SIANG dan malam bersilih ganti seperti biasa. Mentari tetap meluaskan cahayanya ke seluruh pelosok alam, sementara awan sisik ikan menghiasi dada langit. Indah bila dijenaki, ia juga mampu menghadirkan ketenangan bagi yang melihatnya. Itulah kebesaran Allah SWT yang berkuasa menciptakan alam ini.
Luqman duduk meneleku dagu di mejanya. Kelmarin dia dan semua warga sekolah sudah menerima warita tentang Nadzmi. Rakannya itu telah dibawa ke hospital dan telah disahkan stabil. Benarlah tekaan mereka sebelum ini, Nadzmi didera lagi.
“Wei, kau termenungkan apa tu?” Satu suara menegur datangnya dari arah belakang.
Luqman berpaling ke arah suara itu, melihat Aleyna yang sedang merenungnya. Anak mata mereka saling bersabung pandang. Kedudukan kerusinya diubah sedikit.
“Termenung apa lagi kalau bukan fasal Nadzmi ...” jawab Luqman, melemparkan sekilas senyuman sebelum riak wajahnya kembali seperti sebelumnya.
“Itulah, aku pun asyi
Terima kasih kerana sabar menunggu update meskipun lambat. Saya amat sibuk akhir-akhir ni.
NADZMI merenung tingkap biliknya yang terdedah, memerhatikan persekitaran yang lenggang di kawasan perumahannya. Termenung, itu sahaja aktivitinya sedari tadi. Dia bukannya tidak punya kerja lain untuk dilakukan, cuma hatinya begitu terusik akan suatu perasaan. Belum pernah hatinya dijelajah oleh perasaan sedemikian, dan ianya mula dirasai sejak hadirnya Cikgu Izzah di sekolahnya. Ya, hati dan perasaannya begitu kuat mengatakan guru itu adalah sebahagian daripada hidupnya. “Izzah Noraini ...” Nama itu kembali meniti di ulas bibirnya. Sijil kelahirannya dikeluarkan. Nama Izzah Noraini binti Yahya jelas terpampang di sijil itu sebagai insan yang telah melahirkannya. Dan, cikgu barunya itu juga mempunyai nama yang serupa. ‘Adakah benar dia ibu kandungku? Atau sekadar nama sahaja yang menyerupai?’ Persoalan itu terkutik di mindanya. Dia mengelamun lagi sementara di luar sana angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menjatuhkan daun-daun kering dari pohon-
GAMBAR berukuran pasport di tangan ditenung lama. Tidak dihiraukan guru-guru lain yang sedang rancak berbual sambil menyiapkan kerja masing-masing. Suasana itu tidak sekelumit pun mengganggu ketenangannya kerana ia tidak serancak dalam bilik darjah.“Izzah, termenung apa tu?” Lari mencicit kelekaan Izzah apabila bahunya disapa seseorang.Dipanggung kepala ke arah si empunya suara, melihat Cikgu Zarina yang sedang tersenyum memandangnya, “Termenung memikirkan masa hadapan. Eh, bukan, bukan. Termenung memikirkan ...”“Ha, termenung apa? Memikirkan apa? Pakwe? Kerja? Anak murid? Nak makan apa sekejap lagi?” Cikgu Zarina cuba meneka, bertalu-talu.“Bukan termenung memikirkan, termenung tengok gambar ni ha ...” Disuakan gambar itu supaya Cikgu Zarina dapat melihatnya. “Itu gambar anak saya,” tokoknya memberitahu.“Oh, Izzah ada anak rupanya.
PENYATUAN kembali antara Nazmi dan Izzah setelah berpisah selama tujuh tahun, meleraikan ikatan rindu yang melilit kuat dalam ruang lipatan sukma. Gembiranya sukar ditafsir, terlupa segala derita yang memayungi selama ini.Di pondok itu, mereka bersama-sama mengisi kekosongan perut. Cahaya kegembiraan tak lepas-lepas memancar dari rona wajah. Bahagia kini dikecapi, meskipun sebentar nanti mereka akan berpisah untuk seketika. Membawa haluan sendiri.Perjuangan Nadzmi masih belum tamat. Dia masih terpenjara dalam cengkaman itu. Dia masih belum bebas.“Ibu, esok kita jumpa lagi ya? Nadzmi kena balik walaupun sebenarnya Nadzmi terseksa dalam neraka dunia tu, kalau tak ‘betina’ tu akan cari dan seksa Nadzmi macam dulu,” ucap Nadzmi kepada ibunya seusai mereka mengerjakan solat Zuhur berjemaah di Surau Al-Karim, berdua.Kedudukan Nadzmi agak statik, yakni betul-betul di hadapan tirai ruang solat wanita. Izzah mengesat pipinya yang
