BAB 3
ADRA hanya tunduk kepalanya apabila berada dalam bilik mewah itu. Sudah lima minit dia berada dalam bilik ini keseorangan setelah Jasmin dan seorang pembantu peribadi bos Jasmin keluar dari situ. Adra genggam kuat jari jemarinya bila terdengar derapan kasut menghampirinya dirinya.Thaqeef pandang lama wajah rakan Jasmin. Dari manalah si Jasmin ni kutip perempuan ni? Dengan pakaian yang lusuh. Zaman tahun manakah baju kurung perempuan ni pakai.
Dekati gadis itu, Thaqeef angkat dagu gadis itu supaya memandang dirinya. Bila wajah itu memandang dirinya. Thaqeef tergamam bila memandang senyuman manis dan mata biru milik gadis itu.
Walaupun rasa gelisah dan takut, bibir Adra cuba untuk ukirkan senyuman manis pada lelaki itu.
"Siapa nama kau?" Tanya Thaqeef. Jarinya masih berada pada dagu runcing gadis itu.
"Adra, Adra Sofea, Tuan.."
Pelik Thaqeef bila gelaran Tuan keluar dari bibir Adra. Tak pernah lagi pekerjanya di kelab dan di hotel memanggil dirinya dengan gelaran yang sebegitu. Hanya nama saja. Dia juga mahu dipanggil begitu.
"Tuan? Aku bukan tuan kau.." Bidas Thaqeef.
"Tapi, Tuan bos Jasmin. Bos Jasmin, Bos saya juga." Adra semakin tidak selesa bila jari lelaki itu sudah naik ditepi bibirnya.
Thaqeef semakin seronok bila melihat wajah kemerahan pada pipi gadis itu bila jarinya sengaja dilarikan ditepi bibir merah milik Adra.
" Kau tahu ni tempat apa? Dan kau tahu kau perlu buat apa kalau kau nak kerja dekat sini." Sinis Thaqeef bila Adra menepis tangannya bila dia cuba menyentuh wajah itu dengan lebih jauh lagi.
"Jasmin cakap pada saya, dia kerja dekat restoran tapi ini bukan restoran Tuan."
"Memang bukan restoran tapi ni kelab aku."
Tergamam Adra. Hujung baju kurung segera dia pintal. Terundur langkah Adra bila lelaki itu semakin mendekati dirinya.
"Sebelum kau layan customer aku, kau kena layan aku dulu. Tak kan itu pun kau tak tahu?" Sinis Thaqeef. Tiada jarak lagi antara mereka. Wajahnya sengaja dirapatkan pada wajah Adra. Thaqeef tersenyum sinis melihat reaksi Adra. Acah suci pula perempuan ni.
Adra toleh mukanya ke sebelah kiri bila lelaki itu dengan sengaja ingin mengucup wajahnya.
"Apa ni, Tuan? Bukan ini yang saya nak."
"Inilah kerja kau, Adra.." Kecewa rasanya kerana tidak dapat mengucup bibir merah Adra.
Adra pandang lagi wajah lelaki itu. Seakan tidak percaya. Kerja apa macam ni? Apa yang Jasmin dah buat? Apa yang Jasmin dah tipu dia ni?
"Tapi kenapa Jasmin tipu saya? Saya rasa saya dah datang salah tempat. Maafkan saya, Tuan.." Jawab Adra sambil susun sepuluh jari pandang wajah lelaki itu.
Bukan ini yang dia mahu.
Dan bila lelaki itu hanya diam dan memandang tajam wajahnya, Adra pusing tubuh ke belakang untuk segera beredar dari situ. Tapi, belum sempat pun kakinya melangkah, pinggangnya dirangkul dari arah belakang dengan erat dan dengan kuat juga tubuhnya ditolak ke dinding.
Ya Allah, apa lagi yang Kau uji aku ni.
Sakit belakang tubuhnya apabila ditolak begitu kuat. Wajah lelaki itu dia pandang dan tubuh itu dia cuba tolak namun ternyata perbuatan itu hanya sia-sia kerana lelaki itu hanya tersenyum sinis dengan perbuatannya itu.
