Share

Bab 13

SEMINGGU telah berlalu sejak peristiwa di Teluk Kemang. Ainan semakin tenang. Aazad pula mula menunjukkan sikap positif.

"Ainan, abang nak cakap sikit ni." Aazad menghampiri Ainan yang sedang leka menonton drama jam tujuh. Ainan angkat kening. Menanti Aazad untuk terus bersuara.

"Akak saman abang. Dia tuntut tunggakkan nafkah sepanjang setahun abang tak kerja dulu. Lepas tu dia tuntut giliran bermalam." Ainan menghela nafas berat. Dia memang dapat rasakan perkara ini akan berlaku. Tapi apakan daya, kata-katanya langsung tidak didengari oleh Aazad. Sekarang sendiri yang susah.

"Ainan dah cakap dulu. Tapi apa abang cakap? Nak biar dia terjerat sendiri dengan kesilapan dia. Sekarang ni siapa sebenarnya yang terjerat?" Aazad terdiam mendengar kata-kata Ainan. Jelas kelihatan wajah Ainan yang kecewa dengan apa yang berlaku.

"Abang tak sangka pula akan jadi macam ni." Aazad mempertahankan dirinya. Masih tidak mahu kalah. Mana mungkin dia m

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status