Terpisat-pisat mata Riyad cuba di celik kembali. Sekilas wajah yang sedang lena berbantalkan dada dia ditatap penuh kasih. Tidak pernah sedetik pun dia tidak mencintai wanita itu.
Perlahan Riyad menolak kepala Aisya dan meletakkan wanita itu ke atas bantal secara perlahan. Dengan langkah yang berhati-hati tidak mahu mengejutkan wanita itu Riyad bangun.
Telefon bimbit yang berada di atas meja sisi katil di capai. Dia berjalan ke balkoni bilik untuk menjawab panggilan yang mengganggu lenanya sebentar tadi.
" Kau tak ada hari lain ke nak call aku" ujar Riyad malas sambil melabuhkan punggung ke atas kerusi malas di balkoni tersebut.
" Info apa yang kau dapat kali ni? " Riyad menyoal kasar tetapi masih mengawal nada suara dia. Dia mengerling sekilas ke arah Aisya yang masih tidur di dalam bilik. Takut suara dia mengganggu tidur Aisya. Dia juga takut jika Aisya mendengar perbualan mereka.
"Terus perhatikan dia, jangan sampai dia terlepas." Arahan di beri
''Arghhhhhh!!!.''Aisya menjerit bersama tangannya menolak segala perkakasan di atas meja solek. Habis bertaburan peralatan solek milik Aisya Yanie di atas lantai biliknya. Aisya duduk disudut biliknya sambil memeluk lutut melepaskan tangisannya.Sungguh sakit apa yang dirasakannya sekarang. Tok... Tok... Tok... Ketukan dipintu dibiar sepi. Aisya tahu itu pasti mamanya, untung saja dia terlebih dahulu mengunci pintu biliknya kerana dia sudah sedia maklum akan apa yang bakal berlaku. Dia mahu bersendirian dan tidak mahu diganggu saat ini. ''Aisya. Sya ok ke sayang?'' Kedengaran suara Datin Sri Aida bertanya setelah ketukannya tadi di biar sepi. Dia yang kebetulan lalu di hadapan bilik Aisya terkejut apabila terdengar bunyi barang jatuh dari dalam bilik anak perempuan tunggalnya itu. ''Sya ok ma. Mama jangan risau laa.'' Balas Aisya dari dalam
Setelah berpuas hati dgn penampilannya tas tangan jenama channel diatas katil bersaiz king itu di capai. Kaki mula menapak, lantas tombol pintu biliknya dipulas dan dikuak perlahan pintu biliknya, dia terus melangkah menuruni tanggan dan menuju ke ruang makan.''Good morning papa. Good morning mama'' ucap aisya ceria. Dia mengambil tempat duduk dihadapan Datin Aida.''Morning sweetheart. Come have a breakfeast first before you go to work.'' Balas Datin Aida. Pinggan dihadapan Aisya diambil lantas disendukkan bihun ke pinggan anaknya itu. Datin Aida senang hati melihat anaknya sudah kembali pulih sepenuhnya.Dato' Khairil? Seperti biasa masih menghadap surat khabar.Sekali sekala berkerut juga dahi orang tua itu, tidak tahu laa apa yang dibaca malas Aisya ambil pusing. Bihun goreng disudukan dan dimasukkan kedalam mulutnya.Harini merupakan hari pertama dia akan bertugas di syarikat papan
Aisya melangkah masuk ke dalam bangunan syarikat milik Dato' Khairil dengan penuh bergaya. Dia cuma mengenakan pakaian casual pejabat pada hari pertama dia memulakan kerjaya dia sebagai interior designer setelah menamatkan ijazah sarjana pada empat tahun lepas. Ditubuhnya tersarung elok sepasang set pilihannya pada hari ini iaitu baju t-shirt bewarna dusty green yang di tuck in ke dalam seluar, di bahagian dalam dan di bahagian luar dia memakai a cape blazer yang bewarna putih dan dipadankan dengan seluar slack senada dengan warna blazernya. Hari ini merupakan hari pertama dia akan memulakan tugasnya sebagai seorang Interior Designer di Airil Interior. Kaki Aisya laju melangkah menaiki lift dan menuju ke tingkat lima bangunan itu di mana terletaknya ruang pejabat Dato' Khairil.''Morning Cik Aisya.'' Sapa Nurin merupakan secretary Dato' Khairil. Nurin telah berkhidmat dengan Dato