"Sekali kau dah masuk dalam kelab aku, tiada jalan keluar untuk kau." Thaqeef cengkam kuat bahu Adra. Wajah Adra dia pandang dengan senyuman sinis yang terukir di bibir.
"Tapi, saya tak nak kerja dekat sini. Saya bukan perempuan macam tu, Tuan." Balas Adra dengan sayu. Matanya mula berkaca.
"Jangan berlagak suci depan aku. Perempuan semua sama." Pipi putih Adra, dia cengkam dengan kuat dan Thaqeef bisikkan kata-kata kejam pada seorang Adra. "Bukan susah pun kerja kau. Cuma layan customer aku dengan baik. Itu aje."
Adra gelengkan kepalanya. Sakit.
Thaqeef merasa puas bila melihat air mata seorang perempuan. Baginya, itu satu kemenangan.
"Sekarang ni." Dahi Adra pula sengaja dia tunjal. Tidak dia pedulikan air mata Adra yang mengalir.
"Aku nak kau jumpa Jasmin dekat bawah dan tukar pakaian kau. Sakit mata aku tengok kau pakai pakaian buruk macam ni. Buat malu nama kelab aku je. Sekarang ni, kau boleh pergi. Tapi ingat, kau jangan nak lari ye. Ini tempat aku." Sempat lagi Thaqeef memberikan amaran pada Adra sebelum dia lepaskan Adra pergi dari situ.
Adra terus pergi dari situ. Wajah Jasmin yang berada dihadapannya dengan pandang dengan penuh rasa kecewa. Tegarnya hati Jasmin buat dia macam ni?
Jasmin hanya diam bila Adra semakin dekati dirinya. Memang sejak tadi, dia tunggu Adra di luar bilik itu.
"Sampai hati kau tipu aku." Rintih Adra. Wajah Jasmin dia pandang dengan air mata yang berlinangan.
"Aku minta maaf, Adra. Maafkan aku."
"Kenapa kau buat aku macam ni?" Tanya Adra lagi.
Jasmin peluk tubuh Adra. Tubuh belakang Adra itu dia usap. Ingin memujuk Adra.
"Aku takut kalau aku bagitahu kau apa pekerjaan aku dekat sini, kau tak nak ikut aku." Bisik Jasmin.
Adra tolak perlahan tubuh Jasmin.
"Kau pelacur?" Terus Adra tembak dengan soalan itu.
Tercengang Jasmin. Adra sudah salah anggap pada dirinya.
Jasmin gelengkan kepala berkali-kali. Menidakkan apa yang Adra fikirkan.
"Bukan.." Jasmin pegang tangan Adra.
"Tapi, aku cuma teman kalau pelanggan sunyi dalam bilik karoake, kalau layanan kita bagi itu buat pelanggan puas hati, kita dapar tips." Ulas Jasmin lagi.
Wajah bingung Adra pamerkan pada Jasmin.
"Layan? Layan macam mana?" Soal Adra.
"Layan macam usap tangan kau, peluk bahu kau. Cuma tulah, kalau ada pelanggan yang nak lebih dari tu, kau kena pandai elak."
"Aku tak nak buat kerja ni, Jasmin. Aku takut."
"Kau jangan takut. Aku ada dengan kau."
"Siapa nama bos kau tadi tu?" Soal Adra tiba-tiba.
"Thaqeef. Thaqeef Ilham.. Kenapa?"
"Aku takut dengan amaran dia tadi. Dia cakap, sekali aku dah masuk kat sini, susah untuk aku keluar."
Jasmin pegang lagi tangan Adra. Bilik rehat bawah dia tuju. Ramai yang menari. Yang berciuman tanpa rasa malu itu tidak Jasmin hiraukan. Dia disajikan dengan semua itu setiap hari.
"Sekejap je kau kerja dekat sini. Habis je hutang kau dengan Maklong. Aku janji, aku bawak kau jauh dari sini.." Masuk je dalam bilik rehat itu, Jasmin labuhkan duduk di sofa.
"Kau janji, kau tak akan tipu aku lagi?" Balas Adra inginkan kepastian.
"Ye, aku janji. Cuma tiga bulan saja kau kerja dekat sini. Habis je hutang dengan Maklong kau, aku nak kau mulakan hidup baru ye. Kan impian kau nak buka taska? Kau masih ingat lagi tak?"
