EZMA UMAIRA melajukan langkah kaki meninggalkan Aryan Syah yang masih berdiri menunggu jawapan. Dia terus berjalan tanpa menoleh ke belakang.
"Awak... Umaira! Setuju tak?" laung Aryan Syah berharap agar gadis pujaan hatinya itu menerima lamarannya.
Dia ni, time macam ni pun sibuk nak melamar aku? Maaf awak! Laju tangan kanannya menyeka air mata yang tiba-tiba sahaja mengalir keluar. Aku belum bersedia lagilah! Otaknya ligat memikirkan gadis ketua kru kabin yang mengganggu Aryan Syah semasa dalam penerbangan semalam. Dia ingin tahu apa hubungan sebenar di antara mereka berdua.
Aku baru aje kenal Aryan Syah, takkan nak terima terus lamaran dia kot! Langkah kakinya terhenti seraya menoleh ke kiri dan ke kanan. "Di mana aku ni? Adoi Umaira... di sini bukannya Kuala Lumpur! yang aku terhegeh-hegeh melarikan diri dari si Crazy Kitten tu tadi dah kenapa?!"
Telefon bimbit yang disimpan di dalam beg tangannya dikeluarkan. Baru sahaja dia hend
TING! Isyarat pasangkan tali pinggang keledar telah pun dipadamkan. Sejurus selepas itu, Pramugari Syazwana bingkas bangun dari tempat duduk. Dia segera mencapai gagang alat interkom seraya berpaling menghadap para penumpang di dalam kabin itu. "Tuan-tuan dan puan-puan, tanda isyarat pasangan tali pinggang keledar telah pun dipadamkan. Untuk keselamatan anda, sila duduk dan pastikan tali pinggang keledar sentiasa dipasang. Kami akan menyediakan makanan tengah hari untuk anda sebentar saja lagi. Ladies and gentlemen, the seat belt signal has already been turned off.For your safety, please sit down and make sure seat belts are always fastened. We will prepare lunch for you. "Psst!" Airish Syafiqa yang duduk di tempat duduk bernombor 2A di sebelah Aryan Syah itu mengerling abangnya lama. "Abang..." Aryan Syah yang sedang mengelamun di sebelah Airish Syafiqa itu tidak mempedulikan panggilan dari adiknya itu. Otaknya ligat memikirkan apa yang tel
"CABIN crew be seated for landing."Tali pinggang keledar dipasang seraya menyandarkan tubuhnya. Penerbangan dari Taipei, Taiwan ke Kuala Lumpur yang memakan masa empat jam dan sepuluh minit itu terasa seperti sekejap sahaja oleh kerana keterujaan hatinya untuk bertemu ahli keluarga tercinta.One hundred...Fifty...Fourty...Thirty...Twenty...Ten...Retarded...Sebaik sahaja gear pendaratan menjamah lantai landasan, pesawat Boeing B737-8FZ bernombor pendaftaran 9M-JVH itu meluncur laju di atas landasan dan mula bergerak perlahan. Pembantu juruterbang yang juga selaku sahabat baiknya, Nasrul Effendy mengerlingnya sambil tersengih."Hey, kau ni dah kenapa pandang aku macam tu? Tersengih-sengih... dah macam kerang busuk aku tengok?" Aryan Syah mengerling ke arah pembantunya yang merangkap sahabat baiknya itu."Berseri-seri wajah kapten hari ni...""Mestilah... Kau nak tahu tak
Enam belas bulan sebelumnya...KRINGGG!! jam sudah menunjukkan pukul enam pagi. Aryan Syah, juruterbang berusia 28 tahun berdarah kacukan arab dan melayu yang terbaring di atas katil bingkas bangun. "Okay... Last flight for Nour Airlines today, Captain Aryan, please say goodbye for the airlines crews."Kain tuala dililitkan di pinggang. Aryan Syah leka merenung pantulan dirinya sendiri di hadapan cermin di dinding bilik mandi. "Hari ini hari terakhir aku di UAE, goodbye Abu Dhabi, and hello Kuala Lumpur!"Pagi ini Aryan Syah ditugaskan untuk mengetuai penerbangan Nour Airlines 7E55 dan 7E56 untuk sektor Abu Dhabi ke Cairo dan Cairo ke Abu Dhabi. Pesawat yang dikendalikan pada pagi ini adalah pesawat narrow body, Airbus A320:214 bernombor pendaftaran A6-NEE.Langkah diatur, beg bagasi beroda ditarik menuju ke balai perlepasan. Pandangan matanya kini tertumpu kepada dua orang cabin crew yang baru sahaja memulakan tugas untuk hari ini. Sala
