Share

BAB 4

"Selamat pagi boskur. Apa cerita disebalik video yang kau hantar semalam?" Sapa Syed sebaik saja menapak masuk ke dalam bilik sahabatnya. 

Kelihatan Nuh Al-Edruz masih tekun membaca fail yang berlambak di hadapan jejaka itu. Syed Muqry menarik kerusi lalu duduk di hadapan sahabatnya 

"Woi!" Sergah Syed. Kedua belah tangan ditepuk. Betul- betul depan muka Nuh. Terkejut lelaki itu. Muka sudah memerah menahan rasa bengang.

Syed ketawa berdekah.

"Hoi, agak-agaklah. Masuk bilik aku pun tak reti bagi salam ke?" jerkah Nuh. Dia sendiri terkejut bila disergah begitu.

Adab kat mana? Adab? Saja si Syed Muqry ini mahu mengundang amarah dia. Dia juga hampir terlupa yang mereka sudah berjanji mahu bertemu.

Sungguh dari tadi dia ralit membaca kronologi kes yang perlu dia wakili esok pagi. Sampai tidak sedar dengan kehadiran sahabat baik dia.

Syed Muqry menyengih macam kerang busuk. Dia sengaja mahu kejutkan lelaki itu. Dari tadi dia pandang Nuh asyik membelek fail yang sama. Khusyuk sampai  dia masuk pun Nuh tidak sedar. Bukan sebab dia tidak beri salam.

"Kes Cikgu Nasuha ke Nuh?" Syed Muqri menyoal. Nuh terangguk-angguk. Dagunya diurut perlahan-lahan.

"Aku rasa kes ni boleh je selesai cara baik. Tapi terpulang pada pihak plaintif sama ada nak selesai luar mahkamah atau nak proceed dengan pertuduhan pada defenden," jelas Nuh kemudian. 

"Itu yang Cikgu Nasuha cakap pada aku. Dia pun kalau boleh tak nak perbesarkan benda ni. Tapi kau tahukan. Parent budak tu bukan calang-calang orang." Syed bersuara. 

Nuh memgangguk bersetuju dengan kenyataan Syed. Dia ada baca butir peribadi pendakwa. Ibu bapa kepada pelajar yang membuat pertuduhan pada guru sendiri.

Tegar sungguh mereka memfailkan kes pada guru anak mereka sendiri. Seorang guru yang tinggi darjatnya kerana mengajarkan kita ilmu yang tidak diketahui kepada pelajar-pelajar.

"Takpa Syed, kau jangan risau. Aku akan buat yang terbaik untuk kes ini. Insya-Allah." Janji Nuh. Dia akan cuba perbetul apa yang dianggap salah oleh mereka.

"Thanks bro. Kalau kau tak tolong, aku rasa tamat dah hidup Cikgu tu. Habis musnah kerjaya dia sebagai seorang guru yang disegani," ujar Syed kemudian. 

Dia rasa bersyukur mempunyai sahabat yang tidak berkira dari segi wang ringgit seperti Nuh. Diperjuangkan hak-hak golongan yang tertindas tanpa mengambil kira upah yang tinggi.

Mulanya Nuh tidak mengenali cikgu yang Syed cakapkan itu. Tapi melihat Syed yang bersungguh-sungguh meminta dia tolong. Dia ikutkan saja.

Kata Syed guru wanita itu sahabat dia. Tapi Nuh dapat rasa hubungan mereka bukan sekadar teman biasa. Mahunya dia tidak berpandangan begitu. Gelabah sangat Syed waktu minta tolong dengan dia minggu lepas. 

Mukapun sudah seperti lembu hilang anak. Merah. Sanggup si Syed mahu bayar dua kali ganda kalau Nuh ambil kes cikgu. Tapi Nuh hanya kenakan bayaran yang setimpal dengan kerja saja. Yang penting, dia mahu ikhlas membantu.

"Kau nak ikut aku turun Kedah ke tidak?" Nuh Al -Edruz menyoal sahabatnya. Padahal dia sudah menjangka jawapan Syed.

"Gila kau aku tak ikut. Mestilah ikut. Buat -buat tak faham pula." Tersengih-sengih Syed membalas.

"Aku dah agak dah. Sebab tu aku sengaja tanya kau." 

Nuh menjongket bahu. Tangannya ligat mengemas mejanya yang berselerak dengan fail-fail kes yang menimbun.

Syed  pula sudah senyum meleret. Hati berbunga-bunga kesukaan. Gembira hatinya bukan kepalang bila mahu bertemu dengan buah hati. Percintaan jarak jauh buat dia terseksa jiwa dan raga.

"Kau ada bau tak Syed?" Soal Nuh tiba-tiba. Syed menggeleng kepala. Pelik dengan soalan Nuh. Hidungnya bergerak-gerak. Cuba menghidu, mencari bau yang dimaksudkan oleh Nuh.

"Bau nasi minyak kaulah."  Terlepas ketawa dari bibir merah Nuh. Telinga Syed sudah memerah. Menahan rasa segan dan malu. Tertangkap juga akhirnya bila asyik melayan bahagia.