Adra tersenyum pada Jasmin. Jelas kebahagiaan terpancar pada wajahnya bila teringatkan impiannya yang satu itu.
Dirinya hanya sebatang kara di dunia ni. Ada ayah macam tak ada ayah. Tak pernah dia merasa kasih sayang seorang ayah. Dulu ketika ibunya masih hidup, hanya ibunya peneman hidupnya sedangkan ayahnya keluar pagi balik tengah malam. Kadang-kadang sampai ayahnya itu tidak pulang.
Dia ingin limpahkan kasih sayangnya pada anak-anak syurga. Adra terlalu sukakan kanak-kanak.
"Sekarang ni, aku nak kau tukar baju kau dulu ye.. Kau pakai baju ni." Dress hitam terbelah pada paha dan terbuka luas pada dada itu Jasmin bagi pada Adra. Tapi Adra hanya diam sambil memandang lama pakaian mewah itu.
"Tapi, ni seksi sangat.." Rungut Adra.
Jasmin tepuk perlahan paha Adra..Adra mungkin tidak biasa dengan semua ni.
"Tak seksi pun, nanti kau akan biasa. Kau jaga diri tau.." Pandang jam ditangan, Jasmin bangun dari sofa. Lantas, dia berdiri dihadapan Adra.
"Shift aku dah start ni. Aku pergi dulu ye. . Tolong jaga diri kau, Adra.." Pinta Jasmin sekali lagi sebelum keluar dari bilik rehat itu.
Kesepian terasa bila Adra berada dalam bilik itu. Pakaian yang berada atas tangannya dia pandang kembali. Adra tiada pilihan lain. Adra tak ingin lagi Rafiq menganggu dirinya.
Lima minit kemudian, Adra keluar dari bilik itu setelah siap berpakaian seksi itu. Sungguh, saat itu memang Adra tidak selesa bila dia merasakan ramai mata yang memandangnya saat dia keluar ingin menuju ke bilik Securre. Bilik yang sempat Thaqeef katakan tadi sebelum dia keluar mencari Jasmin.
Walaupun masih ada rasa perasaan takut, Adra cuba kuatkan diri bila berada di depan bilik yang bertanda Securre itu.
Belum sempat Adra membuka pintu bilik itu, bilik itu sudah dibuka dari dalam oleh seorang lelaki Cina sambil tersenyum miang memandang tubuhnya dari atas ke bawah.
Adra masuk ke dalam bilik itu dan labuhkan duduk di hujung sofa. Tangan disilangkan atas dada bila lelaki itu masih ralit memandang dirinya.
"Siapa nama you?" Tanya lelaki Cina itu.
Adra tunduk kepalanya ke bawah.
"Adra.." Hanya itu Adra jawab.
Adra mengesotkan dirinya ke tepi bila lelaki itu semakin rapat dengannya. Bahu mereka bersentuhan. Paha Adra yang terdedah itu lelaki itu usap dengan lembut.
Adra tepis laju dan bila Adra cuba bangun, lengannya dipaut dan tubuhnya dicampakkan kembali ke atas sofa. Sekali lagi tubuh kecilnya ditindih oleh lelaki itu. Adra meronta-ronta dan Adra semakin ketakutan saat itu.
Lantas Adra menendang celah kelangkang lelaki itu dan terus berlari keluar dari situ. Wajah Jasmin dia cari dengan mata yang berkaca. Maruahnya sekali lagi hampir diragut oleh lelaki yang berlainan.
*****
Thaqeef campak gelas kaca ke lantai bila mendengar aduan dari Alex. Interkom ditekan dan belum sempat Ricky bertanya, Thaqeef sudah memarahi dan menyuruh dia mencari Adra. Gadis kampung itu memang sudah memancing kemarahannya. Alex itu adalah pelanggan setianya di kelab Diamonds.
Thaqeef bangun dari kerusi lalu dia pandang ke luar cermin bilik kerjanya.
Beberapa minit kemudian, Adra masuk ke dalam bilik itu bersama Ricky. Isyarat di berikan pada Ricky supaya pergi dari situ.
