NAZIRAH menekan butang lif naik ke kondo milik Fatin. Beg-beg kertas penuh tergantung di tangan. Semuanya produk-produk yang Fatin perlu promosikan di sosial media nanti.
Peluh di dahi di lap dengan belakang tangan. Nazirah melangkah masuk ke dalam lif sebaik pintu terbuka.
Nasib tiada orang. Cepat sikit dia sampai ke tingkat 17 nanti. Kenapalah dalam banyak-banyak tingkat, tingkat 17 juga yang Fatin pilih? Haih….
"Eh, Cik! Cik! Tolong tahan pintu!"
Nazirah terkejut. Cepat-cepat dia tahan pintu lif dari tertutup. Mata memandang ke luar, menanti empunya suara yang meminta dia untuk menahan pintu tadi masuk.
"Sor
"Maaf, Sayang. I tak rasa I boleh teruskan hubungan kita."Fatin tercengang. Perkhabaran yang telah diterima dari mulut Alif merangkap teman lelakinya yang sudah masuk 3 bulan bersama itu benar-benar buat Fatin buntu.Dimana salahnya kali ini?Dia sedaya upaya cuba menjadi gadis yang Alif sukai. Penat-lelahnya menarik perhatian lelaki itu selama bertahun-tahun tersia-sia begitu sahaja!"Hoi! Kau termenung apa tu, Aten?"Fatin berpaling ke sebelah. Biskut yang masih separuh itu disumbat masuk ke dalam mulut lalu menepuk-menepuk tangan menjatuhkan segala habuk-habuk dari biskut."Aku dengan Alif dah putus."Terbeliak
FATIN melangkah perlahan-lahan menghampiri Murad dari belakang. Beberapa orang pelajar lelaki yang sedang bermain bola di tengah padang itu memudahkan kerjanya bila Murad dilihat terlalu leka memerhati permainan mereka. Tapak kaki diangkat seperlahan yang boleh supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Murad yang sedang merokok dan bersembunyi di sebalik pokok-pokok bunga itu memang nak kena. Sebaik berada di belakang Murad, terus Fatin sepak kuat bangku tempat Murad bertenggek. Bergegar bangku panjang yang dibuat dari kayu itu. Wajah Murad berubah terkejut. Rokok di tangan dilepas jatuh ke bawah dan tangan memegang kerusi untuk mengelak diri dari jatuh. Suara ketawa terbahak-bahak dari arah belakang itu buat dia bengang. "Hoi!
TOPI di atas kepala Fatin betul-betulkan. Anak mata melingas mencari kelibat kawan baiknya, Aqilah. Dia dan Aqilah terpisah ketika naik bas ke stadium tadi. Fatin terlambat keluar bilik menyebabkan dia terlepas bas yang Aqilah naik.Mata Fatin tersenyum bila Aqilah sudah dijumpai. Gadis itu sedang mengipas-ngipas wajah dengan kipas kertas yang dibawa dari sekolah."Qilah!"Bahu Aqilah terhinjut. Melayang kipas di tangannya. Fatin ketawa terbahak-bahak."Nasib aku tak melatah. Kalau tidak, jatuh market aku depan Murad.""Coi! Murad tu? Tak payah jaga market
"KAU MAKAN ELOK-ELOK SIKIT BOLEH TAK?"Fatin berhenti mengunyah. Murad yang baru balik dari tandas itu Fatin renung."Eh, kejap! Kau dah cuci tangan ke belum?""Dah! Takkanlah aku tak cuci tangan pula lepas keluar tandas."Mata Fatin mengecil."Betullah!" marah Murad.Baru Murad mahu capai sepotong pizza, tangan Fatin lebih cepat lagi menahan. Fatin letak pizzanya ke dalam pinggan dan membawa keluar tisu basah yang selalu dibawa kemana-mana."Nah! Cuci tangan kau depan mata aku. Aku tak percaya!"Murad ketap gigi. Disambut kasar huluran Fatin. Tangan digosok kasar dengan tisu dan tisu
SELESAI perhimpunan waktu pagi, para pelajar berpusu-pusu naik ke kelas masing-masing. Fatin tidak terkecuali. Ada sebab kenapa mereka semua berlari naik ke kelas. Ini semua kerana semalam ada mesyuarat PIBG. Dan kerusi kelas mereka selalu menjadi kegunaan dewan. Siapa yang cepat, bolehlah mereka rebut kerus yang berbaki di mana-mana kelas daripada harus menapak ke dewan untuk memungut kerusi masing-masing.Kain kurung berwarna biru itu Fatin angkat tinggi dan melangkah dua anak tangga untuk segera sampai ke tingkat kelas mereka. Raihan dan Aqilah pula sudah tersepit di dalam kesesakan di belakang."Aten! Selamatkan kerusi untuk aku juga!""Aku pun!"Fatin angkat ibu jari. Lincah dia menepis dan menyelit di sebalik para pelajar yang juga berpusu-pusu nai
WAJAH dia belek di dalam cermin sambil menanti Raihan sudah mandi. Tuala yang dililit menutupi tubuh Fatin betul-betulkan. Bilik asrama mereka berdepan dengan bilik air. Memang kegemaran dia dan Raihan mandi lewat malam. Tak perlu mahu berebut-rebut dengan pelajar lain."Raihan.""Erm…""Kau boleh tolong cover aku tak malam ni?"Raihan yang baru keluar dari bilik air dengan rambut disanggul menggunakan tuala itu memandang Fatin kehairanan."Kau nak ke mana? Nanti warden tanya, aku nak jawab apa?"Fatin tersengih. Berbisik kepada Raihan.
USTAZ Amiruddin mengurut pelipis. Panggilan yang baru dimatikan tadi buat dia risau. Fatin dan Murad yang ditangkap berkhalwat dalam bilik darjah itu cukup untuk buat Ustaz Amiruddin sakit kepala seminggu."Apa kamu dah buat ni, Murad? Kamu tahu tak kamu SPM tahun ini. Kamu nak rosakkan masa depan sendiri?"Murad menunduk. Langsung tiada niat mahu bersuara."Kami tak buat apa-apa pun, Ustaz! Percayalah! Saya dengan Murad ni tak ada apa-apa. Kebetulan kami dekat situ!" ujar Fatin sedikit mendesak.Ustaz Amiruddin langsung tidak peduli apa yang Fatin kata. Dia lebih risaukan Murad. Ini bukan perkara kecil. Murad harapan sekolah.Fatin disebelah Murad itu dipandang. Gadis ini yang selalu masuk ke bilik kau
SUDAH seminggu berlalu sejak kejadian dia dan Murad ditangkap berduaan di dalam kelas. Sejak hari itu juga Fatin langsung tak nampak kelibat Murad walaupun ketika sesi perhimpunan.Selalunya Murad yang akan mengetuai perhimpunan, dan segala macam acara harian. Tapi, sejak minggu lepas semuanya diambil alih oleh Taufik, Naib Ketua Pengawas.Buku di atas meja ditutup apabila Cikgu Najah mengizinkan mereka untuk bersurai dan turun ke kantin. Aqilah muncul di sebalik cermin tingkap sebelah Fatin."Astaga! Nasib aku tak ada sakit jantung," bebel Raihan. Fatin terus berpaling ke arah tingkap."Lambatnya Cikgu Najah lepaskan kau orang. Aku dah tunggu lama dah.""Macam tak biasa Cikgu Najah tu. Fatin, kau nak turun m