INSPEKTOR Mastura masih lagi tidak percaya bahawa ASP Jimmy mampu menumpaskan penjenayah yang terlibat dalam kes culik, malam semalam.Pagi-pagi lagi dia sudah mengeluh berat saat meluahkan perasaan di hadapan Koperal Raju dan Inspektor Keith.Sejak di rumah lagi, Inspektor Mastura terkenangkan kisah semalam. Selagi dia tidak mendapat jawapan dari segala persoalan yang melanda minda, selagi itulah dia mahu mencari jawapan yang sebenar.“Apa yang peliknya? Kira okeylah tu kalau Tuan Jimmy dapat tumpaskan jenayah tu,” tutur Inspektor Keith sambil menjongket kening kanan.“Kita semua tahu yang dia tak ada dekat pejabat semalam. Kes kanak-kanak tu dilaporkan hilang pun tak sampai lima belas minit. Tahu-tahu dia dah dapat tangkap penjenayah tu. Tak pelik ke dia boleh tangkap penculik tu sedangkan dia berada di luar waktu berkerja.” Turun naik dadanya saat bercerita. Bila bercerita hal ASP Jimmy, ada saja yang tak ken
Read more