Share

BAB 2

Iman Afina menarik pintu kereta dari luar. Senyuman dihadiahkan untuk Zarul saat mata mereka bertemu pandang. Dia masuk dan menghenyak punggung ke kerusi lalu menutup pintu dengan perlahan.

“Kau dah kenapa asyik pandang aku je? Nak aku korek biji mata tu dulu baru kau nak pandang tempat lain?” soal Iman kasar. Dia perasan yang lelaki itu asyik memandang dia sedari tadi lagi.

Zarul ketawa.

“Kalau kau korek biji mata aku, meranalah gadis-gadis kat luar sana, Iman. Silap hari bulan, kau pula yang kena kejar” 

“Eh, kenapa pula aku? Apa kena mengena dengan aku?” Iman menjuih bibir. 

“Yela, dah kau butakan mata aku. Mestilah semua peminat aku nak kejar kau, nak balas dendam. Padan muka kau.” Zarul tersengih. Saja dia mahu kenakan gadis itu.

“Aigoo pak ustaz. Ramai benar peminat kau ya. Perasan betullah kau ni. Bukan setakat mata kau, mata peminat kau pun aku cungkil. Sebab, dorang semua buta. Buta mata hati. Entah apa yang dipandang dekat kau, akupun tak tahu.”

Iman bersandar ke kusyen kereta sambil memeluk tubuh.

“Ni, pukul berapa kita baru nak gerak? Nanti tak fasal-fasal lambat nak sampai sekolah.” 

Zarul ketawa kuat.

“Haha, aku pandang kau sampai terlupa nak gerakkan kereta. Sorry, dear. ” ujar Zarul lantas menggerakkan keretanya ke jalan raya.

Iman di sebelah hanya menggelengkan kepala. Frasa ‘dear’ yang kerapkali digunapakai oleh Zarul pada dia semakin menggusarkan hati seorang Iman Afina. Lelaki itu begitu mengharapkan cinta dari dia.

‘Pak ustaz, pak ustaz. Jangan macam-macam ya. Aku belum bersedia lagi mahu serahkan hati aku pada sesiapa saja, termasuklah kau. Belum masanya lagi hati ini dijentik rasa itu.’ Detik hati kecil Iman. 

Zarul yang sedang memandu dipandangnya sekilas sebelum dia kembali fokus ke jalan raya. Lelaki itu terlalu baik dan sempurna untuk memiliki wanita seperti dia.

Dia selalu berdoa moga sahabat baiknya itu bakal ditemukan dan dijodohkan dengan wanita yang baik akhlak dan peribadinya.

•••

Iman mengutip senarai kehadiran anak-anak muridnya yang diletakkan di atas meja pendaftaran. Sekali pergelangan tangannya dikerling. Sudah tamat waktu pendaftaran seperti yang tertera dalam tentatif program.

Hari ini merupakan hari Alam Ria Keceriaan yang telah dianjurkan oleh para guru dan ibubapa pelajar bagi mengeratkan silaturahim di antara keduanya. Jadi tidak hairanlah ramai waris mengisi ruangan sekolah bagi memeriahkan acara. 

Senarai kehadiran pelajar diteliti penuh kusyuk. Dia menarik nafas lega. Hampir keseluruhan pelajar telah hadir seperti mana yang telah di war-warkan dalam group sekolah.

Tinggal beberapa nama sahaja yang datang dan sudah memberi maklum balas ketidakhadiran mereka.

“Iman, pelajar enam tahun. Hadif Haikal. Namanya ada dalam daftar kehadiran ke tidak?” 

Iman mendongak saat disoal oleh rakan sekerjanya. Pantas dia menyelak helaian kertas A4 yang berwarna putih itu. Nama Hadif Haikal dicari segera.

“Eh, belum datang kak Mona. Dia seorang saja pelajar enpat tahun yang belum hadir.” Ujar iman kemudian.

Mona tersenyum.

“Iman tolong tandakan hadir ya. Hadif datang dengan bonda dia. Jadi bonda dia terlupa nak isikan sebelum masuk tadi.” 

Iman hanya mengangguk.

Dalam kepalanya berlegar beberapa persoalan. Ingin ditanya risau itu soalan sentitif. Akhirnya dia hanya membiarkan saja.

“Okey. Siap kak Mona” ujar Iman sebaik sahaja selesai. Mona tersenyum dan berlalu dari situ setelah mengucapkan terima kasih.

