PENGALAMAN pertama kali bekerja sebagai pembantu peribadi kepada selebriti terkenal sungguh memenatkan.
Elvina tidak menyangka bekerja sebagai pembantu peribadi lebih memenatkan berbanding menjadi pengawal keselamatan di sekolah.
Setiap tenaganya bagai di sedut sehingga ke lemak dibuatnya bila setiap kali dia ingin melakukan pekerjaan yang dipinta.Tambahan pula, dia perlu melayan kerenah Erbach Arsalan yang sungguh memenatkan otak. Kalau bukan disebabkan dia mahu mendekati si jejaka, dia tidak akan menerima pelawaan Dato Edmond. Disebabkan satu perkara, dia perlu menjadi yang terbaik buat Erbach Arsalan.Aku terhutang budi, jadi aku perlu membalas segala budi.
Aku perlu tepati janji, yang pernah aku ungkapkan dari dulu lagi.
"HEY, Berapa kali dah aku kata dekat kau jangan panggil aku Lan. Kau panggil jelah aku Erbach, takkan tak boleh?" Erbach Arsalan memeluk tubuh merenung ke arah Elvina yang masih duduk bagaikan patung di bahagian tempat pemandu. Kenapalah susah sangat nakkautim dengan dia ni? Hesy, dahlah panggil orang Lan! Benci betullah. "Erba takbest, kalau Lanbest." Esra Elvina menjawab ringkas tidak beriak. Erbach mula mencemik bibir mata pula saja dikecilkan saat mata masih tertumpu menatap ke dalam mata Esra Elvina. "Apa yangbest nya? Lan tu nama tak komersial lah! Nama aku merdu tau, kenapa kalau nak panggil Lan? Orang lain elok je panggil aku Erbach."
AZANmaghrib mula berkumandang. Elvina masih lagi memandu kereta, terlupa mahu membeli sebotol air mineral untuk diminum ketika berbuka. Dalam keadaan memandu dia memandang sekeliling. Mencari kedai untuk dia membeli air atau roti untuk alas perut.Namun, dia pasrah kerana sekarang ini mereka berada di atas jalan raya jadi tiada kedai untuk dia kunjungi.Tangan sudah menyentuh tekak yang kian kering. Azan yang masih berkumandang hanya mampu di dengar. “Engkau ambillah roti dengan air mineral ni.” Elvina terus mengerling ke arah tempat duduk belakang. Tak sangka pula si Erbach Arsalan akan hulurkan air dan minuman kepada dia. Ada juga kebaikan dalam dirinya. "Kau tahu aku puasa?" Elvina bertanya. "
ELVINA melangkah masuk ke dalam kamar tidur milik Erbach untuk membangkitkan lelaki itu agar menunaikan solat subuh. Sekarang ini, menjadi rutin harian Elvina untuk membangkitkan Erbach Arsalan dari tidurnya yang lena. Dia melangkah masuk tanpa menutup pintu kamar tersebut sebelum menapak ke arah suis lampu. tiba-tiba ... Tangg... Pintu terus terhempas kuat. Pintu tersebut tertutup rapat. Kedengaran pintu di kunci dari arah dalam. Nafas Elvina berderau laju, tubuhnya pula terus ditolak ke dinding.Terkejut dengan tindakan satu tubuh yang mula menolak tubuhnya ke dinding. "Good morning, my robot." Erbach Arsalan di bahagian cuping telinga Elvina. Tergumam Elvina bila suara itu
NOAHmenghempas Din ke dinding. Dia mengulangi lagi perbuatan itu sehingga dia sendiri rasa berpuas hati dengan tindakan sendiri. Dia hilang sabar bila si jejaka boleh hina arwah ibunya semata-mata ingin menyakitkan hati dia di hari yang indah begini. Kalau rasa tak berpuas hati sekalipun, jangan libatkan ibu dia yang sudah tidak ada dalam dunia ini. Thea Freya sesak dada melihat pertengkaran mereka berdua. Boleh pula mereka berdua bertengkar saat perbincangan bersama di jalankan. Kenapalah sampai bergaduh? Kenapalah Din tak reti nak jaga mulut? Noah pantas bangun merangkul leher Din dengan kuat dari belakang. Dia tidak memberi peluang kepada Din untuk melepaskan diri. Din cuba melepaskan rangkulan kemas di l
