Share

BAB 19

PAGI INI, Erbach Arsalan ada masa terluang untuk berehat di villa sebelum pergi ke set pengembaraan. Dia masih kemurungan kerana Noah masih lagi tidak melayan dirinya. Mesej tak dijawab, panggilan pula tak di angkat. Dia yakin lelaki itu masih marahkannya.

Erbach terasa bodoh kerana percayakan Thea Freya. Jika dia tidak buka mulut tentang hal peribadi Noah, pasti perkara sebegini tak akan berlaku.

Walaupun sudah tiga hari hal itu berlaku. Terasa bagaikan hilang selera dan hilang jiwanya untuk berkarya kerana Noah. Selagi lelaki itu tidak memaafkan dirinya selagi itulah dia akan merasa gelisah.

"Sampai bila kau nak duduk diam. Tak ada semangat, lemah dan lembik." Lunak suara Elvina bertanya saat tubuh Erba hanya terbaring di atas sofa sambil menyilang kaki.

Elvina
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status