Share

MLS | TIGA PULUH DUA

Sufian meletakkan panggilan telefonnya, kini dia berada di hospital. Nur Sara berada di wad kecemasan begitu juga dengan dirinya. Ada luka di bahagian lengannya kerana terlanggar tiang di tepi jalan raya.

Luka yang dialaminya itu pula akibat dari cermin kereta yang pecah dek kerana berlanggaran dengan tiang lampu tersebut.

Nur Sara berada di katil pesakit di hadapan Sufian. Dia pengsan, tidak sedarkan diri.

Sufian mengerutkan dahinya. Dilihatnya anak majikannya itu sepertinya trauma akan sesuatu. Namun dia tidak tahu apa perkara itu.

Kejadian yang menimpa mereka berdua itu telah pun dimaklumkan kepada Tuan Li dan Tuan Li sedang dalam perjalanan ke hospital.

"Dah siap..." kata jururawat yang merawat luka di dahi dan juga lengan Sufian.

"Terima kasih." ucap Sufian kepada jururawat itu disertakan senyuman nipis. Jururawat itu membalasnya dengan senyuman juga.

Keluhan berat dilepaskan oleh Sufian kerana dia teringat kejadian sebelum mereka menaiki kereta menuju ke hospital.

"Siapa lelaki
Bab Terkunci
Membaca bab selanjutnya di APP

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status