Setelah berpuas hati dgn penampilannya tas tangan jenama channel diatas katil bersaiz king itu di capai. Kaki mula menapak, lantas tombol pintu biliknya dipulas dan dikuak perlahan pintu biliknya, dia terus melangkah menuruni tanggan dan menuju ke ruang makan.
''Good morning papa. Good morning mama'' ucap aisya ceria. Dia mengambil tempat duduk dihadapan Datin Aida.
''Morning sweetheart. Come have a breakfeast first before you go to work.'' Balas Datin Aida. Pinggan dihadapan Aisya diambil lantas disendukkan bihun ke pinggan anaknya itu. Datin Aida senang hati melihat anaknya sudah kembali pulih sepenuhnya.
Dato' Khairil? Seperti biasa masih menghadap surat khabar.Sekali sekala berkerut juga dahi orang tua itu, tidak tahu laa apa yang dibaca malas Aisya ambil pusing. Bihun goreng disudukan dan dimasukkan kedalam mulutnya.
Harini merupakan hari pertama dia akan bertugas di syarikat papanya. Setelah hampir setahun dia berehat dan pulang dari London tiga bulan yang lalu. Aisya ke London untk mendapatkan rawatan terhadap masalah mental yang dihidapinya.
Ya Aisya merupakan bekas pesakit jiwa kerana dia mengalami kemurungan selepas dia dikhinati oleh orang yang paling dia cintai. Dia sudah pulih dari kemurungannya tapi hatinya masih ingat akan jejaka itu. Sukar untuk Aisya melupakannya sekaligus memadam memorinya bersama jejaka itu.
Lima tahun menjalinkan hubungan cinta, tetapi sang jejaka lebih memilih untuk berpaling dan kini dia harus menerima segala yang telah berlaku dengan hati yang tenang walaupun rasa cinta berbaki di dalam hatinya.
Bak pepatah di dalam lagu kendati yang dinyanyikan oleh Amylea;
Mau saja ku bohong hati,
Mana mungkin cinta mudah gugur,
Kerna hatiku selalu denganmu,
Menempuh semua kendati apa pun.
Tengku Riyad Zulqarnain. Jejaka terhangat pasaran!
Merupakan anak sulung Tan Sri Tengku Ridhuan dan Puan Sri Syarifah Zahrah, daripada tiga beradik. Dikenali dgn sikap dingin dan bekunya.Ego? sudah tentu laa setinggi langit.
Boss A.B aka ais batu merupakan gelaran paling glamor untuknya di R&Z Propeties Land.
''Morning boss".Sapa Aina. Aina merupakan salah seorang staff di R&Z Properties Land dan memegang jawatan sebagai pembantu peribadi Riyad. Begitulah rutin harian Aina, dia akan menanti kehadiran Boss A.B nya setiap pagi di hadapan pintu masuk utama syarikat mereka. Kakinya diatur mengikut langkah Riyad ke lift. Sampai sahaja di hadapan lift dengan pantas jari Aina menekan button lift dengan anak panah menghala keatas. Apabila pintu lift terbuka Riyad memasukki perut lift diikuti setiausahanya. Butang 14 di tekan untuk menuju ke aras utama bangunan R&Z Propeties Land di mana terletaknya pejabat lelaki itu dan juga pekerja-pekerja yang memegang jawatan tinggi selain CEO seperti CFO, COO dan sebagainya.
''Engku pagi ni ada meeting pasal projek chalet di bagan lalang pukul 10 pagi. Tentang renovation yangg Engku cadangkan untuk menaip taraf resort kita, pukul 2:30 petang engku ada...''
''Halfday.'' Belum sempat Aina menghabiskan ucapannya Riyad sudah memotong percakapan gadis itu.
Keluhan kecil dilepaskan oleh Aina tanpa disedari oleh Riyad. Ringkas dan padat. Mendengar saja perkataan itu dia sudah faham. Dia harus membatalkan janji temu bossnya itu dan harus ditetapkan pada hari lain. Dia sudah faham dengan perangai bossnya itu kerana sudah 5tahun dia menjadi pembantu lelaki itu. Cuma tiga tahun kebelakangan ini sahaja lelaki itu sudah berubah menjadi dingin dan tegas. Tiada lagi lawak jenaka serta gelak tawa dari lelaki itu, tidak seperti Riyad yang dulu. Yang sentiasa senyum ceria sahaja.
