Share

05: BAB LIMA

Aku baring di atas katil selepas Daniel memujuk aku untuk tinggal bersamanya disini. Aku setuju, masih bertarung dengan diri sendiri kenapa aku setuju. Mungkin aku mula rasa yang aku ada harapan untuk hidup normal semula.

Aku lihat ke arah sofa di depan TV, di mana adanya Daniel yang sedang tidur. Dengar dengkurannya cukup buatkan aku pasti yang dia sudah masuk ke alam mimpi.

Aku bangun dari baringan, kaki turun dari katil. Aku berlalu ke meja tulis yang aku duduk menulis petang tadi. Seperti biasa, aku ambil pen merah dan sehelai kertas.

Memandangkan aku tak boleh tidur dan dalam fikiran aku ada banyak perkataan dan huruf-huruf berpusing, lebih baik aku keluarkan semua di atas kertas kosong berwarna putih ini.

Tangan bergerak menulis setiap patah perkataan.

She looks happy, right?

You don't see the wound on her wrist

Just a smile on her lips

You hear her laugh,

You see her smile

But did you take the time to look in her eyes?

Do you see emptiness, darkness?

Darling, if you just open your eyes,

You can see that she's dead inside.

The bleeding will stop

Wounds will heal

Scars will form

And all her problems will not be fixed.

Aku lihat satu persatu perkataan yang aku tulis, kalau tak silap, ini ayat yang paling panjang aku pernah tulis. Aku lepas pen ditangan, aku lihat tapak tanganku yang masih belum sembuh dengan luka pagi tadi. Lenganku masih berbalut.

Aku lihat ada gunting di dalam laci meja, aku keluarkan gunting itu dan mula membuka balutan di lengan. Luka kaca semakin pulih itu aku buka kembali dengan gunting tajam itu. Darah mula mengalir keluar.

Aku calitkan darah pada ibu jariku dan aku copkan di bahagian bawah pada hujung kertas yang aku tulis tadi.

Darah mengalir semakin banyak, aku berdiri dan berlari ke tandas. Aku letak lengan di bawah paip air. Pedih rasanya namun aku tahan saja. Darah tidak berhenti mengalir— tiba-tiba ada yang mengetuk pintu.

"Urwa?"

Suara Daniel kedengaran, aku menjeling menyampah mendengar dia memanggil aku dengan nama itu.

Aku ambil tuala bersih di bawah singki, aku balut tanganku yang masih berdarah tapi sekarang sudah kurang. Aku berlalu membuka pintu tandas, wajah Daniel terpampang dengan riak risau.

Aku lihat tubuh aku atas bawah dan terhenti pada balutan tuala di lenganku. Dia memejam matanya seakan menahan perasaan. Dia tarik lenganku duduk di sofa dia tidur tadi.

Dia buka tuala di lenganku, darah sudah kurang keluar. Dia berlalu ambil kotak kecemasan dan mula membersihkan dan merawat luka aku. Dia diam tidak bersuara langsung.

Aku dapat rasa kedinginan dia, adakah dia marah dengan aku?

"Thanks," ucapku usai dia merawat lukaku, dia berlalu letak kotak kecemasan itu di tempatnya semula. Saat dia mahu melangkah ke arah aku anak matanya terhenti pada lantai di depannya.

Aku perasan ada titisan darah aku sewaktu aku lari ke tandas tadi jatuh ke lantai. Dia mengeluh kecil dan berlalu masuk ke dalam tandas dan beberapa minit kemudian keluar bersama tuala lembap ditangannya.

Aku lihat dia duduk dan mula mengelap darah di atas lantai itu. Dia ikut titisan darah itu sehingga dia berdiri di depan meja kerjanya.

Aku mengetap bibirku rapat saat tersedar dia nampak mata gunting yang aku guna tadi sudah berlumuran dengan darah. Aku mula rasa berdebar dan gementar. Aku lihat dia ambil gunting itu dan kesat darah itu dengan tuala basah ditangannya.

Dia masukkan gunting ke dalam laci semula, dia ambil kertas yang aku tulis tadi. Dia berdiri di depan mejanya sambil melihat kertas itu lama. Aku mula rasa tidak selesa.

Aku tak suka orang baca apa yang aku tulis, hell even aku sendiri benci dengan apa yang aku tulis.

Beberapa minit berlalu, Daniel mengangkat wajahnya dari kertas itu. Dia memandang ke arah aku dengan riak yang sukar ditafsir di mata aku.

