Mereka berdua keluar dari panggung wayang. Eykin memandang Luqman yang diam sejak dari tadi.
“Kau ni okay tak?” Soal Eykin lagi sekian kalinya. Luqman hanya mengangguk perlahan.
“Aku okay jaa. Mungkin sejuk kot duduk dalam bilik tu lama sangat.” Tipu Luqman. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Gila ini merupakan marathon yang panjang mereka berdua lakukan dari pagi sehingga ke malam. Mereka mula masuk ke dalam kereta. Eykin mula menghidupkan enjin kereta. Setelah 5 minit, baru kereta bergerak dari tempat parkir tingkat lapan menuruni aras bawah. Sedang Eykin leka memandu di jalan raya, Luqman tersedar sesuatu. Perjalanan terasa amat panjang. Dia memandang di luar. Mereka seperti berpusing dalam satu bulatan.
“Eykin, kau sedar tak kita pusing jaa dekat tempat sama jaa?” Soal Luqman melihat Eykin yang leka memandang ke hadapan.
“Aha weh. Aku baru perasan.” Eykin merendahkan suara radio yang terpasang.
&ldqu
Luqman meletakkan tangan di atas dahi. Dia tidak dapat melelapkan mata walaupun sudah penat seharian hari ni. Tanpa membuang masa, Luqman membuka laptop yang berada di tepi meja. Dia ingin menyambung menulis skrip teater. Dia sangat menyukai teater ketika zaman belajar lagi. Hobi Luqman menyertai teater sekiranya mendapat peluang mengasah bakatnya. Papan kekunci ditaip sudah masuk ke babak 2. Tiupan angin malam memukul tingkap kayu bertalu-bertalu seakan bunyi ketukan di luar. Luqman tidak menghiraukan bunyi itu. Dia kekal berada di atas katil. Sedang dia asyik menulis di hadapan laptop, tingkap kayu itu mula terbuka perlahan-lahan.Muncul satu lembaga hitam berbulu bermata merah memandang tajam ke arah Luqman dengan muka bengis. Wajahnya seperti menahan marah.“Kau kenapa? Marah tak dapat menembusi pendinding tu?” Luqman menyindir sambil memandang semula ke arah makhluk hitam.“Ha jangan terlalu yakin manusia. Aku akan mencari cara menyesatkan k
Dewan Hotel Seri Malaysia sudah penuh dibanjiri dengan orang ramai. Pelbagai lapisan masyarakat tua atau pun muda turut hadir. Tak terkecuali wartawan-wartawan tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan penulis novel yang namanya semakin melonjak naik sehingga menjadi tumpuan pelbagai tumpuan syarikat penerbitan. Kelihatan seorang pemuda berdiri di sebalik tirai merah menunggu namanya di jemput untuk bergerak ke hadapan tengah pentas. Dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar dalam dirinya untuk berhadapan di khalayak ramai walaupun ini bukan kali pertama dia menjadi tetamu undangan untuk majlis begini. Tangannya mula berpeluh. "Aii takkan cuak kot haha."Dia terkejut apabila bahunya ditepuk seseorang."Sikit lah." Jawabnya ringkas. Mungkin tidak tahu untuk berkata apa lagi."Dah dah. Cover sikit. Tuu giliran kau pulak beraksi. Goodluck." Dia berjabat tangan dengan orang yang banyak membantunya sehingga ke tahap ini. "Dengan bangganya, s
"Oii bangun lahh!! " Luqman terkejut mendengar suara tu. Fuhh nasib roh dia sempat masuk ke dalam badan. "Apa bising-bising ni." Luqman melihat rakan sebilik dengan dia sudah selesai mandi. "Gila tak bising. Kalau aku jadi mak ko pon aku pening nak kena kejutkan ko tiap tiap pagi." Luqman menutup telinga. Pagi pagi kalau tak dengar suara Kamarul ni memang tak lengkap hidupnya. "Alahh tahun ni je last. Nanti korang semua mesti rindukan aku. Yedok?" Luqman mula capai tuala. "Mesti tenang hidup aku masa tu." Cehh takguna punya kawan. Balas Kamarul dengan mimik muka menyampah. "Kalau aku tahu perangai kau macam ni, aku tak tolong kau ejas Sarah." "Mira." Kamarul membetulkan. "Apa apa jela. Bukan awek aku." Nada seperti mengungkit. Eh biarlah Luqman ada hak. "Dah dah kau pergi mandi cepat. Nanti kami tinggal baru tahu." Iskandar mencelah. Dia ni memang pandai ek potong perbualan orang. "Yelaa. Sabo jap. 5 min
