Share

bab5

"EH, macamana boleh tertukar beg pula ni? Adoyai.. Zakuan Edan? Siapa pula dia ni, setahu aku masa departure tadi memang aku tak salah ambil beg .. Entah-entah... Alamakkk!" omel Cinta Alisya seraya merenung beg bagasi di tepinya itu.

Bagasi terus ditarikkan zip untuk membukanya. Namun, apa yang terpapar di depan mata telah membenarkan telahan Cinta Alisya. Bagasi itu penuh dengan baju lelaki, minyak wangi dan segala mak nenek yang lain.

"Apa yang kau tenungkan tu lagi? Pergilah pulangkan balik? Lagipun tu semua bukannya saiz kau, Cinta. Boxer biar betul kau nak pakai!"

"What did you say? See him again? No.. No, I don't think so.." bantah gadis berambut ikal tu dengan pantas. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata pedas juruterbang tersebut.

One night stand lagi tu!!!

"Then what?" soal si rakan juga melabuhkan punggungnya atas katil yang sama. Sesekali kerlingan nakalnya terhinggap di kemeja lengan pendek berbunga-bunga cinta. Ada tawa halus di situ.

"Kau gelakkan aku?"

"Mana aku tak gelak.. Cuba kau tengok koleksi mamat Pilot tu..  Berbunga bagai.." sindir Alisya seraya mengangkat salah-satu kemeja ala Hawaii lalu di kibar-kibarkan.

Cinta hanya mampu tersenyum tanpa kata.  Entah kenapa jauh di sudut hatinya,  Cinta seolah-olah dapat merasakan sesuatu.  Wajah tersebut tidak mudah untuk dia melupakan.

"Kenapa aku rasa aku macam pernah kenal dia?" Bisik Cinta secara tiba-tiba.  Perlahan-lahan hujung selimut ditarik lalu diperonyok.

"Kau tak perlu menangis pasal perogol kau tu,Cinta.

  " Kau ingat aku tak tahu.. Kau dah jumpa dengan dia kan?  Hah, nak tunggu apa lagi .  Kau kena pasang jerat!" sahut Alisya sambil menjungkitkan sedikit bibir ala-ala senyuman sinis. 

"Tak mudah Alisya.. Tak mudah.  Hati ini masih lagi membengkak..  Mata ini masih lagi tak dapat melupakan senyuman itu..   Senyuman kejayaannya!"  Pangkas Cinta pula dari menunduk dia mendongak lalu melawan tancapan tajam Alisya.

Ting Tong!

Ting Tong!

  "Hello ada orang tak ni?" Kapt Zakuan terpaksa menebalkan mukanya.  Bagasi milik gadis itu kini berada di tepinya.  Loceng ditekan berkali namun mana orangnya?

  "Hell..."  Panggilan yang entah sudah kali berapa itu terhenti apabila Cinta Alisya menjengahkan mukanya di luar pintu.  Gadis itu tetap berwajah tanpa roman walaupun Zakuan merenungnya tajam.

  'Perempuan ni dah kenapa?  Dengan muka sememeh.  Kot iya pun baru bangun tidur...'  bisik hati nakal Zakuan Edan.  Spontan kolar baju dibetulkan sebelum dia bersuara.

  'Kau kena kuat Cinta.. Ingat tu!'

" Assalamualaikum.." sapa Zakuan terlebih dahulu saat dia nampak kumitan pada bibir tersebut.  "Actually kita berdua dah tertukar bagasi.."  Zakuan terus menerangkan tujuannya sebelum ditanya.

  Sudahlah tadi berlaku sedikit salah-faham,  dan sekarang tertukar beg pula.  Zakuan akui itu memang kesilapannya kerana terlalu ingin menunjuk ego sangat sampai tak sedar bahawa mereka berdua tersalah ambil bagasi masing-masing.

  "Tak apa saya tahu.." Dengan tenang Cinta Alisya menjawab dan  tangan yang sememangnya telah memegang handle bagasi terus dia bawakan ke hadapan. 

  Zakuan yang mendengar cuma tersenyum tanpa sepatah kata.  Bagasi miliknya telah pun berada ditangannya begitu juga dengan Cinta Alisya.  Zakuan juga teringat sesuatu tatkala Cinta menelengkan wajahnya sebentar.

  "Bukankah awak orang  yang saya tak sengaja  terlanggar di airport dan...  Oh iya, sebelum saya terlupa.. Ini kad awak kan?"  soal Zakuan lalu mengeluarkan sekeping kad kecil dari dalam dompet.

Manakala Cinta Alisya merenung wajah kacak itu dengan lama sebelum terangguk-angguk mengiyakan.  Manakan mungkin dia boleh melupakan wajah itu.

"Terima kasih.. Patutlah saya cari tak jumpa.. Rupa-rupanya terjatuh.." Cinta terus mengambil kad tersebut dari tangan Zakuan.  Zakuan pula mengambil peluang yang ada untuk menelanjangi raut manis milik gadis berambut ikal di hadapannya itu.

'Wajah kau mengingatkan aku pada seseorang...'  desis sanubari Kapten kacak itu sambil berkerut kening.

  "Terima kasih sekali lagi"  Cinta Alisya tersenyum manis.  Hilang segala amarahnya tadi biarpun hatikecil masih lagi berkata-kata.

"Encik..". Zakuan masih lagi mematungkan dirinya.  Zakuan benar-benar terpesona dengan senyuman Cinta Alisya.

  Tanpa keduanya sedari, segala ulah mereka itu dalam pemerhatian...

  " Kau memang bodoh Cinta!  Peluang sudah luas terbentang di depan.." ujar satu figura yang sedari tadi berada di belakang Cinta.  Ingin saja dia keluar dari situ...

  "Encik Zakuan!"

  "Hah iya?"

  "Ada apa-apa yang tak kena ke?  Atau awak masih marah lagi pada saya? Tentang hal tadi tu .."   Kata-kata gadis ayu itu terbejat apabila Zakuan memotong percakapan tersebut.  Tidak adil memarahi Cinta Alisya sahaja dia juga bersalah dalam hal tersebut.

"It's okay... That's not your fault only.. I'm also wrong..."  terang Zakuan sekali lagi mengukirkan senyuman.  Dia berasa selesa berbual dengan gadis ayu bernama Cinta Alisya.

Cinta juga tersenyum.  Dia juga berasa sungguh tenang kini.  Namun senyum manisnya itu terhenti tatkala dia terpandang sesuatu.  Sesuatu yang telah menggamit memori dukanya.

  Lirikan mata itu....

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status