Petang itu selepas waktu makan tengah hari Riyad mengajak Fariz yang merupakan teman baiknya untuk ke satu tempat. Sudah dimaklumkan kepada Aina yang dia akan bercuti esok hari.Riyad dan Fariz sudah berkawan sejak dari bangku sekolah lagi. Mereka sama-sama belajar di sekolah berasrama penuh dahulu.
Mereka mula berkawan sejak dari tingkatan satu lagi memandangkan mereka berada di dalam satu kelas. Hubungan mereka tidak berakhir di situ sahaja kerana selepas menamatkan tingkatan lima mereka berdua terus menyambung pengajian di luar negara tetapi mengambil bidang yang berlainan. Dia menyambung pengajian dalam bidang engineering dan Fariz pula menyambung pelajaran di dalam bidang akaun.
Oleh itu Fariz diambil bekerja di R&Z Proprties Land sebagai CFO syarikat. Fariz diambil bekerja bukan sahaja disebabkan oleh kreadibiliti dia tetapi Fariz juga merupakan salah seorang pemegang saham di syarikat itu.
Hari ini merupakan tarikh keramat dalam sejarah hidupnya. Riyad merenung air terjun Lata Pelangi di hadapannya. Ingatannya kembali kepada seorang gadis yang berjaya mencuri hatinya sehingga kini. Selepas makan tengah hari semalam dia memandu ke Negeri Pahang ditemani sahabat baiknya itu. Pagi itu awal awal pagi lagi dia sudah bersiap untuk ke air terjun yang mencipta banyak memori didalam otaknya. Untuk ke air terjun itu mereka perlu menaiki pacuan empat roda. Perjalanan yang mengambil masa yang agak lama.
Air terjun itu dinamakan Lata Pelangi disebabkan terbentuknya satu pelangi didalam kawasan air terjun itu. Sungguh indah ciptaan tuhan yang satu itu.Tak terfikir dek akal pendek manusia seperti kita ini.
Air terjun dihadapannya direnung lagi. Mengenangkan kisah silamnya. Lebih tepat lagi kebodohan dirinya sendiri. Disebabkan Egonya yang melangit dia terpaksa menanggung semua ini.
''Kau masih ingatkan dia lagi kan. Kau masih tunggu dia balik kepada engkau kan?'' Fariz bersuara setelah agak lama bunyi air terjun lata pelangi menemani halwa telinga mereka.
''Hmmmmm'' satu keluh berat dilepaskan kasar oleh Riyad. Ya dia mengakui apa yg dikatakan oleh Fariz adalah benar semuanya.
3 tahun lepas....
Riyad masih terbayang lagi muka sedih dan kecewa gadis dihadapannya itu setelah mendengar berita dari bibirnya. Kerana ego dan mengikut kata hati, dia mengecewakan wanita yang dia cintai itu.
Usai mendengar pengakuan Riyad wanita dihadapannya menggangkat punggungnya dan terus meninggalkan Riyad sendirian. Ya dia sangat kecewa dgn lelaki itu. Fikirnya lelaki itu sibuk dengan urusan kerjanya tetapi lelaki itu sibuk dengan urusan lain.
Kini perasaan bersalah menyelubungi hati Riyad.Selama 5 tahun dia dan wanita itu menyemai cinta namun kerana kebodohannya dia melepaskan wanita itu pergi dengan penipuannya.
Selama 5 tahun mereka bercinta. Terlalu banyak kenagan yang dilalui mereka berdua. Susah senang mereka juga di tempuhi bersama. Wanita yang sentiasa berada dibelakang Riyad saat lelaki itu dalam kesusahan sehingga dia berjaya kini. Buktinya adalah R&Z propeties Land. Syarikat pembinaan itu adalah hasil titik peluhnya dan bantuan sepenuhnya dari wanita yang dicintai itu. Masih segar lagi dalam ingatannya susah payah dan perih dia dan wanita itu dalam membangunkan syarikat itu.
Satu keluhan terbit lagi di bibir Riyad untuk kesekian kalinya.
Tengku Riyad Zulkarnain masih menanti. Satu penantian yang tidak pasti.