"Aku rasa aku nak cari dia balik. Aku nak betulkan semua ni. Aku sayangkan dia. Susah sangat aku nak buang perasaan aku ni." Ujar Riyad sambil tanggannya mengambil dan membaling batu-batu kecil yang terdapat di gigi air terjun tersebut. "What? kau nak cari dia dekat mana. Dah 3 tahun dia tak ada dekat sini bukan kau tak tahu benda tu. Hari- hari kau duk melangut depan rumah dia. Bukan setakat bayang dia habuk dia pun tak ada." Balas Fariz sambil mengurut keningnya. Bukan dia tidak tahu apa yang berlaku selama tiga tahun ini. Dia yang sentiasa bersama dengan lelaki itu setiap masa. kehulur kehilir sehingga ada yang sudah salah anggap dengan hubungan mereka. "Itu laa kau... Masa buat dulu tak nak pakai otak. Sekarang dah jadi macam baru kau tahu. kau rasa dia nak terima kau lagi ke. Silap- silap dia dah move on. kau tu ja yang macam pungguk rindukan bulan." sambungnya lagi. Itu laa sahabatnya masa buat tak nak fikir kesan dia. Sekarang nas
"Good Morning Engku."Aina berdiri menyapa bossnya sambil menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat kepada lelaki itu. Dia terus sahaja mengikuti langkah lelaki itu ke dalam ruangan pejabat sambil membawa tab bersama untuk membacakan jadual lelaki tersebut. "Thanks for the coffee." Riyad bersuara sambil menunjukkan mug tersebut kepada secretary dia. Tetapi ucapanya itu datar sahaja tanpa secalit senyuman. 'Naseb baik pandai juga nk ucap terima kasih. aku ingat hati dia tu kering kontang dah' omel Aina di dalam hati mengutuk bossnya yang seperti tidak mempunyai perasaan itu.Terkumat kamit hatinya berbicara. "Aina!!!" dikuatkan sedikit suaranya untuk mengejutkan setiausahanya yang sedang mengelamun itu. "arrrr..ye boss." terkejut aina dengan sergahan bossnya itu, lantas sebuah senyuman diberikan kepada boss atas kesalahan yang dilakukan tanpa sengaja itu. "Awak kalau
Perkara paling mahal dalam hidup seseorang itu adalah "harga cinta yang setia". -Riyad **************** Aisya melepaskan keluhan kasar lantas menghempaskan badan ke atas katil setelah pulang dari pejabat. Badanya terasa sangat letih setelah seharian berkejar untuk menghadiri mensyuarat syarikat. Bukan sahaja keletihan fizikal malah mentalnya juga berasa letih beberapa hari ni. Fikiran yang terganggu menyebabkan dia terpaksa mengabil ubat tidur bagi menjemput lena setiap malam.Sudah agak lama dia tidak bergantung terhadap ubat tersebut namun kejadian beberapa hari lepas telah menyebabkan dia kembali mengambil ubat tersebut. Dalam melayan keletihan itu ingatan Aisya kembali terimbas terhadap kejadian yang telah meragut ketenangannya kembali. ~~~~~ "Aisy." Riyad bersuara sambil menunjukkan riak terkejutnya. Dia tidak menyangka akan bertemu semula den
You will never know the value of a moment until it become a memory.************"Sha, mama masuk ya."Datin Aida membuka pintu bilik anak perempuan setelah dia mengetuk pintu bilik itu."masuk je mama.Sha tengah bersiap ni." balas Aisya sambil tangannya sibuk memasang anting-anting kesayangannya di cuping telinga kanan.Setelah siap dia meneliti penampilannya di hadapan cermin besar yang terdapat didalam bilik pakaian.Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Aisya melangkah keluar mendapatkan Datin Aida yang sedang berlabuh dinsofa di dalam biliknya."Cantik kan Sha mama."kata Aisya dengan riak wajahnya yang begitu gembira. Atau lebih tepat lagi dia sedang berbahagia."Mestilah cantik anak mama ni. Sebab mama kan cantik." Balas Datin Aida bersama sebuah s
Seperti yang dirancang, Zafran membawa Aisya keluar hujung minggu itu. Aisya hanya merenung jalan raya dihadapan sebelum dia kembali menoleh ke arah lelaki itu. Bosan yang sebenarnya dengan suasana bisu di dalam kereta itu kerana Zafran bukanlah seorang yang suka bercakap perkara yang tidak perlu. Suasana di dalam kereta itu hanya ditemani bunyi penghawa dingin dan bicara daripada penyampai radio sahaja. Penat memandang pohon di tepi jalan raya, dia kembali menoleh merenung lelaki itu sambil menghayati lagu yang sedang bermain di corong radio.Jujur ku mengagumiPantas ku beri seribu pujian buat kamuJauh di dalam hati selalu ku rasaBersyukur aku mngenalmuKarena cinta dari kamuJadikan aku wanita terbahagia di duniaBersama kamu ku jadi tahuArtinya waktu lebih berharga dari harta di duniaBersama kamu ku rasa jauh lebih mengertiArti ci