Thaqeef dekati Adra. Pakaian yang tersarung pada tubuh Adra itu membuatkan nafsunya semakin melonjak naik, dengan solekan tipis diwajah Adra menyebabkan gadis itu semakin jelita di matanya. Bibir yang sedikit terbuka itu seolah-olah mengamit dirinya untuk melumat bibir merah Adra.
Hujung jari telunjuk Tahqeef mengangkat dagu Adra dari pandang ke bawah. Rambut perang milik Adra dielus lembut oleh Thaqeef sebelum pipi gebu itu dia cengkam dan Adra merintis kesakitan bila Thaqeef mencengkam pipinya dengan kuat.
"Sakit?" Bisik Thaqeef pada hujung telinga Adra. Telinga itu sempat dia kucup.
Adra mengangguk dalam keadaan bibir memuncung.
"Hati aku lagi sakit dengan apa yang kau buat tadi pada Alex, dia tu pelanggan setia aku lah bodoh!" Tangan kanan Thaqeef cengkam pipi Adra manakala tangan kiri menunjal dahi Adra.
"Tapi Tuan, dia cuba nak ambil kesempatan pada saya." Balas Adra perlahan.
"Memang itu kerja kau dekat sini. Jangan berlakon suci depan aku, Adra." Bisik Thaqeef garang.
"Saya tak biasa buat semua tu, Tuan.."
"Kau ingat aku bodoh?" Selar Thaqeef lagi.
"Tak, saya tak anggap Tuan bodoh cuma saya tak biasa dan tak pandai buat semua tu." Ujar Adra lagi bersungguh-sungguh inginkan kepercayaan dari Thaqeef.
Thaqeef lepaskan cengkaman pada pipi Adra dan ketawanya bergema dalam bilik itu.
"Kau datang dari mana ni, perempuan? Dari planet mana?"
"Betul, Tuan. Saya tak tipu.."
Thaqeef pandang wajah Adra. Lama. Tangan naik mengusap lehernya.
"Okay. Sekarang ni, kau kiss aku. Aku tak nak dengar sebarang penolakan Adra. Jangan cuba buat aku marah. Kau tentu tidak suka kan bila aku mengamuk dan lepaskan semua tu pada Jasmin?" Ugut Thaqeef lagi bila melihat Adra menjauhi dirinya.
"Jangan apa-apakan Jasmin, Tuan. Okay, saya buat sekarang." Tubuh sasa Thaqeef , Adra dekati. Tiada lagi jarak antara mereka. Adra jingkitkan kaki sedikit ke atas,leher Thaqeef dirangkul, bibir lelaki itu dicium lembut dan bila tangan Thaqeef merangkul pinggangnya dan melumat rakus bibirnya, Adra hanya diam tanpa beraksi apa-apa.
Ciuman dileraikan oleh Thaqeef dan wajah Adra dia pandang dengan tajam. Dia dapat rasakan itu adalah ciuman pertama Adra.
Ye, mungkin dirinya seorang lelaki durjana namun dia tidak pernah mengambil kesempatan pada wanita.
"Ini ciuman pertama kau ke, Adra?"
Dan bila melihat Adra mengangguk, saat itu juga Thaqeef rasa betapa bodohnya seorang Adra.
"Apa yang kau buat kat sini? Ini bukan tempat kau?"
"Tak, ini tempat saya, Tuan.."
"Kau jangan jadi bodoh lah, Adra." Kata Thaqeef dengan rasa marah.
"Saya tetap nak kerja dekat sini. Titik.." Tegas jawapan Adra.
BAB 4 "I warn you, Adra. Jangan cabar aku. Bila aku kata kau tak boleh kerja dekat sini, maknanya tidak." Tegas Thaqeef pula. Ingat dia nak mengalah dengan budak kecik ni? Memang tak lah!"Tapi kenapa tak boleh? Saya perlukan kerja, saya perlukan duit..""Kau kerja dengan aku. Kemas dan jaga kondo aku. Aku bayar gaji kau sama dengan gaji yang Jasmin dapat dekat sini." Kata Thaqeef sambil labuhkan duduk di sofa dan memandang wajah Adra yang berada di hujung bilik itu."Tapi.." Sekali lagi Adra cuba nak membantah.Thaqeef sudah mula bosan. Dia bukan seorang lelaki yang sabar."Jangan degil dan jangan bantah cakap aku, Adra. Aku rasa kau tahu kuasa aku dekat sini. Kau nak aku suruh budak-budak aku pukul dan rogol sahabat baik kau tu ke?!" Soal Thaqeef sambil jengilkan matanya memandang Adra.Eh perempuan ni memang sengaja mahu buat dia berang!"
