Share

BAB 6

"CINTA! Kau bermimpi lagi?" soal si rakan berpaling ke arah katil.  Dia yang sedang bercermin,  terus terbaling sikat ke cermin kerana terkejut dengan jeritan yang tidak tersangka itu.

   Cinta Alisya terbangun sambil meliarkan pandangan mata ke setiap arah.  Helaan nafas terdengar begitu ketara sekali seolah-olah dia terlihat sesuatu.  Alisya Kirana pula menggelengkan kepalanya dia yakin tentu mimpi yang sama lagi.

   Tidur sahabatnya itu tak pernah selena sebelum berlakunya  perkara jahanam tersebut!

  "Sampai bila kau harus begini,Cinta?  Aku dah kata kau kena balas dendam pada lelaki tak guna tu!  Aku mahu lena dia juga tak menentu sama seperti kau,Cinta Alisya..."

  "Kau cakap memang senang Alisya,  sebab bukan kau yang menanggungnya tapi aku Alisya! Akuuu!" bentak Cinta terus memeluk lututnya.  Airmata yang cuba dia tahankan dari mengalir kini berjuraian juga.

  "Siapa kata aku tak faham?! Kau tentu tahu siapa aku.  Kita di jalan yang sama..  Sebab itulah aku mahu kau cari dia balik..  Kata cinta yang pernah lelaki tak guna lafazkan pada kau itu sebenarnya tidak ikhlas.  Kau kena ingat tu..  Aku dah tak sanggup nak tengok kau macamni.. Sedangkan dia disana bahagia!"   tegas Alisya langsung bangun lalu menapak ke katil.

   Setelah sampai,  Alisya Kirana terus menarik tangan Cinta lalu dia meletakkan sesuatu atas telapak tangan gadis malang itu sebelum dia menyeka airmata Cinta yang masih lagi membasahi pipi.

   Cinta yang terkejut dengan benda tersebut terus merenung Alisya minta jawapan untuk tujuan apa Alisya memberi barang itu.

  " Apa maksud kau, Alisya Kirana?" Cinta agak menggeletar memegang barang tersebut.  Biarpun jauh dalam hatinya dia akui kata-kata Alisya Kirana tentang lelaki tak guna tersebut.

  "Dah tiba masanya..  Aku yakin dia juga tahu siapa kau yang sebenarnya.." Ada senyuman sumbing  Alisya titipkan bersama dengan kata-katanya itu.  Cinta makin ternganga,  dan dia masih cuba mahu menghadam setiap penjelasan yang Alisya sedang perkatakan.

  "Tapi aku..."

  "Tapi apa lagi Cinta?  Takkan kau nak lepaskan peluang ini, Cinta?  Apa kau pikir apabila dia dah pergi nanti dia akan datang semula?  Jangan harap!". bantah Alisya cuba meracuni fikiran Cinta Alisya.

  " Pergi Cinta pergi... Kau perlu balas balik apa yang telah lelaki tak guna itu lakukan pada kau!  Aku tahu kau masih sakit lagi.. Dan aku tak tega untuk melihat kau dalam keadaaan begini"  arah gadis tersebut lalu senyuman penuh makna dia koyakkan dari cermin.

************

PAKK! 

Telefon pintar terus dia hempaskan ke atas meja.  Gambar-gambar mesra antara Nelly dan seorang jejaka bermata biru  masih lagi terpapar diruangan aplikasi W******ps. 

  Zakuan benar-benar kecewa dengan Nelly.  Kerana itulah dia makin ralat untuk meneruskan perhubungan ini.  Kesetiaan sememangnya tiada dalam hati anak vvip itu.  Zakuan terpaksa teruskan kerana keluarga terutama sekali mama!

  "Macamana Zack nak kawen mama!  Nelly takkan pernah berubah.. Zack benci dia mak..  Zack benci .." Zakuan yang tersandar semula pada penyandar sofa berbentuk L sambil mengambil semula telefon.  Laju jari menari atas permukaan lutsinar telefon bimbit sehingga munculnya satu potret figura yang tersenyum manis.

  Ting tong!

  "Siapa pula ni?  Apa pula mahunya datang time-time begini? Aku dahlah tengah stress ni!" tekan Zakuan Edan terus bangun tanpa menghiraukan keadaan dirinya yang tidak terurus tersebut.  Zakuan Edan bukan begini orangnya...

  Ting Tong!

   Ting Tong!

  Pintu kini terkuak sedikit luas lalu kepala lelaki kacak merangkap juruterbang itu menjengokkan kepalanya melalui grille yang tidak dia bukakan.  Sengaja dia kuncikan untuk keselamatan.

