Share

bab 7

"TAK sangka ya kita berjumpa lagi?  Apa awak buat kat sini?" soal Zakuan tetap tersenyum walaupun gadis di depannya itu seolah-olah tidak menyedari akan kehadiran dia di situ.

   Cinta Alisya tetap dengan kamera ditangan.  Dipetik berkali dan setelah itu, di lihat semula.  Zakuan memang berasa berat untuk duduk di sebelah gadis ayu itu,  Zakuan bersiul untuk menarik perhatian gadis itu lagi dengan harapan gadis ayu berkenaan akan mempelawanya duduk.  Dia agak penat kini...  Maklumlah baru lepas ke sana dan sini mencari barang untuk dibawa ke Malaysia nanti.

  "Zack?  Kau Zack kan?".  Pertanyaan itu telah mendongakkan wajah Zakuan yang sedari dia hadir tadi, begitu  ralit merenung wajah ayu milik gadis yang sedang duduk di hadapannya itu.  Cinta Alisya juga turut mendongak dan matanya meneliti empunya wajah tersebut   dengan agak lama.  Entah kenapa hati tenangnya kian berantakkan setelah memandang wajah lelaki itu.

" Kamal?  Dr Kamal?"

"Ya aku .." sahut  lelaki yang kelihatan kacak berkacamata tersebut sambil menyambut huluran salam Kapt.Zakuan.  Dalam masa yang sama juga Dr Kamal menaikkan keningnya seraya merenung Cinta Alisya.  Dia bertembung lagi dengan  Zakuan.  Dan Zakuan pula masih lagi bersama dengan gadis yang dia temui dua malam yang lepas.

  "Tak sangka aku, kita boleh berjumpa semula kat taman ni pula.." Sahut Dr Kamal cuba tersenyum pada Cinta Alisya.  Cinta tetap dengan wajah tanpa romannya.

  "Tula..  Aku pun.."  jawab  Zakuan lalu membiarkan Dr Kamal mendekati dirinya.  Telinganya pula sedang dibisikkan dengan sesuatu. 

  "Kau dengan Cinta ni ada apa-apa ke?  Dah dua kali aku terserempak kau dengan dia.. Kau dah tak dengan Nelly?  Bukannya aku tak tahu perangai si Nell tu.." bisik Dr Kamal.

  Zakuan yang pada mulanya tersipu-sipu,  kini berubah seketika tampangnya. Dr Kamal perasan akan perubahan pada wajah tersebut. 

"Kau okay ke ni Zack? Hei aku tanya je.. Takkan kau nak marah kot?"  Soal Dr Kamal membuatkan Cinta juga merenung wajah Zakuan dan Dr Kamal silih-berganti.  Tetapi renungan mata Cinta kelihatan tajam terarah pada Dr Kamal.

  Tiba-tiba perutnya terasa memulas.  "heh korang kejap ya ada nature call," ujarnya kelam- kabut meninggalkan kedua mereka.  Yang sebenarnya Zakuan sedang cuba menahan kesakitan bukan kerana soalan dari Dr Kamal.

  "Bro, teman kejap Cinta ya.  Aku.. Aku tak tahan sangat ni!"  tekan Zakuan lagi tertunduk-tunduk dia kini.  Setelah meminta supaya Cinta Alisya tunggu sekejap untuk berbual sesuatu, Zakuan Edan berlari ke arah tandas awam.

  "Boleh i duduk?" soal  Dr Kamal cuba beramah dengan Cinta Alisya.  Memang dah lama dia perhatikan kedinginan gadis tersebut.  Sebagai seorang doktor dalam bidang Psikologi,  sudah tentu Dr Kamal boleh membaca minda seseorang hanya melalui airmukanya sahaja.

"Ke mana dan di mana saja aku berada kau mesti adakan? huh.."  Cinta terus mendongak setelah selesai berkata demikian.  Dr Kamal merenung dengan sedalam- dalamnya ke dalam bolamata hitam  milik Cinta Alisya.  Lalu Dr Kamal tersenyum senget,  telahannya betul.  Memang ada yang tidak kena pada gadis berkenaan.

"Apalagi kau mahu?  Kenapa mesti ekori aku?  Bukankah aku dah stabil?  Jadi mengapa tak biarkan aku hidup bebas seperti orang lain?" Oktaf suara Cinta Alisya sedikit meninggi bukan itu sahaja nadanya juga turut berubah.

  "Alisya mana..." Dr Kamal tidak dapat menghabiskan ayatnya itu pabila suara Zakuan kedengaran.  Dr Kamal terus berpaling dan tersenyum kembali.  Begitu juga dengan Cinta melihat kamera semula dan berkeadaan seperti tiada apa yang berlaku.

  Dan soalan Dr Kamal tergantung begitu sahaja.  Namun dia perasan akan senyuman yang tersungging dibibir Cinta Alisya,  senyuman yang penuh dengan makna yang mendalam.

