BALINGAN tepat mengena tingkap kaca yang terkunci rapat bertentangan dengan biliknya. Fatin mengomel-omel sendiri. Jangan kata Murad tiada di rumah pula….
Tinggal berapa ketul batu saja yang tinggal. Kalau Murad tak buka juga tingkapnya, Fatin akan rempuh saja bilik Murad tanpa notis!
"Murad! Baik kau buka tingkap sebelum aku datang rumah kau!"
Sepi.
Balingan seterusnya lebih kuat. Biar pecah tingkap bilik lelaki itu pun tak mengapa.
"Murad!" panggil Fatin lagi.
Tangan Fatin berhenti bila bayang-bayang Murad berada di sebalik cermin gelap itu. Perlahan-lahan tingkap itu terbuka. Wajah Murad yang baru bangun tidur.
MURAD menggeliat sepuas hati. Tubuhnya dipusing ke kiri ke kanan, begitu juga dengan tengkuk sehingga berbunyi. Dari pagi sampai sudah masuk pukul 12 tengah hari Murad menghadap bahan bacaan. Sudah sepatutnya dia lebih tumpu kepada pembelajaran memandangkan lebih kurang sebulan lagi peperiksaan SPM akan bermula.Keputusan percubaan SPMnya sebelum ini cemerlang. Permohonan ke program-program matrikulasi dan asasi juga sudah dimohon. Akan tetapi, dia lebih berminat mahu berhijrah ke luar negara.Hujung pena ditekan dan menutup buku. Tuala mandi yang tadi dia ambil kerana mahu membersihkan tubuh tersadai sahaja di atas katil.Bunyi hon motor dari luar rumah mematikan langkah membantutkan langkah Murad. Kepala menjengah ke luar tingkap.Abang JnT menun
8 tahun kemudian….TELEFON di tangan direnung untuk kesekian kalinya. Haruman minyak wangi yang disembur tadi langsung tidak terbau dek hidungnya. Fikiran pula asyik-asyik teringatkan lelaki yang sama.Pipi ditampar-tampar perlahan. Cuba tumpu kepada kerjanya yang bertangguh. Kamera yang terpasang itu Fatin betulkan sudutnya."Kau tak mula lagi. Haish!" sergah Nazirah yang baru masuk."Aku baru nak mula.""Kalau kau lambat sangat rakam, bilanya aku nak mula edit. Kau mudahkan kerja aku, dan aku mudahkan kerja ka
PULANG dari pasar pagi, tubuh terus dihempas ke atas katil. Rambut yang berikat ekor kuda dilepaskan dari ikatan. Hanya berbaju spageti strip juga seluar pendek separas peha.Keropok ikan yang diborong dari pasar bersama ibu tadi dikoyakkan paketnya. Sudah lama Fatin tak rasa keenakan keropok ikan yang dulunya menjadi kegemaran utama pelajar satu sekolah.Mata tanpa sedar memandang balkoni bilik bertentangan dengan biliknya. Kaki ditendang-tendang ke udara."Murad…." Tanpa sedar bibirnya menyebut nama lelaki itu.Sudah lama Murad tak pulang. Mungkin lelaki itu ada pulang ke rumah tetapi tidak sempat bertentang mata dengan Fatin. Manalah Fatin tahu. Tapi, dia rindu. Entah di mana Murad berada sekarang.
"NAZ!" Nazirah tersedak. Air milo yang baru mahu menyentuh tekak itu tersembur keluar semula. Jelingan tajam dilayangkan kepada Fatin yang sedang tersengih-sengih macam kerang busuk. Kepala Nazirah angkat sekali. "Dia DM aku!" "Siapa?" soal Nazirah lalu menarik gulungan tisu atas meja. Mahu lap air milo yang tersembur tadi. "Azhar." "Siapa tu?" Fatin tayang skrin telefonnya ke depan muka Nazirah. Sunggingan bibirnya langsung tidak kendur. "Polis." Terus ternganga mulut Nazirah. Tak sangka bertemu juga keduanya.
"NAZ!" Nazirah tersedak. Air milo yang baru mahu menyentuh tekak itu tersembur keluar semula. Jelingan tajam dilayangkan kepada Fatin yang sedang tersengih-sengih macam kerang busuk. Kepala Nazirah angkat sekali. "Dia DM aku!" "Siapa?" soal Nazirah lalu menarik gulungan tisu atas meja. Mahu lap air milo yang tersembur tadi. "Azhar." "Siapa tu?" Fatin tayang skrin telefonnya ke depan muka Nazirah. Sunggingan bibirnya langsung tidak kendur. "Polis." Terus ternganga mulut Nazirah. Tak sangka bertemu juga keduanya.
"APA kau buat dalam bilik aku?" Fatin mendengus kuat. Dia yang sudah sedia penat, terasa lagi penat bila nampak Murad enak bersantai sambil baca komik atas katil dia. Siap bersilang kaki lagi…. "Ha? Lambatnya kau sampai. Aku dah tidur dan dah bangun dah." Murad mengelih ke arah Fatin sesaat. Gadis itu nampak penat. Kalau dia tahu Fatin pulang naik bas, awal-awal dia dah tawar servis pemandu tak bergaji kepada Fatin. "Kau ni… Tepilah! Aku pun nak rehat!" Beg dicampak sesuka hati. Tubuh Murad dipukul-pukul supaya lelaki itu bangun. "Sab
PUTUNG rokok disedut dalam-dalam. Punggungnya beralih ke bangku sebelah. Setiap kali tempat duduknya hangat, dia beralih tempat duduk. Ini sudah masuk kali ketiga.Bayang Fatin langsung tak kelihatan di dalam kedai. Gila shopping betul ni!Riak Murad membengis bila terpandang Fatin yang baru keluar dari kedai berjenama BO.Kakinya baru mahu melangkah mendapatkan Fatin, tiba-tiba gadis itu dikelilingi 2 lelaki muda. Makin meluat Murad tengok. Fatin boleh pula terkulat-kulat di sana!"Ada masalah apa dengan bini abang, dik?" soal Murad. Anak mata menjunam memandang dua lelaki yang sedikit rendah darinya. Putung rokok di celah jari itu digenggam kuat."Err… Isteri abang ke? Maaf, bang. Kami ingat bujang t
“AKU suka perempuan yang bodoh sikit dari aku.”“Dan aku suka kalau dia tahu jaga hati aku.”“Lagi satu, aku nak dia tahan dengan kerenah aku.”“Oh! Lagi… Kalau dia pandai masak, itu kira plus point lah! Yang itu aku tak kisah sangat. Kau tahu-tahu ajelah. Aku ni cerewet makan. Tapi manalah tahu ada calon yang pandai masak. Kalau dia pandai masak, suruhlah dia belajar masak makanan kegemaran aku.”Bahu Murad ditolak kuat. Menyampah betul dia dengar kemahuan Murad. Memang padanlah Murad denga