Share

BAB 6

Iskandar dah jangka perkara ini akan berlaku. Mula dari seorang akhirnya merebak dekat orang lain pulak. Benda ni dah makin mengganas. Iskandar tak mampu buat kerja ni seorang. Nak tak nak dia kena minta bantuan Kamarul dengan Luqman.

"Rul. Kau pegang tangan dia. Man pegang kaki. Ingat jangan sesekali tengok mata dia!!" Arah Iskandar. Risau kalau mereka tersilap langkah.

"Kenapa kau kacau kami ha!!" Tegas suara Iskandar menyoal pelajar yang kena histeria itu.

"Ini tempat aku. Korang ganggu tempat aku." Jawab makhluk yang berada di dalam pelajar itu.

"Sekarang kau nak keluar ke taknak." Iskandar cuba bersikap diplomatik sebelum bertindak.

"TAKNAK!!" Jerit wanita itu yang semakin liar.

Luqman masih tak faham apabila benda tu kata kami menganggu tempat dia. Luqman dengan Kamarul sedikit gementar apabila mendengar Iskandar berdialog dengan makhluk itu. Bapak ahh seram. Iskandar masih cuba berunding supaya benda tu keluar dari badan pelajar tersebut dengan cara baik. Kalau tak memang kena sembelih lah jawabnya.

"Sekarang kau nak keluar ke taknak." Soal Iskandar lagi sambil menarik ibu jari kaki kanan wanita itu.

"TAKNAK!!" Makhluk itu berdegil.

Iskandar memandang Ustaz Samad seperti meminta izin untuk bertindak. Ustaz mengangguk. Luqman dengan Kamarul memegang lebih erat lagi kaki dan tangan pelajar perempuan itu supaya tidak terlepas. Bacaan ayat ayat Al-Quran dibacakan. Iskandar sambil menunjukkan tangannya ke arah pelajar itu.

"Kau nampak tak ni apa." Iskandar menghala tangan kanan ke arah pelajar perempuan itu. Dia mula ketakutan.

"Pedang." Jawab pelajar itu.

"Amaran terakhir. Kau nak keluar ke taknak." Perempuan itu diam. Iskandar menggeleng. Kalau nama pun syaitan memang degil.

Tangan Iskandar diletakkan di leher pelajar perempuan itu. Seperti gaya menyembelih, tangan Iskandar bergerak seperti pisau mula dari atas ke bawah. Benda itu mengeluarkan bunyi seperti lembu yang disembelih. Nafasnya keras seakan nyawa tersekat di kerongkong. Dia mula rebah. Kami pun melepaskan dia.

"Iskandar. Cepat. Ada ramai lagi ni yang kena." Teriak Ustaz Samad yang tidak mampu mengawal keadaan.

"Nampak gayanya tidur dekat sini lah kita hahaha" Iskandar ketawa. Luqman dan Kamarul berpandangan sesama sendiri.

CUTI SEKOLAH BERMULA…

"Kau kenapa? Cuti sekolah kan. Kenapa macam tak happy je aku tengok? Kongsi dengan aku mana tahu aku boleh tolong kau?" Qistina mengeluh. Dia menoleh ke arah Atiqah yang dari tadi membebel.

"Aku stress lah dengan Luqman. Sibuk je nak mengorat budak baru kelas aku tu. Padahal aku dah lama suka dekat dia. Kadang kadang aku pun pelik dengan budak baru tu. Apa yang istimewa di mata Luqman sampaikan aku yang di depan mata ni buat taktahu je ahh geram.” Qistina mula melenting.

"Owh cemburu lah ni hehe." Atiqah meneka. Qistina diam membatu.

"Hm...siapa je tak cemburu.” Jawap Qistina malas.

"Aku boleh tolong kau. Aku boleh buat sampai Luqman tu tergilakan kau. Sampai kau rimas dia melekat je dengan kau. Amacam." Qistina memandang Atiqah. Macam tak percaya.

"Kau boleh buat?" Soal Qistina meminta kepastian.

"Eh maksud aku, aku tahu siapa yang boleh buat. Aku ada kenal sorang bomoh ni." Qistina diam seketika. Dia tak percaya sangat dengan bomoh bomoh ni. Banyak je yang menyamar jadi bomoh untuk kaut keuntungan.

"Kau nak ke taknak?" Atiqah menunggu jawapan Qistina.

"Kat mana?" Atiqah tersenyum apabila Qistina mula setuju.

“Jom ikut aku. Kita pergi Kampung Santan. Ada seorang nenek ini pandai selesaikan masalah kau.” Atiqah memujuk.

Mereka berdua sampai ke Kampung Santan dalam beberapa jam.