Yang pasti adalah SAKIT SEBUAH PENGHARAPAN. Pengaharapan yang disebabkan oleh kebodohan dirinya sendiri.
Aisya melangkah masuk ke dalam bangunan syarikat milik Dato' Khairil dengan penuh bergaya. Dia cuma mengenakan pakaian casual pejabat pada hari pertama dia memulakan kerjaya dia sebagai interior designer setelah menamatkan ijazah sarjana pada empat tahun lepas. Ditubuhnya tersarung elok sepasang set pilihannya pada hari ini iaitu baju t-shirt bewarna dusty green yang di tuck in ke dalam seluar, di bahagian dalam dan di bahagian luar dia memakai a cape blazer yang bewarna putih dan dipadankan dengan seluar slack senada dengan warna blazernya. Hari ini merupakan hari pertama dia akan memulakan tugasnya sebagai seorang Interior Designer di Airil Interior. Kaki Aisya laju melangkah menaiki lift dan menuju ke tingkat lima bangunan itu di mana terletaknya ruang pejabat Dato' Khairil.''Morning Cik Aisya.'' Sapa Nurin merupakan secretary Dato' Khairil. Nurin telah berkhidmat dengan Dato
"Aku rasa aku nak cari dia balik. Aku nak betulkan semua ni. Aku sayangkan dia. Susah sangat aku nak buang perasaan aku ni." Ujar Riyad sambil tanggannya mengambil dan membaling batu-batu kecil yang terdapat di gigi air terjun tersebut. "What? kau nak cari dia dekat mana. Dah 3 tahun dia tak ada dekat sini bukan kau tak tahu benda tu. Hari- hari kau duk melangut depan rumah dia. Bukan setakat bayang dia habuk dia pun tak ada." Balas Fariz sambil mengurut keningnya. Bukan dia tidak tahu apa yang berlaku selama tiga tahun ini. Dia yang sentiasa bersama dengan lelaki itu setiap masa. kehulur kehilir sehingga ada yang sudah salah anggap dengan hubungan mereka. "Itu laa kau... Masa buat dulu tak nak pakai otak. Sekarang dah jadi macam baru kau tahu. kau rasa dia nak terima kau lagi ke. Silap- silap dia dah move on. kau tu ja yang macam pungguk rindukan bulan." sambungnya lagi. Itu laa sahabatnya masa buat tak nak fikir kesan dia. Sekarang nas
"Good Morning Engku."Aina berdiri menyapa bossnya sambil menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat kepada lelaki itu. Dia terus sahaja mengikuti langkah lelaki itu ke dalam ruangan pejabat sambil membawa tab bersama untuk membacakan jadual lelaki tersebut. "Thanks for the coffee." Riyad bersuara sambil menunjukkan mug tersebut kepada secretary dia. Tetapi ucapanya itu datar sahaja tanpa secalit senyuman. 'Naseb baik pandai juga nk ucap terima kasih. aku ingat hati dia tu kering kontang dah' omel Aina di dalam hati mengutuk bossnya yang seperti tidak mempunyai perasaan itu.Terkumat kamit hatinya berbicara. "Aina!!!" dikuatkan sedikit suaranya untuk mengejutkan setiausahanya yang sedang mengelamun itu. "arrrr..ye boss." terkejut aina dengan sergahan bossnya itu, lantas sebuah senyuman diberikan kepada boss atas kesalahan yang dilakukan tanpa sengaja itu. "Awak kalau
Perkara paling mahal dalam hidup seseorang itu adalah "harga cinta yang setia". -Riyad **************** Aisya melepaskan keluhan kasar lantas menghempaskan badan ke atas katil setelah pulang dari pejabat. Badanya terasa sangat letih setelah seharian berkejar untuk menghadiri mensyuarat syarikat. Bukan sahaja keletihan fizikal malah mentalnya juga berasa letih beberapa hari ni. Fikiran yang terganggu menyebabkan dia terpaksa mengabil ubat tidur bagi menjemput lena setiap malam.Sudah agak lama dia tidak bergantung terhadap ubat tersebut namun kejadian beberapa hari lepas telah menyebabkan dia kembali mengambil ubat tersebut. Dalam melayan keletihan itu ingatan Aisya kembali terimbas terhadap kejadian yang telah meragut ketenangannya kembali. ~~~~~ "Aisy." Riyad bersuara sambil menunjukkan riak terkejutnya. Dia tidak menyangka akan bertemu semula den