Fatincepat cepat tinggalkan mereka berdua. Dia taknak masuk campur hal mereka. Segan juga masa kena kenalkan diri tadi. "Eh terlupa pulak. Fatin, kamu boleh masuk." Apabila dengar sahaja namanyadipanggiloleh guru, dia mengorak langkah ke hadapan. Langkah diatur dengan cermat supaya tidak memalukan diri pada hari pertama persekolahan. Semua pelajar tertumpu ke arah dirinya. Menunggu waktu memperkenalkan diri. Dia mengumpul segala tenaga. "Nama saya Fatin Alisha binti Abdul Malek. Selamat berkenalan."Mereka semua bersorak. Dia tiba-tiba menjadi gemuruh kerana seluruh pelajar memandang ke arah dirinya. Fatin memandang seorang demi seorang rakan-rakan baharu di dalam kelas ini. Pandangannyaterus terhenti ke arah seorang pelajar lelaki. Dia yakin dirinya tidak salah melihat. Ada sesuatu di belakang budak lelaki itu. Ketika masa rehat, seorang pelajar lelaki menghampiri Fatin. Dia memperkenalkan diri sebagai Man. Pada mulanya sungguh dia agak
“Bro. Ko pahal?”Luqman membuka mata. Kamarul dan Iskandar sudah berdiri di hadapan. Luqman cuba tenangkan diri. Mereka berdua masuk ke dalam bilik. Luqman memanjangkan leher mengintai luar. Kosong. Sunyi. Memang hanya mereka berdua. Sah yang tadi tu bukan orang yang cuba nak takutkan dirinya. Luqman menarik nafas. Jantung dia tak henti berdegup kencang ibarat baru lepas lari pusing padang sedangkan tadi dia hanya sekadar melompat dari katil. “Kau pergi mana tadi?”Luqman menutup semula pintu. Kamarul memandang Iskandar. Masing-masing buat muka. Keliru… “Tadi ada budak kena histeria. Aku dengan Rul tolong ustaz buat apa yang patut.” Patut lah Kamarul kelam kabut tadi. Pergi tolong ustaz rupanya. “Ko lari kenapa?”Soalan daripada Kamarul buat Luqman hairan. “Lari pergi mana?” Luqman membalas soalan dengan soalan semula. “Kan tadi ko dengan kami tolong pegang budak-budak yang kena histeria. Pastu ko boleh pula blah
"Ada apa kau nak jumpa aku ni sampai tak sempat nak tunggu aku kat bilik." Iskandar datang menghampiri Luqman. "Is. Aku tahu kau sibuk. Banyak tugas kau kena pikul. Tapi kau boleh tak tolong aku?" Luqmanberharap Iskandar adalah orang yang tepat untuk meminta bantuan. "Untuk kau apa pun boleh. Kita kan dah macam adik beradik." Luqman tersenyum. "Kau nak aku tolong macam mana?" Sambung Iskandar lagi. "Tolong ajarkan aku solat." Iskandar turut sama tersenyum lalu memeluk Luqman. "Apa kau rasa sekarang." Iskandar menyoal Luqman yang baru sahaja selesai belajar solat. "Aku rasa gembira. Aku tak tahu nak cakap macam manakat kau tapi aku rasa tenang. Mungkin aku lama tak sujud kepada Allah. Aku tak rasa tenteram. Ada je benda yang tak kena. Resah. Gelisah. Tak tentu arah." Luqman dapatrasa air mata dia seperti membasahi pipi. Tak kesahlah air mata jantan dia mengalir di hadapan Iskandar. "Takpelah. Syukur kau d
"Haa bangun pon ko." Luqmantengok Kamarul sedang bersiap untuk ke sekolah. Kepala dia terasasakit. Adakah dia masihbermimpi? "Eh eh ko nak bangun pergi mana tu? Ko baring jelah. Nanti aku bagitahu cikgu, kata ko demam." Luqmanmengangguk lalu sambung rebahkan badan. Diacuba berfikir tentang apa yang telah berlaku semalam. "Kau rehat lah dulu. Jangan fikir sangat." Iskandar dan Kamarul berlalu meninggalkan Luqman di dalam bilik. Rasa bosan bila baring je dari tadi. Luqman gagahkan diri untuk bangun. Diacapai beg laptop di bawah katil. Laptop dikeluarkan. Butang laptop dihidupkan. Kerja diamasih belum selesai. Mungkin perkara yang jadi semalam dapat diagunakan untuk cerita di dalam novel.Boleh jugak sedikit sebanyak membantu untuk siapkan cerita novel ini yang sudah lama tertangguh. Jari jemari pantas menaip situasi yang telah di lalui semalam. Bermula dari diamendaki tangga meninjau kawasan blok A sehi
Iskandardah jangka perkara ini akan berlaku. Mula dari seorang akhirnya merebak dekat orang lain pulak. Benda ni dah makin mengganas. Iskandartak mampu buat kerja ni seorang. Nak taknak diakena minta bantuan Kamarul dengan Luqman."Rul. Kau pegang tangan dia. Man pegang kaki. Ingat jangan sesekali tengok mata dia!!" Arah Iskandar. Risau kalau mereka tersilap langkah."Kenapa kau kacau kami ha!!" Tegas suara Iskandarmenyoal pelajar yang kena histeria itu."Ini tempat aku. Korang ganggu tempat aku." Jawab makhlukyang berada di dalam pelajar itu."Sekarang kau nak keluar ke taknak." Iskandarcuba bersikap diplomatik sebelum bertindak."TAKNAK!!"Jerit wanita itu yang semakin liar.Luqman masih tak faham apabila benda tu kata kami menganggu tempat dia. Luqmandengan Kamarul sedikit gementar apabila mendengar Iskandar berdialog dengan makhluk itu. Bapak ahh seram