"Nekkk oooo nekkkk..." Atiqah melangkah laju ke arah sebuah rumah usang. Qistina mengikuti dari arah belakang. Entah macam mana dia boleh setuju idea perempuan gila ni. Rumah macam nak roboh je ada ke orang tinggal dalam rumah tu.

"Nekkk ooo nekkk..." Kali ni Atiqah sudah berada di hadapan pintu rumah usang itu. Krekkkkkk....bunyi pintu itu tiba tiba terbuka. Asap di dalam rumah berkepul kepul keluar sebaik sahaja pintu dibuka. Qistina terkejut apabila seorang wanita tua berdiri di hadapannya. Dia terus jadi takut. Bulu roma mula naik mencacak. Qistina rasa macam nak blah dari tempat ni.

"Mari masuk nak." Pelawa nenek tua itu. Atiqah tanpa segan silu masuk ke dalam rumah tanpa merisaukan apa yang bakal berlaku.

"Apa hajat cucu datang ke sini?" Nenek itu memandang tepat ke arah Qistina dan Atiqah.

"Macam ni nekk. Kawan saya ada suka seorang lelaki ni. Tapi nekk susah sikit lah sebab lelaki tu suka dekat perempuan lain." Atiqah menceritakan hajat mereka datang ke sini.

"Ohh. Nak mintak minyak pengasih lah ni yee." Qistina memandang Atiqah. Minyak pengasih? Bisik dia di tepi telinga Atiqah.

" Minyak pengasih tu macam mana nekk?" Qistina memberanikan diri bersuara.

"Minyak pengasih boleh buat orang yang kamu suka tergila gilakan kamu." Hati Qistina tiba tiba bersorak riang. Nampaknya ada cara untuk Luqman suka pada dirinya.

"Tapi nekk, yang perempuan tu macam mana pulak?" Nenek itu tersenyum. Dia bingkas bangun berjalan ke arah almari. Kotak yang dibalut kain kuning itu diambil. Kemudian nenek itu duduk semula bersama kotak yang di bawa tadi. Kain kuning yang membalut kotak itu dibuka. Sekarang yang tinggal hanya kotak kecil. Kotak itu dibuka. Terdapat batu kristal berwarna seakan biru bercampur merah menyerlahkan lagi warnanya.

"Nah ambik." Nenek itu menghulur batu yang dipegang kepada Qistina. Dia takut untuk menerimanya. Setelah Atiqah memaksa baru dia ambil. Qistina akur.

"Jaga batu ini baik baik. Selagi kamu jaga dia, semua permintaan kamu akan tertunai." Mata Qistina membulat besar. Maknanya Qistina akan dapat apa yang dia nak. Qistina boleh buat Luqman sukakan dirinya.

"Tapi ingat!! Ada pantang larangnya. Kau tak boleh dengar orang mengaji. Solat jugak kau tak dibenarkan lakukan sama sekali. Kalau kau cuai, kau kena tanggung akibatnya." Mengaji? Baca Al-Quran? Aah Qistina dah lama tinggal sejak dari tingkatan dua. Solat? Pftttttt kirim salam. Atiqah? Lebih kurang dia je. Tapi Fatihah selalu sangat mengaji malam malam. Memang dia kena pindah bilik lah ni.

"Risiko tinggi sangat ke nekk?" Atiqah melihat Qistina seperti 50-50 sama ada nak teruskan atau tidak.

"Bukan senang nak dapat apa yang kita nak dalam dunia ni. Semua ada risiko." Nenek itu masih menunggu kata putus dari Qistina. Dia yang pilih jalan mati ni. Qistina kena teruskan jugak. Dia setuju!!! Orang tua itu tersenyum.

Kitab lama yang telah mereput diserahkan kepada Qistina. Halaman muka surat pertama dibuka. Dia tak boleh membaca disebabkan tidak tahu bahasa apa yang menjadi perantaraan di dalam alam ghaib ini. Tetapi terdapat 2 ruang di bawah kitab yang ditinggalkan kosong. Nenek itu menulis namanya kemudian kitab itu beralih ke arah Qistina supaya menurunkan tandatangan. Dia sudah tetapkan pendirian. Qistina menulis nama. Apabila nafsu mula menguasai dirinya, Qistina tidak sedar yang dia telah mencipta jalan mati untuk dirinya sendiri. Sebaik sahaja nama Qistina selesai ditulis, nenek tua itu rebah ke lantai. Matanya terbuka luas. Tubuh badannya menjadi semakin mereput perlahan-lahan sebelum keluar serangga dari arah mulutnya. Qistina memandang Atiqah. Dia mencapai tangan Qistina supaya beredar dari tempat itu segera mungkin.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status