PAGI INI, Erbach Arsalan ada masa terluang untuk berehat di villa sebelum pergi ke set pengembaraan. Dia masih kemurungan kerana Noah masih lagi tidak melayan dirinya. Mesej tak dijawab, panggilan pula tak di angkat. Dia yakin lelaki itu masih marahkannya. Erbach terasa bodoh kerana percayakan Thea Freya. Jika dia tidak buka mulut tentang hal peribadi Noah, pasti perkara sebegini tak akan berlaku. Walaupun sudah tiga hari hal itu berlaku. Terasa bagaikan hilang selera dan hilang jiwanya untuk berkarya kerana Noah. Selagi lelaki itu tidak memaafkan dirinya selagi itulah dia akan merasa gelisah. "Sampai bila kau nak duduk diam. Tak ada semangat, lemah dan lembik." Lunak suara Elvina bertanya saat tubuh Erba hanya terbaring di atas sofa sambil menyilang kaki.Elvina
"KIRI kanan... kiri kanan kiri, kiri kanan, kiri kanan kiri..." kemain bersungguh Elvina berkawad kaki di hadapan rumah Noah saat lelaki itu baru saja menuju ke tempat parkir kereta. Terkesima Noah melihat gelagat Elvina di hadapan pagar rumahnya pagi-pagi begini.Noah menggaru belakang kepala yang tidak gatal. Hairan melihat tingkah laku Esra Elvina yang tidak pernah di lihat sebelum ini. Elvina ni dah kenapa? buang tabiatkah? Si gadis yang memakai jaket hitam itu bersungguh ke kanan dan ke kiri semata-mata ingin berkawad kaki di hadapan rumahnya. Dahlah pakai jaket hitam, berkawad pula tu. Tak panas litlit kah? Tersenyum nipis Noah meli
"TERIMA KASIHkepada semua yang telah memberi kepercayaan kepada saya sepenuhnya untuk menjadi duta kecantikan produk Eshal Beauty. Saya tak sangka saya akan dipilih untuk menjadi duta produk terkenal di negara ini," ucap Mila Beysha di hadapan khalayak ramai. Senyuman manis terukir saat dia memberi ucapan di atas pentas. Noah yang berada di bahagian tempat penonton bersama Khalaf Ajmal hanya memerhatikan Mila Beysha dengan senyuman manis. Tenang melihat riak wajah yang manis bila menutur bicara. Noah ikut tersenyum memandang si gadis. Pagi ini,dia di jemput untuk menghadiri majlis Eshal Beauty sempena produk terbaru yang bakal dirasmikan hari ini. Noah sanggup mengosongkan segala jadual, semata-mata mahu menghadiri majlis perasmian tersebut. Mahu menyokong Mila Beysha yang mula meningkat
"ABANG!!!" Terlompat-lompat Erbach Arsalan bagaikan anak kecil dapat mainan tatkala dua anak matanya melihat kelibat Noah berdiri tegak di hadapan pintu bilik persalinan. Hari ini Anugerah Popular bakal bersiaran langsung jam sembilan malam. Dia benar-benar berharap Noah akan datang dan menyokong dirinya. Dan kini, dia bersyukur harapannya tidak sia-sia. Dia bersyukur Noah lembutkan hati untuk datang menemui dirinya seawal jam enam setengah petang. Elvina yang bersandar di dinding tunjuk lambang bagus bila Noah hadirkan diri. "Aku datang sini sebab Elvina je," balas Noah mendatar tanpa segaris senyuman. Seketika kemudian, matanya menghala ke arah Elvina begitu juga Erbach Arsalan.