Share

24

"Kau nak join aku tak hari ini?" tanya Lucas. Hazel mengerutkan dahinya. Kuaci yang sudah dikopek kulitnya di makan.

"Join? Pergi mana?" tanya Hazel pelik. Mereka berdua sedang melepak di belakang bangunan tempat biasa Hazel melepak. Ya, mereka sudah kembali ke sekolah setelah cuti sekolah selama seminggu.

Mesti tertanya-tanya di mana yang lain bukan? Sebenarnya Theo, Jayden dan Ethan ada saja di kelas masing-masing sedang belajar. Cuma Lucas dan Hazel sahaja yang ponteng kelas.

Hazel ponteng kerana tidak mahu menghadap rakan sekelasnya yang seperti budak-budak itu. Hari itu bermain campak-campak beg sekolahnya. Hari ini main sorok-sorok barang-barang dia pula.

Masa dia membuka beg sekolahnya tadi, dia lihat semua barang-barang di dalam begnya sudah tidak ada. Dia cuma jumpa satu saja, iaitu pencil case-nya. Itupun di atas almari yang berada di dalam kelasnya. Lawak bukan? 

Lucas pula? Tida

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status