Share

Bab 31

AAZAD berang apabila dia pulang, tiada siapa di rumah. Kebiasaannya Ainan pasti akan memaklumkan kepadanya jika ingin ke mana-mana. Tapi hari ni, dia langsung tidak dimaklumkan.

Usai membersihkan diri, Aazad segera ke dapur. Lauk dipanaskan, lalu nescafe dibancuh.

'Cuti pun tak reti duduk rumah. Merayau entah kemana, langsung tak minta izin.' Sebal hati Aazad dengan sikap Ainan.

Aazad menyenduk nasi dan lauk ke dalam pinggan, lalu di bawa ke meja makan.

"Assalamualaikum." Salam diberi. Ainan yang sedang mengendong Safwan dan Umairah kelihatan kemengahan. Mana tidaknya terpaksa mendukung kedua-duanya naik tangga kerana lift rosak.

"Merayap ke mana?" soal Aazad tanpa menjawab salam Ainan. Ainan pula hanya membiarkan sambil lalu soalan Aazad.

Mengah naik tangga belum lagi hilang. Dah nak kena hadap kepala angin Aazad yang tak tentu hala. Dasuki berlari masuk

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status