DANIEL mengambil tempatnya di bumbung sebuah bangunan yang ditinggalkan lama. Dia duduk di dalam posisinya di bahagian selatan manakala Aaron pula sedang bersiap sedia di posisi utara. Alat pendengar di telinga Daniel berbunyi mendengar arahan daripada Megat dan Sam.
Emma pula sedang bersiap untuk beraksi nanti. Daniel duduk melutut dengan satu lutut ke lantai, KS V Bullpup Sniper, pistol tembak dari jarak jauh itu di keluarkan dari bekasnya sendiri. Daniel mula membuat pengiraan dan target untuk dia lepaskan tembakan nanti.
Walaupun sudah terbiasa dengan kerja headshot itu, dia tetap harus membuat persediaan yang lengkap. Daniel yakin dia dapat hapuskan Dato’ Hisham malam ini dari dunia ini. Rancangan kumpulan mereka sempurna dan berjalan dengan lancar sehingga sekarang.
“They’re here,” Suara Megat kedengaran di telinga Daniel dan ahli pasukan yang lain. Sekarang mereka ada di sebuah kawasan sunyi yang selalu menj
Assalamualaikum! Hi korang! Alhamdulillah berjaya siapkan buku ni! Saya tahu korang mesti tertanya-tanya, kenapa tamat macam ni je. Saya nak cakap, insyaAllah akan ada buku kedua. Doakan ya? Terima kasih sebab sudi baca buku ni, vote dan komen. Thank you so much! Tanpa korang siapalah saya, kan? InsyaAllah berjumpa lagi kita di buku yang kedua. Doakan buku kedua cepat siap ye. Aamiin! Buku kedua akan diberi tajuk ‘SAVED BY HIM’. Stay tuned!
Aku merenung muka di dalam cermin, wajah yang paling aku benci. Wajah yang aku harap tidak pernah wujud dalam dunia ini. Kenapa perempuan ini wujud? Sepatutnya di tak pernah wujud dan mati ditelan bumi. Benci. Satu perkataan yang sangat kuat dan keras. Itu satu perkataan yang sesuai dengan perempuan di dalam cermin itu. Hodoh, menjijikkan— layak dengan gadis di dalam cermin itu. Tangan naik meramas rambut dengan kuat, rasa marah dan sakit hati semakin membuak-buak. Rambut mula ditarik dengan kuat, rasa sakit namun rasa diri layak dengan semua rasa sakit yang dirasai. Beberapa helai rambut tercabut, rambut dilepaskan. Tangan digenggam dengan kuat. Kuku tajam mencucuk isi tapak tangan, cecair merah kelihatan mengalir keluar. Darah yang
Untuk kali pertama setelah 40 hari berkurung di dalam dunia sendiri, akhirnya aku beranikan diri untuk keluar. Dengan t-shirt kelabu dan berhoodie hitam diluar, dipadankan dengan seluar jeans kosong ditubuh. Rambut aku biarkan terlepas ke belakang.Mask hitam aku pakai diwajah, sengaja tidak mahu ada yang kenali aku. Kaki melangkah keluar dari rumah, rasa lapar datang tiba-tiba sewaktu aku sedang asyik menaip.Telefon aku biarkan mati di dalam bilik, rumah aku kunci sebelum berlalu ke kedai makan. Aku hanya berjalan kaki ke kedai berdekatan.Tiba di kedai Starbucks aku masuk ke dalam dan memesan air bersama kek tiramisu yang menggoda. Usai membayar makanan, aku mengambil tempat duduk di sebelah tingkap untuk melihat pemandangan di luar.Beberapa minit kemudian, pesanan aku sampai. Tidak membuang masa, aku makan tanpa mengendahkan sekeliling. Aku makan sambil memerhati manusia berjala
Aku keluar dari rumah, entah kenapa aku rasa aku mahu keluar hari ini. Aku berjalan ke arah lorong kali terakhir aku jumpa lelaki pembunuh itu. Aku mahu jumpa dia.Kaki melangkah lebih jauh ke dalam, sunyi. Tiada bunyi. Aku berhenti saat jalan mati dengan adanya dinding kelabu penuh dengan kotoran menjijikkan. Aku memandang sekeliling, tempat ini busuk dan mengotorkan.Orang biasa tak akan tinggal di sini. Jalan ke sini juga menakutkan. Walaupun matahari masih ada, di lorong ini masih gelap, cuma ada beberapa tempat yang terdedah dengan cahaya matahari.Aku bergerak ke arah sebuah kotak, aku duduk di atas kotak itu. Aku nak tunggu lelaki itu muncul.Aku mengeluh kecil dan mula memejam mataku.Tiga jam kemudian, bunyi tapak kaki kedengaran. Aku buka mataku dan seperti yang aku agak, lelaki pembunuh semalam berdiri d
