Share

22

Sudah seminggu Am tinggal di asrama, semenjak seminggu itulah Am langsung tidak bertemu dengan Kasyaf. Sama ada di dalam asrama mahu pun di sekolah. 

Dalam ralit Am sedang mengemas meja belajar yang bersepah, tiba-tiba pintu bilik itu diketuk bagai nak roboh bangunan oleh siapa pun Am tidak tahu.

"Aduh budak ni," omel Am sendirian sambil melangkah malas menuju ke pintu bilik itu.

Sebaik saja pintu dibuka Am terus berkata, "Kau tak reti sabar ke? Macam nak pecah pintu bilik ni asal?" marah Am tanpa melihat ke arah orang yang berdiri di hadapan pintu itu kerana sedang menggosok lutut yang terlanggar tiang katil.

"Arghh! Apa kau buat dekat sini!" Sebaik saja Am menoleh terus terkejut dan menjerit kuat.

"Hihi..." Seorang gadis bernama Hira sedang mengelip-ngelip mata ke arah Am. Senyuman seram turut diberi membuatkan Am mula meremang bulu roma.

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status