BAB 27
WARNING! WARNING!
SILA SKIP SCENE INI JIKA ANDA BERUSIA 18TAHUN KE BAWAH DAN SILA SKIP PART INI JIKA ANDA TIDAK SUKA!
Lepaskan ciuman antara mereka, tundukkan sedikit tubuh, Thaqeef mencempung tubuh kecil Adra menuju ke dalam bilik mereka.
"Awak.." Adra mengumam disebalik leher Thaqeef. Jantung Adra berdegup kencang. Adra tak cukup nafas ketika ini. Ah, Adra masa kau goda Thaqeef tidak pula rasa macam ni.
Bila Thaqeef buat macam ni pun dah rasa lain macam. Rasa teruja. Haha!
"Jangan bantah Adra.I want you."
Muncung bibir Adra. Bukan itu yang dia mahu cakap. Dia cuma terkejut. Itu aje!
Bila tubuh belakang Adra merasa lembut katil itu, Adra pejamkan mata bila tubuh Thaqeef sedikit menindih dirinya. Terasa hembusan nafas Thaqeef pada wajahnya.
Jari besar Thaqeef membuka pakaian tidur Adra. Dia tersenyum sinis bila melihat wajah Adra. Dengan mata yang terbuka, bibir itu juga terbuka. Thaqeef
Happy reading 🌹
BAB 28 "DADDY nak jumpa Qeef?" Tanya Thaqeef bila berada dalam bilik pejabat Datuk Ikram. Tadi, baru saja dia mahu labuhkan duduk atas kerusi miliknya, pembantu peribadinya Kak Suria memberitahu yang Datuk Ikram ingin bertemu dengannya dengan segera. "Duduk.." Silangkan kedua tangan pada tubuh, Datuk Ikram cuba menahan rasa sabar dengan perangai Thaqeef. "Qeef tahu daddy nak cakap apa." Cantas Thaqeef laju bagaikan tahu apa yang bermain dibenak fikiran daddynya. "Adra, siapa dia? Kenapa simpan dia dekat situ? Jangan buat hal lagi Qeef, daddy dah tak sanggup nak dengar lagi pasal Qeef. Cukuplah dengan Mikayla, kita sudah tanggung malu." Bila Datuk Ikram sudah mula berkata-kata, sakit juga telinga Thaqeef. "Malu? Daddy tahu kenapa Qeef buat macam tu. Qeef lebih malu dengan tindakan daddy yang rujuk balik dengan Datin Rossa. Daddy tak fikir pun pasal Qeef sedangkan dadd
BAB 29 TANGAN besar Thaqeef cengkam kuat rambut Mikayla. Sebelah lagi tangannya memegang lengan Adra dengan lembut. "Berani kau buat isteri aku macam tu, kau memang betina tak guna!" Thaqeef tolak kuat tubuh Mikayla sehingga jatuh ke atas lantai. Mujurlah dia sempat sampai sebelum Mikayla sakiti Adra. Macam mana dia boleh tahu lokasi Adra? Thaqeef tak akan mudah percayakan sesiapa pun walaupun isterinya sendiri.Tanpa Adra sedari Thaqeef telah memasukkan aplikasi gps pada telefon bimbit Adra, supaya memudahkan dia ketahui di mana lokasi isterinya berada, setiap kali isterinya ke mana-mana. Pengalaman pahit yang lalu membuatkan dia seorang lelaki yang terlalu menjaga hati daripada disakiti dan terluka. "Awak.." Adra cuba untuk membantu Mikayla namun renungan tajam dari Thaqeef membantutkan niatnya. Jasmin yang sudah berada bersama Syafiq dia pandang meraih simpati namun sahabatnya itu han
BAB 30 "AWAK boleh lepaskan saya, tapi saya tak akan mampu lepaskan awak dari hati saya. Sampai akhir nafas saya, hanya awak yang bertakhta dalam hati saya." Air mata Adra jatuh satu persatu. Jari halus Adra memegang tepi wajah Thaqeef, paut dagu lelaki itu supaya memandang dirinya kembali. "Kau jangan jadi bodoh, Adra. Jangan jadi bodoh cintakan lelaki yang tak guna macam aku. Kau yang minta untuk jadi isteri aku hanya isteri 100hari. Itu yang akan aku bagi. Bersama aku, hanya luka yang kau dapat. Aku tak berani nak janjikan bahagia kalau diri aku sendiri tak pernah kenal erti bahagia. " Tajam pandangan Thaqeef berikan pada Adra, tangan halus Adra ditepis lembut dari terus menjelajah pada wajahnya. Katakan dia ego, dia bodoh. Katakan, dia tak peduli. Tapi Adra tak boleh bersama lagi dengannya. Dia manusia yang penuh dengan dosa. Adra mengenggam kuat tangannya dan bangun dar