You will never know the value of a moment until it become a memory.************"Sha, mama masuk ya."Datin Aida membuka pintu bilik anak perempuan setelah dia mengetuk pintu bilik itu."masuk je mama.Sha tengah bersiap ni." balas Aisya sambil tangannya sibuk memasang anting-anting kesayangannya di cuping telinga kanan.Setelah siap dia meneliti penampilannya di hadapan cermin besar yang terdapat didalam bilik pakaian.Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Aisya melangkah keluar mendapatkan Datin Aida yang sedang berlabuh dinsofa di dalam biliknya."Cantik kan Sha mama."kata Aisya dengan riak wajahnya yang begitu gembira. Atau lebih tepat lagi dia sedang berbahagia."Mestilah cantik anak mama ni. Sebab mama kan cantik." Balas Datin Aida bersama sebuah s
Seperti yang dirancang, Zafran membawa Aisya keluar hujung minggu itu. Aisya hanya merenung jalan raya dihadapan sebelum dia kembali menoleh ke arah lelaki itu. Bosan yang sebenarnya dengan suasana bisu di dalam kereta itu kerana Zafran bukanlah seorang yang suka bercakap perkara yang tidak perlu. Suasana di dalam kereta itu hanya ditemani bunyi penghawa dingin dan bicara daripada penyampai radio sahaja. Penat memandang pohon di tepi jalan raya, dia kembali menoleh merenung lelaki itu sambil menghayati lagu yang sedang bermain di corong radio.Jujur ku mengagumiPantas ku beri seribu pujian buat kamuJauh di dalam hati selalu ku rasaBersyukur aku mngenalmuKarena cinta dari kamuJadikan aku wanita terbahagia di duniaBersama kamu ku jadi tahuArtinya waktu lebih berharga dari harta di duniaBersama kamu ku rasa jauh lebih mengertiArti ci
Sudah dua bulan berlalu sejak dari hari tarikh pertunangan mereka ditetapkan iaitu pada hari keluarga Zafran datang merisik dua bulan lalu. Kedua ibu bapa mereka tidak menyetujui rancangan Zafran untuk mengadakan majlisi pertunangan berserta dengan hari merisik sekali gus.Ini kerana Aisya merupakan satu-satunya anak yang Dato' Khairil dan Datin Aida tinggal. Mereka tetap mahu mengadakan majlis walaupun sekadar majlis ringkas sahaja. Majlis Aisya adalah merupakan majlis pertama dan terakhir untuk keluarga Dato' Khairil. Jadi mereka mahu mengadakan majlis yang meriah untuk merakam banyak memori sebagai simpanan.Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan peringkat pertama, tidak lepas juga untuk Aisya dan Zafran, setelah lebih tiga tahun mereka berkenalan sebelum menuju langkah seterusnya. Seperti yang dirancang oleh kedua ibu bapa Aisya dan Zafran hari ini merupakan hari di mana majlis pertuna
Akhirnya, setelah berakhir hujung minggu, maka berakhirlah sudah majlis pertunangannya, dengan rasminya kini Aisya sudah bergelar tunang kepada Syed Zafran, seorang Dokter Pakar Psychiatry. Aisya kembali bekerja. Pagi itu Aisya memasuki bangunan Airil Interior dengan sambutan ucapan tahniah diatas pertunangan dia dan Zafran setelah melangkah keluar dari lift untuk menuju ke bilik pejabat dia.Keluar sahaja dari perut lift Aisya kelihatan agak hairan kerana suasana di aras pejabat dia kini kelihatan begitu sunyi. Sangat jarang berlaku dalam tempoh dua bulan dia bekerja aras itu sunyi seperti ini. Selalunya department itu yang paling riuh setiap hari, awal awal pagi juga mereka sudah ada topik untuk dibawangkan diantara mereka tujuh orang. Tidak menghiraukan suasana itu Aisya terus sahaja membuka langkah menuju ke pejabatnya. Setelah membuka pintu pejabat kaki Aisya terpaku di muka pintu pejabat. Dikerdipkan matanya sekali bagi mengusir bayangan yang