BAB 5PERLAHAN-LAHAN kelopak mata Adra dibuka. Sakit pada kepalanya masih terasa. Bilik yang mewah itu dia pandang dengan rasa bingung. Dia dekat mana sekarang ni?Tangan yang melingkar atas dada bogelnya itu menyebabkan dia menoleh ke tepi dan bila memandang wajah Thaqeef yang lena itu membuatkan mata Adra mula berkaca. Terasa sakit bila dia cuba bangun dari katil. Belum sempat pun, kakinya mencecah lantai, pinggang rampingnya dirangkul dari arah belakang hingga dia menjerit kecil pabila Thaqeef rebahkan kembali tubuhnya atas katil itu sambil menindih tubuhnya. "Nak lari ke, Adra sayang?" Bisik Thaqeef depan wajah Adra. Kedua-dua tangan Adra ditekan diatas tilam bagi mengunci pergerakan Adra. Adra meronta-ronta ingin lepaskan dari pelukan Thaqeef .. Kakinya cuba untuk menendang, tapi lelaki itu lebih bijak membaca gerak tubuhnya.Adra menjeling benci melihat
BAB 6 SHAFIQ pandang wajah Thaqeef yang sedang leka dalam pekerjaannya. Tangan mula mengusap rahangnya, pelik tapi benar. Sudah pukul 5petang tadi Thaqeef masih sibuk dan tidak peduli dengan kehadirannya."Qeef.." Cubaan untuk menyedarkan Thaqeef yang dirinya manusia bukan anak patung."Hmm.." Jawab Thaqeef tanpa angkat wajahnya, masih sibuk meneliti fail bulanan Hotel Luna.Geram pulak dengan Shafiq ni, sibuk je nak datang ganggu dia. Bukannya dia tidak tahu, mesti hal semalam sudah sampai pada telinga Shafiq.Dia, Shafiq dan Ricky adalah sahabat karib dari universiti lagi. Tiada rahsia antara mereka.Lagi-lagi dia dengan si Shafiq ni. Setelah berkawan rapat dengan Jasmin, makin menjadi-jadi perangai busybody sahabatnya itu.Ye, benar.. Syafiq mengenali Jasmin di kelab malam
BAB 7 PAGI itu, Thaqeef tersedar bila tubuh Adra tiada disisinya. Pantas dia bangun dari katil dan berlari keluar mencari Adra.Thaqeef takut Adra lari tinggalkan dirinya. Dia juga takut ada lelaki lain yang akan miliki Adra. Adra miliknya, dan hanya miliknya saja.Nafas dihela dengan rasa lega bila Thaqeef melihat Adra yang sedang sibuk di dapur. Mungkin Adra tidak menyedari kerana tubuh Adra membelakanginya.Thaqeef berdeham perlahan. Jari naik mengaru hujung keningnya."Kau masak?" Tanya Thaqeef pada Adra. Tubuh Adra dia dekati dan dia peluk tubuh itu.Adra terkejut bila Thaqeef memeluk tubuhnya dari arah belakang.Adra hanya mengangguk."Masak apa?" Tanya Thaqeef lagi sambil hujung telinga Adra itu dia kucup."Roti telur je, boleh? Sebab saya tengok dalam almari dapur tu, tak ada apa pun..""Hmm.." Thaqeef cuma mengumam lembut disebalik rambut Adra."Lep
BAB 8MIKAYLA hempas pintu rumahnya sekuat hati. Rasa dimalukan oleh Thaqeef tadi masih terasa.Tak guna punya Thaqeef. Dia ingat kalau bukan kerana nafsu atau wang lelaki itu, dia mahu memalukan dirinya sebegitu rupa?Ye, memang dulu dia cintakan Thaqeef. Dia curang dulu pun kerana sifat lelaki itu yang tidak ada masa untuknya. Dia perlukan perhatian dan belaian.Thaqeef bukan lelaki pertama yang menyentuh dirinya.Terukir senyuman sinis pada bibir Mikayla. Thaqeef miliknya dan dia tak akan lepaskan lelaki itu lagi."Baby.."Mikayla tersenyum manja bila seorang lelaki memeluk tubuhnya.Charles,lelaki yang temani dia malam tadi. Lelaki kelahiran Jordan itu sudah seminggu dia kenali.Datang ke Malaysia atas dasar perniagaan. Suami dan ayah kepada dua orang anak. Tapi, ada Mikayla kisah? Sebab yang penting, adalah tuntutan nafsunya yang dapat dipenuhi oleh lelaki ini.Mikayla memeluk leher lelaki itu. Mereka berkucu