BAB 31 ADRA tahan rasa geram dan menyampah dalam hati bila sejak mereka sampai dekat Diamonds, Thaqeef asyik berbual dan bermesra dengan seorang wanita bernama Leyla. Tangan kanan memeluk dirinya, sebelah kiri memeluk Leyla. Siapa yang tak sakit hati? Cuba cakap, biar Adra bagi takzirah sikit! Makin menyirap darah Adra bila Leyla si gedik tu mencium tepi pipi Thaqeef dan lebih buat dia sakit hati, Thaqeef hanya membiarkan itu. Malah, bergelak tawa! "Saya nak jumpa Jasmin." Bisikan Adra pada Thaqeef. Namun, Thaqeef semakin kuat mencengkam tepi pinggangnya. "Please.." Adra tayang wajah comel pada Thaqeef. Harapnya, menjadi lah. "No!" Thaqeef jengilkan mata dengan tajam pada Adra. Susah untuk dia biarkan Adra dengan Jasmin. Bukannya dia tak perasan, sejak Adra masuk bersamanya, ramai mata lelaki yang nakal memandang isterinya. Esh! "Kau masuk kerja dulu. Aku ada hal dengan isteri aku." Lepaskan pelukan pada pinggang Leyl
BAB 32 ADRA tayang wajah selamba bila dia melihat susuk tubuh Ricky semakin mendekati dirinya dan Jasmin. "Ricky datang." Adra jeling tajam pada Jasmin. Macam lah dia tak nampak. Sekarang ni, apa dia nak jawab pada singa Thaqeef tu? Dia pun tak sangka yang Hariz akan mengucup tangannya. Uh, oh. I'm dead! Ricky peluk bahu Hariz dari tepi. Bukan dia tak kenal, Hariz si kasanova ni. Tapi nampaknya malam ini Hariz sudah salah memilih mangsa. "Perempuan lain boleh kau nak. But not her, Hariz. Dia milik Thaqeef. Aku rasa aku tak perlu nak cakap banyak dengan kau kot. Kau dah kenal Thaqeef dah lama kan?" Angkat sebelah kening pada Hariz, ditepuk perlahan tubuh Hariz. "Adra, please." Ricky tunjuk arah bilik Thaqeef dengan tangannya biarpun dia tahu yang Adra sudah tahu dimana bilik Thaqeef. "Takut.." Sempat Adra berbisik pada Jasmin sebelum berjalan dihadapan Ricky. Jasmin dah berdekah suka. Tulah, berani sangat. Siapa
BAB 33 "BABY,aku datang untuk kau. Aku datang sebab aku cintakan kau." Megat Arash sedar apa yang sudah dia lakukan pada Mikayla empat tahun yang lepas adalah sesuatu yang sukar untuk dimaafkan. Namun, peluang yang dia dapat ini tak akan sesekali dia siakan. Sudah lama dia mencari Mikayla, dia tak menyangka wanita itu sudah pulang ke Malaysia. Sebab dia tahu, di Malaysia Mikayla tidak punya sesiapa pun. Tepis laju tangan lelaki itu, Mikayla pusingkan tubuh lalu menjauh dari lelaki itu. Air mata yang mula berkolam pada birai mata, dia tidak hiraukan. Setelah empat tahun? Cinta? "Kayla.." Megat Arash mendekat dan tubuh wanita itu dipusing menghadap dirinya. Namun, air mata yang jatuh pada pipi itu membuatkan hati lelakinya merasa sakit. Setelah Mikayla meninggalkan dirinya, barulah dia sedar yang dia mencintai wanita itu. Namun, semua itu sudah terlambat. Mikayla pergi dengan salah faham. Mikayla pergi dengan menyangka yang dirinya
BAB 34 CAFE BISTRO, KUALA LUMPUR 2PM "KAU pasti dengan apa yang kau siasat ni Dafi? Betul perkara ni kau dah siasat sampai ke Kedah?" Soal Datuk Ikram pada seseorang yang dia percaya.Dia tak mahu salah maklumat yang sampai kepadanya. Setelah Thaqeef mengatakan sudah berkahwin dengan Adra, dia tahu dia tak patut duduk diam.. Dia patut siasat siapa Adra yang sebenarnya. Dia tak mahu Thaqeef diperbodohkan lagi seperti Mikayla. " Ye, saya dah siasat apa yang Datuk mahu. Ini yang saya dapat dari rumah itu. Rumah itu sudah tidak berpenghuni." Lelaki yang bernama Dafi itu hulurkan satu sampul surat besar pada Datuk Ikram. Tanpa buang masa, Datuk Ikram buka sampul berwarna coklat itu. Apa yang terhidang pada lensa matanya, membuatkan tangannya sedikit menggigil dan semua gambar itu terjatuh ke bawah. Tak mungkin! Tak mungkin dia! Tak mungkin dia orang yang sama! "Datuk okay?" Tanya Dafi bila Datuk Ikram seolah b
BAB 35"SAKITLAH, Thaqeef!" Siapa tak marah bila Thaqeef sengaja menolak troli rapat sehingga terkena pinggulnya.Namun, Thaqeef hanya buat bodoh dan terus jalan ke depan meninggalkan Adra di belakangnya..Lepas makan malam tadi, terus diajaknya Thaqeef beli barang dapur yang hampir habis.Maka disini lah mereka. Thaqeef pula bukannya nak tolong pilih, tapi asyik dengan telefon bimbitnya dari tadi.Sedikit memuncung bibir Adra. Sengaja diletakkan pencuci pakaian itu dengan kasar sehingga membuatkan tumpuan Thaqeef kembali kepadanya."Marah?" Sengaja Thaqeef cari pasal. Bukan dia tak nampak bibir kecik tu memuncung dari tadi.Nak dia pujuk lah tu! Lambet lagi!Merajuk lah sampai tahun depan! Eh, acah je kau Thaqeef."Sayang."Kan dan cakap. Adra