mana kau boleh tahu ada budak dalam kereta tu? Engkau siap tahu lagi lelaki dalam kereta tu ada simpan senjata.” ASP Jimmy menyilang kaki saat melabuhkan punggung di atas motor. Ahmad yang bersandar di pagar mencemik bibir.

“Aku tak tahu nak terangkan macam mana. Aku takut engkau tak percayakan aku.” Ahmad menjongket bahu. Ahmad tak mahu bercerita lebih lanjut kerana dia yakin bahawa insan bernama Jimmy tidak percayakannya.

“Aku yakin yang aku akan percayakan engkau.” ASP Jimmy berbicara tenang dalam senyuman.

“Be

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP
Comments (1)
goodnovel comment avatar
Farhanah
comel lah ASP Jimmy.
VIEW ALL COMMENTS

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status