BAB 9 "Dah lah you, I penat lah." Ucap Mikayla dengan suara lunak merdu. Tubuh Charles yang masih menindih dirinya itu dia tolak dengan perlahan. Tubuhnya diangkat bangun dari katil itu lalu tubuh bogelnya dibalut dengan bathrobe yang tersidai pada kepala katil. Charles yang sudah dilanda perasaan kecewa itu hanya meraup wajah dengan kasar. Belum puas dia mengulit tubuh Mikayla. "Baby, what's wrong? I miss you. I miss your touch.." Belakang tubuh Mikayla yang masih terdedah itu, Charles kucup lembut. Bathrobe yang ingin Mikayla pakai itu, dia ambil dan lempar pada tepi katil. Kucupan demi kucupan terbit dari bibir Charles. "You, please.." Suara Mikayla meleret manja bila Charles sengaja mengusap lembut tubuhnya. Charles tersenyum kecil. Mengenali wanita ini seminggu yang lalu, dia tahu untuk melemahkan Mikayla. Mikayla cepat lemah dengan nafsu serakahnya. Tidak
BAB 10 Thaqeef bangun berdiri menghadap Adra. Dia tersenyum sinis. Rahang wanita itu dia cengkam dengan kuat."Sa.. kit..""Hati aku lagi sakit lah perempuan!" Ucap Thaqeef lalu memegang belakang rambut wanita tersebut lantas mencumbui wanita itu dengan kasar."Jadi isteri aku? Layak ke kau nak jadi isteri aku? kau hanya pemuas nafsu aku.." Lepaskan ciuman antara mereka, Thaqeef bisikkan kata-kata itu pada telinga Adra.Wanita itu tunduk. Tangan dia genggam dengan kuat. Perlahan-lahan dia angkat muka dan pandang wajah lelaki itu dengan kabur air matanya. Sekali lagi dia mencuba.Bismillah. Kuatkan aku Ya Allah."Jadikan saya yang halal untuk awak, Thaqeef. Saya mohon, nikahi saya. Biarpun hanya untuk 100hari, saya rela. Awak boleh gauli saya bila-bila saja yang awak mahu. Lagipun, hanya itu yang awak mahu dari saya, kan? Saya janji tak akan tuntut apa-apa pun hak. Saya janji akan patuh segala arahan awak. Nikahi say
BEBERAPA saat kemudian, Thaqeef lepaskan ciuman antara mereka. Satukan dahinya dengan Adra, pipi gebu itu dielus lembut. Thaqeef pejamkan mata serapatnya. Tubuh Adra dibawa semakin dekat padanya.Tangan naik merangkul pinggang ramping Adra."Kau isteri aku, Adra.." Buka mata, Thaqeef renung wajah anggun milik Adra. Dua butang baju kemeja Adra dibuka perlahan-lahan oleh Thaqeef."Hmm.." Thaqeef mengumam lembut depan wajah Adra.Tangan dikepal kuat oleh Adra. Adra masih takut pada seorang Thaqeef."Ye, saya isteri awak.." Ucap Adra, perlahan."Aku nak kau, boleh?" Tanya Thaqeef, acah baik dan suci murni.Adra pejam mata bila pakaian miliknya berjaya dilerai oleh Thaqeef. Adra masih malu dan takut. Dia tahu sekarang ni Thaqeef adalah suaminya.Namun...Belum sempat dia membantah, tubuhnya dicempung dan diletakkan atas katil. Adra silangkan tangan pada tubuhnya bila Thaqeef merangkak naik atas katil itu sambil tersenyum naka