Share

MP 13

HAIRAN aku lihat sikap Rae yang semakin lama semakin menjauhkan diri daripada aku. Kecuali perjumpaan staf atau dia ingin memberikan aku tugas untuk disiapkan. Tak lagi macam dulu. Kelas mengaji online pun sudah lama dia tidak hadirkan diri. Aku ada buat apa-apa kesalahan ke? Apa ya?

"Jangan termenung. Buat kerja tu," tegur Rae yang tiba-tiba saja muncul depan aku. Kus semangat! Cubalah bagi salam ke apa. Ni tidak, main sergah orang saja. Mujur tiada penyakit jantung. Kalau tidak, mahu kena mati mengejut akibat serangan jantung.

"Rae..."

Rae langsung tidak menyahut panggilan aku. Dia terus memusingkan tubuhnya sebaik saja meletakkan sebuah fail di atas meja aku. Terasa hati aku dibuatnya. Dia tak pandang aku pun. Apa salah aku? Sakitnya hati aku

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status