  "Bro, ok lah aku rasa aku kena pergi dahulu..". terang Dr Kamal langsung mengangkat briefcase miliknya yang telah dia letakkan tepi gadis yang kembali merenung kameranya itu.

  " Lah, cepatnya .. Aku ingat nak belanja kau orang berdua lunch,  maklumlah aku tak lama dah kat sini.." ujar Zakuan agak sayu merenung ulah dingin Cinta Alisya yang langsung tak mahu berbual.

   Cinta Alisya menelan liurnya sedetik.  Entah kenapa, hati kerasnya lentur sedikit dek kata-kata berbaur sindiran lembut tersebut. Sementelahan dia yang memulakan dahulu dan kini dia pula dengan sengaja bersikap dingin.

  "Sorry bro i'm really busy .. What if this nightYour departure when?" Soal  Dr Kamal yang sememangnya mahu keluar lagi dengan pasangan tersebut.  Apatah lagi ada sesuatu yang ingin dia bincangkan dengan Cinta Alisya.

  "Cinta, awak pula bagaimana? Saya harap awak tak mengecewakan permintaan saya ini..." pinta Zakuan Edan penuh mengharap.  Memang benar dia telah mulai jatuh hati pada Cinta Alisya.

  "Bro, kalau ini pilihan kau..  Kau kena berterus-terang pada Nelly.  Jangan biarkan dia lagi mengharap.. Aku doktor Psiko bro.. Aku lebih tahu.."  ujar Dr Kamal dan terus menepuk perlahan bahu Kapten muda itu. 

   Zakuan Edan hanya mampu tersenyun, hanya dia sahaja yang tahu.  Tidak mudah untuk menundukkan gadis bernama Cinta Alisya. 

*******

   "ARGH!!!" pekik Nelly melemparkan segala kusyen kecil tanpa arah.  Hatinya benar-benar sakit kini.  Skrin laptop yang masih lagi memaparkan gambar diantara Zakuan Edan dengan seorang gadis di muka buku masih lagi kaku tergeletak atas lantai setelah dibaling.  Entahkan rosak entahkan tidak komputer riba dari jenama LENOVO tersebut.

  "Kalau aku tak dapatkan kau Zack ! Jangan harap betina lain boleh dapat ! Over my dead body!" bentaknya lagi.  Nelly terus terdongak tangan yang mengusut-gusutkan rambut kini dilepaskan lalu tancapan Nelly tajam sekali terarah pada pisau yang terpacak atas buah epal di meja makan.

  "You're mine Zack.. You're mine!!!".

******

DR KAMAL dengan pantas mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket kemeja sebelum dia tekan pada satu aplikasi.  Dia tahu dirinya sedang diekori intuisi terlalu kuat.  Setelah menekan aplikasi tersebut,  Dr Kamal terus mengangkat fonselnya itu separas muka.  Dia kini dapat melihat dengan jelas biarpun dari berlainan arah.

Figura berbaju serba gelap itu kini tegak berdiri betul-betul di hadapan Dr Kamal.  Tangannya masih lagi tersorok dalam poket jaket kulitnya.  Wajahnya dibiarkan tanpa sebarang pelindung kerana sudah berada di dalam gelap.

Hanya biasan cahaya dari sebatang lampu jalan menerangi lorong tersebut walaupun ia bukanlah lorong belakang.  Dr Kamal tetap mengangkat kakinya dan bergerak ke arah figura berkenaan tanpa ada rasa gementar.  Hanya Allah SWT yang perlu dia tegur Dr Kamal dahulu.  Dia yakin itu memang Alisya.  Dr Kamal amat mengenali personaliti tersebut.  Gadis itu juga diantara yang terbaik ditempat mereka.  Dan oleh kerana itulah,  Alisya dibenarkan pulang biarpun Dr Kamal tidak mengizinkan.

"Huh.. Doktor...  Doktor.." Figura yang kini sedang berada di hadapan bersuara dan mengoyakkan senyuman sinikalnya dari balik kegelapan.  Hanya bibir yang dihiasi lipstik merah pekat kelihatan.

  "Alisya kenapa awak lakukan lagi pembunuhan? Kenapa awak seksa tubuh yang awak sedang tumpangi ini?"

  "Diam!  Aku tak menumpang sesiapa pun.  Kenapa dengan kau hah doktor?  Tak habis-habis nak menyusahkan aku?  Tubuh ini yang perlukan aku!  Dia terlalu lemah!"

  "Alisya sudah menemui dia kan?  Tolong Alisya jangan ganggu dia lagi.."

  "Kenapa?  Kau takut kalau aku dapat bunuh dia?  Apa salahkah aku balas dendam!  Dia.. Dia yang menyebabkan aku wujud!"

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status