Aku bersihkan luka yang dari malam tadi terbuka, usai itu aku berlalu membersihkan diri. Jam sudah menunjukkan 4 pagi, ada lagi satu jam untuk ke angka 5. Aku bersiap untuk ke rumah pembunuh yang aku upah semalam.Berhoodie hitam, berseluar track dan mask hitam di wajah aku bersedia keluar dari rumah. Aku pakai kasut sukan biasa. Aku lupa harganya, ia tak penting. Cukup aku boleh pakai dan berjalan.Angin pagi meniup wajah, rambut dibiarkan lepas di belakang aku masukkan ke dalam baju di belakang. Tak suka rambut berterbangan. Kaki berlalu ke lorong gelap san sunyi, aku buka flashlight di telefon untuk melihat jalan.Beberapa minit aku tiba di depan dinding kotor yang semalam lelaki itu sentuh untuk masuk ke dalam rumahnya. Aku cuba sentuh permukaan sejuk itu namun tiada apa yang berlaku.Keluhan berat terlepas, sekarang sudah jam 4:45 pagi. Aku berlalu duduk di atas kotak semalam. Menunggu lelaki it
Dia berdecit kecil mencuri perhatianku. "So, kau nak mati sebab kau dah tak ada sesiapa? That's it?" soalnya tiba-tiba membuatkan aku terkedu dengan soalannya. Nadanya kedengaran seperti memerliku. Apa maksudnya menyoal aku begitu?Aku dengar dia ketawa kecil."That's pathetic," ujarnya pendek membuatkan aku tergamam, seakan terkena satu tamparan ke wajahku.Kalau sebelum ni aku tak kisah apa yang orang mahu kata tapi saat ini, bila dia sebut perkataan itu— it hurts.Why?"What did you say?" soalku tidak percaya, dia memandangku tanpa riak gentar, riaknya kosong seakan tiada salah apa denganku."What? Am I wrong?" soalnya lagi, kali ini dia melangkah satu langkah mendekati aku. Wajahnya seakan mencabar kesabaran aku.Ak
Aku baring di atas katil selepas Daniel memujuk aku untuk tinggal bersamanya disini. Aku setuju, masih bertarung dengan diri sendiri kenapa aku setuju. Mungkin aku mula rasa yang aku ada harapan untuk hidup normal semula.Aku lihat ke arah sofa di depan TV, di mana adanya Daniel yang sedang tidur. Dengar dengkurannya cukup buatkan aku pasti yang dia sudah masuk ke alam mimpi.Aku bangun dari baringan, kaki turun dari katil. Aku berlalu ke meja tulis yang aku duduk menulis petang tadi. Seperti biasa, aku ambil pen merah dan sehelai kertas.Memandangkan aku tak boleh tidur dan dalam fikiran aku ada banyak perkataan dan huruf-huruf berpusing, lebih baik aku keluarkan semua di atas kertas kosong berwarna putih ini.Tangan bergerak menulis setiap patah perkataan.She looks happy, right?
Usai sarapan, Daniel bawa aku pulang ke rumah aku untuk ambil pakaian dan apa yang aku mahu. Sedang asyik menyimpan pakaian dalam bagasi, Daniel membuka mulut."Control is the key,"Aku menoleh melihatnya, Daniel sedang melihat contengan di dinding yang pernah aku tulis dengan darahku dulu. Aku lihat dia merenung ayat itu lama sebelum menoleh melihat ke arah aku."Apa maksud ayat ni?" soalnya tiba-tiba. Aku tengok ayat di dinding itu sekilas dan mengeluh kecil. Aku duduk di atas katilku dan tunduk melihat tanganku."Dulu masa dekat rehab, cikgu aku ajar untuk kawal emosi aku. Kalau aku boleh kawal emosi, nothing bad will happen. That's the only way aku kawal diri bila aku rasa nak bunuh diri," jelasku masih melihat ayat di dinding itu. Aku bangun semula dari katil dan kembali mengemas pakaian.Daniel diam saja, tid
Aku buka mataku saat terdengar bisikan seseorang dekat denganku. Benda pertama aku nampak ialah laptop aku yang menyala dan satu susuk tubuh sedang menggunakannya.Aku lihat Daniel sedang membaca sesuatu kerana mulutnya terkumat-kamit di depanku. Aku buka mataku lebih luas, dia sedang baca apa yang aku tulis dan apa yang pernah aku tulis di dalam laptop itu—"Daniel?" Aku bangun dari baringan, Daniel duduk di lantai masih membaca di laptopku yang berada di atas meja. Dia habis membaca dan menoleh melihat aku."Kau pandai buat puisi. This is beautiful tapi aku akan pastikan lepas ni, kau akan tulis puisi yang happy-happy pulak." ujar Daniel, lalu dia tutup laptop itu. Aku lihat dia, rambutnya masih basah menandakan dia baru habis mandi. Tuala masih ada di lehernya.Dia pandang aku lama buatkan aku rasa tidak selesa.