“SHA, esok pagi selepas Subuh boleh kau hantar aku ke surau semalam? Nanti pergi sekolah aku jalan kaki saja. Lagipun bukannya jauh sangat sekolah dengan surau tu,” pinta Izzah, membuyarkan kelekaan Sha terhadap telefonnya.“Kau nak jumpa dengan Nadzmi kat sana, ya?” Sha memandang Izzah.“Mestilah … Ibu mana yang tak rindukan anak, kan? Lagipun, aku nak sangat jumpa dengan Cik Azimah, mak kawan Nadzmi. Dia ada buka gerai dekat sebelah surau tu. Daripada Nadzmi tingkatan satu, Cik Azimah itulah yang selalu beri dia sarapan dan bekal ke sekolah.”Izzah berhenti seketika, mencari nafas.“… Aku dapat tahu gerai Cik Azimah tu selalu ramai orang. Kadang-kadang sampai dia terpaksa bungkus dan simpan untuk Nadzmi. Anak aku ada bercerita lagi, sejak dia kenal dengan Cik Azimah, itulah tempat dia menumpang kasih sayang sampailah kita orang dipertemukan.”“Alhamdulillah, masih ada orang yang
IZZAH terlentang merenung siling yang kosong. Fikirannya melayang jauh meskipun kepala sudah bertemu bantal. Malam semakin memanjat hari, kelopak mata itu masih belum terkatup.“Ya Allah, aku ingatkan kau dah tidur. Celik mata lagi kau rupanya. Patutlah aku tengok bilik kau terang-menderang lagi dengan pintu tak tutup rapatnya.” Suara Sha mematahkan ranting khayalannya.Izzah bangun terduduk. Matanya menyorot terus susuk tubuh Sha yang tercegat di muka pintu. Lantas Sha menjuju menghampiri Izzah, melabuhkan duduk di tubir katilnya.“Aku rindulah nak peluk cium anak aku sebelum tidur. Dulu sebelum berpisah, hampir setiap malam aku kucup dahi dia tau, kurniakan dia kasih sayang. Sekarang bila dah bertemu balik, rasa teringin sangat. Jumpa kat sekolah saja tak puas, terasa jemu asyik tengok dia pakai baju sekolah saja setiap kali berjumpa,” luahnya.“Aku faham perasaan kau sebab aku pun ada anak juga. Aku ni kalau boleh, tak nak
“NADZMI … bangunlah anak ibu sayang … Nadzmi dah bebas sekarang, Nadzmi tak akan terseksa lagi. Hasrat Nadzmi untuk bebas dah tercapai …” bisik Izzah dengan nada yang bergetar. Kemerahan matanya dek kesan air mata yang asyik tumpah.Tiada respons daripada Nadzmi. Rayuan Izzah sekadar disambut oleh bunyi mesin yang memecahkan kesepian yang mencengkam.Ubun-ubun itu diusapnya lagi. Satu kucupan singgah di dahi itu bersama tumpahnya kasih sayang dari seorang ibu yang telah berjuang melahirkannya ke muka bumi. Di bawah telapak kaki insan itulah terletaknya syurga remaja itu.“Izzah …” Sha menyapa dari belakang.“Jomlah turun makan. Aku faham perasaan kau, tapi perut tetap kena isi juga. Macam yang aku pernah cakap sebelum ni, Nadzmi sekuat ibunya. Insya-Allah, nanti dia sedarlah tu.”Dengan berat hati, Izzah mengorak sila dari kerusi yang didudukinya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia terus me
TOMPOKAN putih awan di dada langit yang membiru cerah, Nadzmi tenung sejenak seraya melukiskan senyuman pada roman wajah. Suara keriangan anak-anak kecil yang sedang bermain di taman permainan itu, berlagu indah di halwa pendengaran.Kecerian kanak-kanak kecil itu membibitkan satu rencah, menghidangkan kepahitan lama untuk kembali dirasa. Bertandang dalam ruang minda, sekadar menjadi putaran masa silam yang memeritkan. Memudarkan raut senyum pada wajah.Cemburu.Tidak hanya direjam derita, perasaan itu juga terpahat kemas dalam sanubari. Tatkala kanak-kanak lain berbunga ceria dan disirami kebahagiaan, dia pula dihujani racun penderitaan yang menyeksakan. Yang adakalanya hampir meragut nyawa.“Ya Allah, aku terseksa … Aku tersangat sakit, Ya Allah …” Tumpah air matanya merintih dengan mata terpejam-pejam akibat kesakitan yang menjalar seluruh urat saraf.Dia hanya mampu meronta-ronta menanggung seksa. Mulut dikunci dengan
SUKAR untuk Izzah melelapkan mata, fikirannya berserabut. Meronta-ronta perasaannya dihambat perasaan marah dan geram yang bersilih ganti. Kamelia, dahulunya sahabat baik semasa zaman sekolah. Tetapi kini, sudah menjadi musuh ketat.‘Aku akan heret kau ke mahkamah untuk aku rampas balik rumah pusaka arwah ayah aku, yang secara mutlaknya telah ditukar ke nama aku, hak aku!’Terngiang-ngiang di pelusuk pendengaran akan kata-kata yang dihamburkannya ketika itu. Hak mutlak. Ya, hak mutlaknya itulah yang akan dia rampas kembali nanti. Di mahkamah.Pada keesokan hari, dia menghubungi Nurain Rashiela yang merupakan seorang peguam merangkap rakan seuniversitinya untuk berbincang tentang ‘kes yang dihadapinya’. Mereka bertemu di sebuah kafe pada waktu petang.“Untuk kau punya kes, mereka yang tinggal di rumah kau sekarang ni akan diperintahkan untuk keluar dari rumah itu dengan kadar segera. Dan jika mereka berkeras tak nak keluar, pi