Adakah dia marah? Sedih? Benci? Suka? Kesian? I don't know.

Daniel berjalan ke arah aku, tuala ditangannya dia biarkan di atas meja di depan TV dan dia berdiri di depan aku bersama kertas putih ditangannya.

"This is wrong," ujarnya tiba-tiba membuatkan aku rasa pelik dan keliru. Apa maksudnya?

"Her eyes tell me everything, they scream for help. They shows darkness but yet asking for help." katanya lagi membuatkan aku tergamam, dia tunjuk kertas itu di depan aku. Ayat-ayat bodoh yang aku tulis cukup untuk mengambarkan diri aku yang sebenar.

"She said she couldn't be fixed. She's wrong."

Aku terkelip-kelip memandang wajahnya.

Dia duduk melutut di depan aku, kertas diletakkan di sebelah aku. Tangannya menyentuh tanganku. "I'll prove that she's wrong. I promise,"

Saat itu wajahku berubah, rasa marah tiba-tiba hadir. Aku berdiri dan menepis tangannya. Aku berganjak menjauhinya. Aku tunduk merenung lantai.

"There's so many people made promises to me. None of them really keep them." bisikku dengan nada yang kecewa dan sedih. Aku mengangkat wajah memandangnya.

"Jangan janji kalau kau tak boleh pegang dan tepati. Because once you break them, i'll hate you until i die." bisikku lagi sebelum berlalu ke katil dan baring di atasnya. Aku tarik selimut dan cuba untuk tidur.

Ramai yang janji pada aku. Janji nak jaga aku. Janji untuk beri kebahagian dekat aku. Janji aku akan selamat. Janji aku tak akan menyesal. Janji yang aku akan lupa kesakitan— tapi semuanya dusta manusia.

Mereka hanya tahu berkata, mereka tak tahu untuk menepatinya.

And that hurts me really bad.

~ ~ ~

Suara tamparan dan tumbukan menganggu tidurku. Aku mengerutkan dahi dan membuka mataku perlahan-lahan. Lenganku rasa sengal dan berdenyut. Aku mengeluh kecil dan bangun dari baringan.

Aku memandang sekeliling yang sedikit bising, aku lihat Daniel yang hanya berseluar pendek sedang menumbuk punching bag di bahagian gym ruangan luas ini.

Aku toleh ke arah jam di sebelah katil, baru pukul 6 pagi. Aku toleh melihat ke arah Daniel semula. Badannya berpeluh hebat, pergerakkannya laju. Tumbukkannya kuat dan tegap.

Sedar aku merenungnya agak lama, aku menoleh ke arah lain. Aku bangun dari katil mahu ke tandas untuk membuang air kecil. Aku berlalu masuk ke dalam tandas dan melepaskan hajatku.

Aku basuh muka dan gosok gigiku. Usai itu aku keluar dari tandas dan berlalu ke dapur untuk minum air. Aku bawa gelas berisi air kosong ke sofa dan aku duduk di situ merenung skrin hitam TV itu.

Jujur, aku tak tahu nak buat apa. Biasanya aku akan menaip sesuatu di laptop kalau terjaga seawal ini. Tanganku naik menyentuh rambutku, aku pejam mataku. Aku tarik rambutku sedikit kuat dan aku lepaskan tarikan itu.

Aku ulang perbuatan itu beberapa kali sebelum Daniel datang menghentikan segalanya. "Apa yang kau buat?" soalnya kini melangkah duduk di sebelahku. Aku mengangkat wajah melihatnya.

"Apa yang aku nak buat sekarang?" soalku perlahan, aku memandangnya lama. Daniel diam lama sebelum dia tersenyum kecil seakan budak-budak mendapat gula-gula.

"Get ready, shorty. I'm taking you out."

balasnya sebelum bangun dan berlalu pergi dari situ. Aku lihat dia berlalu masuk ke dalam tandas, mungkin mahu bersihkan diri.

Aku tunggu dia siap mandi, usai itu aku pula masuk mandi. Kami bersiap untuk keluar. Jam sudah pukul 7:30 pagi. Daniel beri aku pinjam hoodie kepunyaannya untuk aku pakai.

Memandangkan dia lebih tinggi daripada aku, baju itu agak besar dan labuh ditubuhku. Seluar trek dia hulurkan juga. Agak longgar tapi selesa. Aku pakai mask di wajah kerana aku tak suka orang tengok muka aku. Aku tak mahu orang kenal aku.

