Share

39

-The best apology is

changed behavior-

_______

Hazel mencelikkan matanya. Kepalanya yang pening diurut perlahan. Pandangannya matanya cuba dijelaskan. 

"Kau dah sedar?" Hazel berpaling memandang kanannya. Terdapat Jayden di situ dengan riak risaunya.

Hazel memalingkan wajahnya ke kiri. Jayden merasa serba salah. Dia mengemam bibirnya.

"Sorry" ujar Jayden. Hazel hanya diam sahaja. Siapa yang tidak terasa hati dengan tingkah Jayden tempoh hari? Lelaki itu agak kasar dengannya.

"Aku tahu aku buat kau terasa hati dengan aku" sambung Jayden. Wajahnya benar-benar menunjukkan riak serba salah.

"Pukul berapa?" tanya Hazel. Dia langsung tidak melayan permintaan maaf Jayden itu. Biar Jayden rasakan.

"2.30 petang" balas Jayden. Hazel bangkit dari pembaringan. Kasutnya dipakai. Dia berjalan ke pintu bilik kesihatan. Sudah waktu pulang dari sekolah.<

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status