  "Hai!" Sapa seorang gadis manis berbaju gaun paras lutut sambil tersenyum.  Terserlah lesung pipitnya yang melekuk ke dalam.  Zakuan yang terperanjat dengan kedatangan gadis itu kini tergoda pula dengan senyuman tersebut. 

 

  Senyuman yang dia idam-idamkan pada setiap gadis atau wanita yang tak pernah ada pada kesemuanya yang pernah singgah dalam sanubari seorang lelaki bernama Zakuan Edan.  Senyuman yang kelihatan agak dingin dan penuh misterius.

  "Hellooo"  Cinta Alisya masih lagi melambaikan tangannya pada hadapan muka Kapten muda tersebut dengan harapan lelaki itu tersedar dari lamunannya.  

  "Hah.. Ya, ada apa?  Boleh i tahu?  Actually i don't think that you will come again..  But what a surprise!"  ujar Zakuan teruja.  Zakuan juga agak khuatir jika perkara tempohari membikin hati gadis itu panas.  Namun telahannya itu sekurang-kurangnya hanyalah satu hipotesis.

  "Apakah saya menganggu malam Encik..."

  "Just call me Zack darling.."  Zakuan yang tersedar akan kelancangan mulutnya itu terus menampar bibirnya sendiri.  Nampak sangat dia telah terjatuh hati pada gadis di depannya itu.

  Manakala Cinta pula tersenyum.

  "Sebenarnya kalau Zack tak keberatan lah..  Saya nak belanja minum, ala dekat-dekat sini saja..  Lagipun esok lusa mungkin  kita dah tak berjumpa lagi..  Itupun kalau Zack sudilah keluar dengan Sya..  Maklumlah Zack tu terkenal ..." sinikal Cinta Alisya yang baru sahaja mencari maklumat tentang Zakuan Edan di sosial media.  Tekan saja nama Zakuan Edan pada Google keluarlah semua media peribadi miliknya.

  "Eh, apa salahnya..  Saya pun memang dah bersiap untuk ambil angin,". ujar Zakuan tanpa dia sedar keadaan dirinya diketika itu. 

  " Bersiap?" Soal Cinta Alisya pula seraya merenung keadaan pakaian kapten kacak tersebut.  Zakuan yang tersedar keadaannya itu langsung menutup pintu.  Dia perlu menukar pakaian dahulu.  Dan Cinta Alisya pula sedang menahan sabar.

"Zack apalah kau ni bikin malu aja.."  selanya seraya menepuk dahi.  Dia yang tersandar terus menegakkan tubuhnya sebelum bergegas ke bilik.  Zakuan tak menyedari ada seseorang dibalik pintu yang sedang menemui Cinta Alisya.

  "Kau buat apa datang?  Aku tahulah macamana nanti.. Ingat plan aku juga.." pangkas Cinta Alisya pada seseorang yang diketika itu sedang membelakangi tubuhnya.  Sekali pandang wajah keduanya agak mirip.

  Zakuan yang telah berdiri tegak di depan pintu, buat-buat tak dengar akan perbualan tersebut biarpun dia tertanya dengan siapa Cinta sedang bercakap,  sedangkan dia datang tadi tanpa peneman, tombol pintu terus lelaki kacak itu pusingkan  dan  kini  Zakuan Edan  telah pun siap tegak berdiri di hadapan Cinta Alisya.  Kekacakan dan keharumannya mengoyahkan hati Cinta Alisya diketika itu.

  "Shall we?" Zakuan sekali lagi  mempelawa gadis yang masih lagi terkesima dengan dirinya itu agar bergerak sekarang.  Memang Zakuan mahu melepaskan segala bebanan yang memenuhi pundaknya itu.

  Pucuk dicita ulam mendatang kehadiran Cinta Alisya telah membuka peluangnya untuk keluar. 

*********

MATA tajam tersebut masih lagi kekal  menyoroti wajah ayu milik Cinta Alisya.  Cinta Alisya pula makin berasa tidak selesa dengan tancapan tersebut.   Kedua mereka sedang berinteraksi melalui renungan tanpa Zakuan sedari.

  'Bagaimana mereka boleh kenal?' Hati kecil Cinta Alisya tidak akan tenang selagi jawapan belum ditemui.

"Bila kau terbang balik, bro!" Dr Kamal sengaja memenangkan  Cinta Alisya yang masih lagi melirik tajam pada dirinya itu.   Dr Kamal juga pelik kenapa gadis itu kelihatan tidak selesa.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status