PENERBANGAN 7E610 Nour Airlines Airbus A330:243 bernombor pendaftaran A6-NFU yang mengambil masa selama enam jam dari Abu Dhabi kini bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur.Aryan Syah menghabiskan masa enam jam penerbangan itu dengan tidur. Sesungguhnya dia memerlukan rehat dan tidur yang cukup memandangkan dia langsung tidak tidur pada malam terakhirnya di Abu Dhabi, UAE. Pada masa yang sama juga dia berasa hampa. Apa yang dia harapkan tidak berlaku seperti yang diinginkan. Enam jam yang lalu, dia berharap agar dia dan papa kandungnya berbual-bual sepanjang penerbangan, tetapi masing-masing dengan urusan sendiri. Papanya, Dato' Hareez sibuk menghadap laptopnya sepanjang penerbangan.Melihat kesibukan Dato' Hareez itu, Aryan Syah membuat keputusan untuk tidak mengganggu. Dia leka melayan perasaannya sendiri sehingga tertidur sambil memeluk lukisan yang dihadiahkan oleh Dato' Hareez kepadanya dua puluh lima tahun yang lalu.&nb
"AIRISH, macam mana keadaan dia?" Dato' Hareez bertanya kepada anak perempuannya yang merupakan seorang doktor dan kebetulan sedang bertugas pada masa itu.Airish Syafiqa merenung Dato' Hareez lama. Hairan dengan tingkah papanya itu. Sebelum ni tak pernah aku tengok papa macam ni, getus hatinya."Papa, boleh bagitahu siapa lelaki yang cedera teruk tu?""Itu tak penting! Yang penting sekarang, papa nak tahu keadaan dia macam mana?!" tegas Dato' Hareez lagi. Dia tidak mempedulikan pertanyaan anak perempuannya itu."Darah... papa, dia banyak kehilangan darah.""Airish ambil darah papa!" sepantas kilat Dato' Hareez membalas kata-kata Airish Syafiqa."Papa, apa yang papa merepek ni? Darah dia jenis B+, papa..." ujar Airish Syafiqa perlahan sebelum kata-katanya dipintas."Ye! Papa tahu darah dia j
"ASSALAMMUALAIKUM...""Waalaikumsalam... dah sampai pun." Datin Yasmin, isteri kedua Dato' Hareez menyambut kedatangan suami dan anak perempuannya, Airish Syafiqa.Hari ini juga Aryan Syah dibenarkan balik ke rumah. Dia berdiri di belakang adiknya sambil bertongkat. Dia menunduk, segan."Aryan... jom masuk," ajak Dato' Hareez. Tangannya dihulurkan ke arah anak sulungnya itu. Aryan Syah menyambut sambil tersenyum. Dia mengerling pula ke arah mama tirinya, Datin Yasmin yang berdiri di sebelah kiri papanya.Aryan Syah perasan Datin Yasmin mencebikkan bibirnya ke arah papanya seraya menoleh ke arahnya sambil memberikan renungan tajam. Bismillahirahmanirahim, ucap Aryan Syah dalam hati. Dari renungan mata mama tirinya itu, Aryan Syah dapat mentafsirkan bahawa wanita di hadapannya tu tidak menyukai akan keberadaannya di banglo mewah milik papanya.
"UHUKK!! Ssssttt... fuh!" Aryan Syah berdesit akibat kepedasan sebaik sahaja menjamah lauk ayam masak kari yang disediakan oleh Datin Yasmin. Kesemua manusia yang berada di situ mengerling ke arah Aryan Syah yang sudahpun merah padam mukanya dek penangan kari ayam itu. Apa benda yang mama tiri aku masukkan dalam lauk ni? Pedas sangat! Tak pernah aku makan benda pedas sangat macam ni walaupun dah hampir satu dunia ni aku jelajah. Aryan Syah bengang tetapi hanya mampu disimpan dalam hati sahaja kemarahannya itu. Dia perasan kini dirinya menjadi perhatian di situ.Aryan Syah bingkas bangun dari kerusinya. Tongkat yang disandarkan di dinding belakangnya itu dicapai. Perutnya memulas ketika ini.Dato' Hareez mengerling anak sulungnya itu. "Aryan, nak ke mana pulak tu?"Jelas kelihatan peluh jantan merembes di dahi Aryan Syah. "Nak ke bilik air sekejap, papa."
"KAPTEN, err... selamat pagi, pax untuk flight pagi ini penuh..." Ezma Umaira berkata. Dia cuba menyembunyikan rasa malunya kepada Aryan Syah. Untuk empat penerbangan hari ini, dia diberi tanggungjawab sebagai ketua kru kabin.Aryan Syah yang baru sahaja menapak masuk ke dalam kabin pesawat itu memberikan senyuman manis buat ketua pramugari, Ezma Umaira. "Assalamualaikum..."Ezma Umaira tertunduk sebaik sahaja Aryan Syah membalas kata-katanya dengan memberi salam. Adoi dia ni... segan pulak aku. Oh... lupa pulak dia ni dulu kan pilot untuk Nour Airlines... Jadi mungkin dia dah biasa macam tu kot? Ezma Umaira mengerling Aryan Syah yang sedang menyimpan beg bagasinya di dalam ruangan penyimpanan compartment di ruangan atas tempat duduk kelas bisnes."Hai... saya bagi salam tak ada seorang pun nak jawab? Hmm... Good mo