"Haha ... pandai la kau bos. Nanti settle kes insya-Allah. Kau orang pertama aku bagitahu okey" Syed bersuara tersipu-sipu. Teringat hubungan antara dia dan Cikgu Nasuha yang terjalin sekian lama. 

“Apa malu-malu bro? Tak macolah kau. Cuba kau pamer sikit rasa bahagia tu. Jangan disorok-sorok. Nak malu apanya?”

“Weyh, aku bukan malulah. Aku Cuma segan dengan kau. Ni namanya langkah bendul.” Syed ketawa. Dia bukan malu, tapi segan.

“Ceh, ikut sangatlah langkah bendul kau tu. Karang, aku minta tujuh dulang hati nyamuk baru lau tau kut. Tak kahwin le kau nanti.” Nuh ketawa. Sengaja mahu mengusik Syed. Dia bukan kisahpun jika Syed mahu berpacaran. Dia lagi gembira jika sahabatnya bahagia. 

“Kau jangan Nuh. Menangis aku nanti dekat bucu katil.” Syed sudah mahu meraung.

Nuh ketawa kesukaan.

"Eleh, aku gurau jelah. Itupun nak sentap. Gadis nau kau,” kata Nuh masih dalam sisa tawanya. Tak sabar dia nak makan nasi minyak.

LAPANGAN Terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas Alor Setar dipenuhi dengan pelbagai ragam manusia. Ramai sangat. Nuh tidak berniat mahu menunggu lama. Dia semakin rimas. 

“Mana perginya kawan kau ni Syed? Aku dah belengas dah ni.” Nuh mengomel. Sengaja perkataan ‘kawan’ itu ditekan kuat.

“Kejap, aku call dia sekali lagi.” Syed meminta diri untuk menghubungi rakannya sekali lagi. Nuh hanya menjungkit bahu.

Entah ke mana perginya kawan Syed. Janji hanya tinggal jenazah. Dia menjeling jam di pergelangan tangan. Sudah melebihi masa yang dijanjikan.

Janji melayu. Huh!

Nuh Al-Edruz menggalas beg sandangnya dengan kemas. Syed di sisinya tadi sudah menghilang di celahan orang ramai. Mahu menghubungi ‘kawan’ yang dimaksudkan.

Nuh bukan apa. Dia sejenis manusia yang tidak suka membazir waktunya. Setiap detik sangat berharga pada dia. Menunggu di sinipun sudah membuang banyak waktu.

Mahu diambil saja teksi, Syed menghalang. Terpaksa juga dia menanti dengan rasa sabar yang semakin menipis. Seminit lagi lambat, dia akan pergi ke hotel sendirian. 

Nuh menguis-nguis hujung sneakersnya. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Gaya santai dan selamba. Kalau orang pandangpun, orang akan mengata dia.

Dengan pakaian selekeh, gemuk pula. Mana ada orang akan percaya dia peguam yang ternama. Firma guaman dia saja sudah dikenali satu Malaysia. Itu belum barisan peguam-peguam dia yang cekap dalam mengendalikan kes.

Pernah juga dia berjumpa dengan pelanggan. Dengan gaya santai sehingga mereka persoalkan kreadibiliti dia sebagai seorang peguam.

‘Peguam pakai sneakers ke? Ataupun. Betul ke dia tu peguam? Selekeh ja tengok. Gemuk pulak tu.’ Nuh sudah lali dengan komen-komen negatif orang ramai.

Fizikal seseorang tidak menjamin kerjaya yang baik-baik pun. Contohnya bergaya dengan berkot bagai, baju berjenama, kereta pula penuh garaj. Tetapi hutang keliling pinggang. Sebab itulah kena ukur baju di badan sendiri.

Nuh mengeluh.

Matanya meliar sekitar lapangan kapal terbang. Memerhati gelagat manusia. Tiba-tiba pandangannya terhenti pada figura seseorang.

Kebetulan sekali mata mereka bertemu pandang dari jauh. Lantas gadis di hujung sana menekup mulut. Sesaat dua saat. Gadis itu terus hilang dari pandangan.

"Hoi! Mengelamun lagi. Jom gerak! Kawan aku dah sampai." Syed menepuk bahu Nuh. Lantas dia tersedar. 

"Eh, jom." Nuh bersuara tergagap-gagap. Kakinya mengikut langkah Syed menuju ke arah sebuah Honda CRV yang menunggu di hujung sana.  Tetapi mata dia masih mencari sesuatu.

Dia yakin dengan apa yang dia lihat tadi. Dia yakin itulah gadis yang dicarinya semenjak kejadian itu. Otaknya ligat memikir. Mana mungkin segalanya berlaku secara kebetulan.

Kejadian hari itu singgah semula ke dalam benaknya. Rasa sakit kembali bersarang. Dia akan cari gadis itu sampai jumpa. Itu janji dia pada diri sendiri. Dia mahu gadis itu menebus rasa malu yang terpaksa dia hadap sendirian.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status