Share

bab 4

"AWAK! Saya rasa awak dah masuk salah bilik... Ni bilik saya wak. Ni kad saya," terang gadis itu lagi. Sedari tadi keduanya bermatian mempertahankan pendirian masing-masing tentang bilik hotel.

"Kau tu yang salah bilik!" bentak lelaki kacak berpakaian juruterbang itu juga meninggikan suara. Cinta Alisya makin hilang kesabaran apatah lagi dirinya di bentak dengan sewenangnya. Dia juga sudah bayar wang deposit.

"Woi cik abang! Cik abang fikir penat cik abang saje ke? Penat saya? Baik kalau macamtu bak tengok resit.. Kad ni kadang- kadang orang boleh tipu!" Cinta terus membuka tas tangan yang disandang untuk mencari resit.

'Hek ellehh pompuan ni! Sudah lebih nampak! Nak sekolah kan aku pulakk?? Nasib baik ko tu comei kalu takkk...'.

Kapt.Zakuan juga menarik kembali dompet yang baru dia simpankan tadi. 'Awal-awal aku dah locked kot!' omel hatinya lagi sambil menarik keluar lipatan resit langsung di suakan pada gadis manis yang masih lagi ralit menyelongkar isi tas tangannya.

"Hah nah tengok sendiri!" Dengan yakin Cinta Alisya menghulurkan resit pada Kapten tersebut. Ditemani wajah yang cemberut, Zakuan membuka kertas yang terlipat. Lalu perlahan-lahan bibir berkumis nipisnya itu mengoyakkan senyuman sinis.

" I think you better look again, girl," sindir Zakuan seraya meletakkan jari telunjuk ke nombor yang tertera di atas resit pembayaran. Raut berlagak Cinta Alisya kini berubah tika tunakkan matanya terjunam ke nombor berkenaan.

Dalam masa yang sama, Zakuan yang merenung tersenyum sinis. Cinta terus terdongak lalu memandang Zakuan dengan keadaan bibirnya yang terketar- ketar. Gadis itu seperti mahu berkata sesuatu.

Zakuan sengaja mengangkat keningnya biar gadis di hadapannya itu terasa tersindir dan memberikan laluan untuk dia masuk ke bilik. Cinta yang tersalah pandang dek kerana nombor mereka hampir sama.

"Ehem can you excuse? I think you also can go to your room now... I want to rest.. Argh.. What a long journey," sindir Zakuan terus menarik bagasi. Mahu tak mahu, Cinta Alisya memberikannya laluan. Cinta juga menarik bagasi miliknya sambil tertunduk.

"Hei.. Hai sayang... Aha I baru touch down ni.. Kat depan bilik pun .. Tapi ada pulak 'langau' berterbangan kat depan bilik I ni... Ya sayang.. Betullah buat apa nak tipu takde faedahnya sayang oii... " Zakuan tertutup mulutnya menahan senyum melihat wajah kelat Cinta Alisya. Telefon pintar masih lagi ditekap pada telinga. Pun begitu, Zakuan dapat menangkap ulah spontan gadis tersebut yang sedang menggenggam sesuatu.

'Langau.. Kau kata aku?' omel Cinta Alisya benar-benar bengang. Elok-elok dia mahu memohon maaf pada lelaki kacak itu langsung tidak jadi. Malah kejengkelan merajai.

'Apa kau fikir kau pilot kau boleh berlagak dengan aku? Harap muka je hensem tapi mulut cam longkang.. Longkang rumah aku pun tak macam kau lahh!!' bentak hatikecil Cinta. Herot-herot mulutnya mengomel seorang diri.

"Eh perempuan apa yang kau dok tercegat lagi kat depan bilik aku ni? Ke sebenarnya kau nak one night stand dengan aku? Aku on ... Aku pun solo kat sini.." Sengaja Zakuan menambah rencah lagi.

Semakin berdesing telinga Cinta kini. Lelaki berpakaian juruterbang itu memang betul-betul mencabar kesabarannya malam itu.

"Hei hello! Awak ingat awak tu kacak sangat ke,hah? Awak ingat saya ni semurah itu ke? You are too muchhh brother!" pekik Cinta Alisya seraya menarik kasar bagasi dan kaki diayun laju dan kasar.

Manakala Kapten Zakuan Edan pula melopong. Ternyata apa yang telah dia katakan tadi telah mengguris hati gadis tersebut. Cinta juga tak bersalah dalam perbalahan ini, dakwat cetakan pada kad mereka berdua sememangnya perlahan.

"Maafkan I.." Bisik lelaki kacak itu sambil mengalihkan tubuh badannya supaya menghadap ke pintu bernombor. ASS 123.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status