Share

Bab 11

Matahari sudah berada di puncak angkasa. Kereta kancil merah dengan kelajuan sederhana itu bergerak menyusur ke arah selatan tanah air.

Toki melirik matanya melihat jam digital di dashboard kereta, tepat pukul 12.30 tengahari. Matanya kembali fokus pada pemanduan. Papan tanda pam minyak berwarna hijau putih kelihatan jelas di siring jalan – 500 meter di hadapan.

“Kat depan sana ada stesen minyak kita singgah kejap.” Ujar Toki, memecahkan suasana bisu dalam kereta tersebut.

“Aku pun nak pergi toilet juga ni.” Kata Julia dari tempat duduk belakang, jemarinya sudah mengosok-gosok matanya yang baru celik itu.

“Sedap tidur Jue.” Tanya Toki.

“Sedap apa bendanya dahlah kerusi kereta kau ni keras nak mampus macam duduk atas kayu je, aircond pun hidup segan mati tak mahu.” Jawab Julia tanpa beralas percakapannya.

Toki hanya tersenyum sumbing mendengar omelan Julia. Rasa menyesal menegurnya tadi.

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status