Aku lihat Daniel, dia memakai t-shirt putih berlengan pendek dan jeans hitam. Topi dikepalanya dan kaca mata hitam dimatanya.

"Kenapa pakai cermin mata?" soalku tak sempat mengawal mulut. Daniel tersengih saja, dia tarik lengan aku masuk ke dalam lif.

"Aku ada mata yang unik, Urwa. Once people see it, they'll fall for it. Orang akan renung mata aku and I don't like that." balasnya dengan nada yang bangga pada mulanya dan serabut diakhirnya.

Aku mengangguk faham. Lif berhenti dan terbuka, dia pegang tangan aku erat dan tarik aku keluar dari lif itu. Aku lihat tangan kecilku di dalam tangan besarnya. Aku ketawa kecil melihat tangan kami.

"Apa yang lawak?"

"Tangan kau besar," ujarku pendek, Daniel tunduk melihat tangan kami. Dia tersenyum saja dan terus berjalan membawa aku entah ke mana.

Tiba-tiba aku lihat dia tekan sesuatu di tangannya sebelah lagi. Bunyi kunci kereta dibuka kedengaran, aku lihat ada sebuah kereta hitam di depan kami. Honda Civic. Dia buka bahagian sebelah pemandu untuk aku.

Aku lihat wajahnya. "Get in," ujarnya dan aku akur. Aku masuk ke dalam kereta itu. Daniel tutup pintu itu dan berlari ke arah pemandu. Dia masuk dan mula menghidupkan enjin.

Tidak menunggu lama, kereta berlalu meluncur di atas jalan raya. Aku memandang ke arah Daniel, aku tak tahu dia mahu bawa aku ke mana.

"Kau nak bawa aku pergi mana ni?" soal aku dengan riak ingin tahu.

"Sarapan," ujarnya pendek.

Tidak lama kemudian, kami tiba di sebuah kedai makan mamak. Dia parking dan bawa aku masuk ke dalam kedai makan itu.

Kami duduk menunggu pelayan mengambil pesanan. Beberapa minit kemudian, seorang lelaki kaum india datang mengambil pesanan.

"Dey you tambie! Lama tada jumpa." Tegur lelaki india berkopiah itu. Daniel ketawa saja, dia bersalam sekilas dengan lelaki india itu.

"Iya la aney, busy kerja. Aney sihat?" jawab Daniel dengan senyuma dibibirnya.

"Sihat la. You tambie sini datang mau makan ka?" soal pakcik india itu. Aku ketawa kecil mendengar dia menggelarkan Daniel sebagai tambie.

Pakcik india itu sedar aku di sisi Daniel terus terkejut. "Dey tambie! You kawin tada jemput ka?" Marah pakcik india itu membuatkan ketawa aku pecah. Suka mendengar slang india-melayunya.

Soalannya juga buatkan aku ketawa. Daniel memandang aku dengan senyuman dibibirnya. Dia kembali memandang pakcik india itu. "No la aney. Ini budak bukan isteri saya. Saya single la aney," jawab Daniel dengan senyuman masih di bibirnya.

"Ya ka? Itu la saya sudah bilang, saya punya anak ada. Sesuai dengan you tambie," balas pakcik india itu. Aku ketawa lagi, air mata sudah keluar dihujung mata itu aku kesat dengan tawa kecil.

Sudah lama aku tak gelak kuat macam ni.

"No la aney. Saya suka single. Dah la aney. Nak makan ni," kata Daniel pula, pakcik india itu sengih saja dan mengangguk kecil.

Aku sentuh perut, sakit perut ketawa tadi. "Mau makan apa adik manis?" soal pakcik india itu. Aku tersenyum padanya.

Aku lihat ada menu besar di depan kedai tadi, sempat juga aku tengok apa yang ada.

"Roti canai telur satu. Nak kuah campur!" pesan aku teruja. Dah lama betul tak makan roti canai.

"Minum?"

"Milo panas," pesanku lagi. Daniel pula memberi pesanan. Dia pesan nasi lemak bersama teh tarik. Pakcik india berlalu memberi pesanan. Aku tersenyum melihatnya.

"Reason number two for you not to die; your laugh." kata Daniel tiba-tiba membuatkan aku terpinga-pinga. Aku lihat wajahnya dengan tanda tanya.

"I'm giving you a reason not to die and I'll fine more reason so you won't give up. I'll keep my promise, Urwa. Watch me,"

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status