Share

CS ¦ 023

PUAN sora berjalan perlahan menuju ke gerai seorang diri. Dia sudah terbiasa bersusah payah sendiri sejak Woojin masih kecil.

Kerusi meja yang berlipat dibuka satu-persatu.

“Huk! Huk!”

Batuk kuat kedengaran di segenap ruang gerai. Setelah selesai membuka kerusi dan meja, dia mahu melangkah masuk ke ruangan dapur dan tidak semena-mena kepala yang terasa pening membuatkan dia hampir hendak terjatuh.

Kebetulan Mingi baru saja tiba di situ. Melihat tubuh Puan Sora sudah rebah, Mingi kelam-kabut berlari mendekati wanita tersebut.

“Imo! Imo!”

Jerit Mingi sambil cuba meriba kepala Puan Sora. Telefon bimbit dari poket seluar terus dibawa keluar lantas tangan segera menekan nombor telefon yang dikenali.

“Aish! Kenapa tak jawab pula!” marah Mingi sendirian apabila nombor yang didail tidak berjawab.

Tanpa melengahkan masa, Mingi terus mengangkat tubuh Puan Sora dan dudukan wanita tua itu di kerusi.

Sekali

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status