Iman kembali duduk di kaunter pendaftaran. Tadi dia menerima whattsapp dari pengetua yang mengarahkan dia supaya menjadi penyambut tetamu dan menanti kehadiran perasmi majlis mereka. 

Dia harus akur.

Sesekali matanya jatuh ke arah Zarul yang dikelilingi waris para pelajar. Wajah lelaki itu nampak ceria dan bercahaya. Ramah menegur para waris. Tidak hairanlah lelaki itu ramai peminat.

Untunglah jadi orang segak bergaya. Baik dan beragama pula. Memang calon imam para gadis. Bukan saja para gadis. Calon imam ibu dan bapa mertua sekali. Bertuah siapa yang dipilih Zarul. Bukan macam dia.

Pakej muka tidak  siap.

“Assalamualaikum cikgu ...” 

Pandangan Iman terganggu dek jari jemari seseorang yang bermain di depannya. Dia hampir mahu melenting. Mujur dia tersedar dia berada di mana. Wajahnya segera ditoleh. 

Matanya di jamu lesung pipit seorang jejaka yang sedang berdiri di depan dia. Lelaki itu memeluk tubuh sambil memerhati dia. Iman jadi kalut.

“Apa, apa yang saya boleh bantu ya?” Iman menyoal. Salam dijawabnya dalam hati. Dia perhatikan belakang lelaki itu. Tidak pula kelihatan kanak-kanak. 

Boleh jadi lelaki itu bukan salah seorang waris pelajarnya. Mungkin lelaki itu sedang mencari seseorang. Wajahnya tampak bersih dan kemas. Ada canlah dia mahu berkenalan.

“Saya nak isi kehadiran ...”

Ayat pertama buat kening Iman bertaut. Waris rupanya. Iman terangguk-angguk. Baru saja dia mahu memasang angan-angan menangkap kumbang di depan dia.

Belumpun disentuh, sudah terbang jauh entah ke mana. Nampak sangat Iman tidak berjodoh dengan sesiapa. Siapakah agaknya kunci hati Iman Afina yang sebenarnya?

“Er ... Anak encik nama apa ya? Boleh saya tahu?” Iman bersikap profesional. Dia menatap lelaki itu sekilas sebelum mencapai sebatang pen.

“Hadif Haikal, enam tahun” sebaris nama itu buat Iman memandang lelaki di hadapannya buat kali ke dua.

Baru sebentar tadi dia menanda kehadiran kanak-kanak tersebut. Takkan ada dua nama yang serupa pula. Setahu dia, tiada. Hanya seorang pelajar saja bernama Hadif Haikal.

“Encik betul ke waris Hadif Haikal?” soal Iman penuh curiga. Dia bukan apa, dia tidak mahu tersalah meneka. Silap-silap lelaki ini penculik. Naya dia nanti perlu bertanggungjawab.

Lelaki itu mengangguk.

“Kenapa ya? Ada masalah ke cikgu?” tebak lelaki tadi.

“Boleh saya tahu nama encik?” pinta Iman sebagai langkah berhati-hati.

“Kenapa pula nak tahu nama saya? Kan saya dah cakap tadi saya waris Hadif Haikal. Ada masalah ke cikgu?” suara lelaki tadi mula melengking kuat.

Ada sepasang dua mata memerhati mereka berdua di meja pendaftaran. Iman menarik nafas dalam. Dia perlu bijak mengendalikan situasi tegang ini. Jika tersalah percaturan, punah maruahnya sebagai seorang guru.

“Maaf encik. Ini hanyalah prosedur. Saya perlu jalankan tugas saya sebagai guru saja. Langsung tak ada niat lain. Jauh sekali mahu menuduh encik sebagai penipu atau sebagainya” 

Iman masih mampu menahan nadanya agar tidak kedengaran getar. Rasa marah sudah menyelinap ke dasar hati. Tunggu masa saja mahu dihambur keluar.

Dia bukan sengaja bertindak menuduh lelaki itu sesuka hati. Baru sebentar tadi pelajar yang bernama Hadif Haikal sudah ditanda kehadirannya. Waris kanak-kanak itu juga datang bersama. 

Apa kejadahnya pula timbul seorang lagi waris dengan nama pelajar yang sama. Semua pelajar datang bersama dengan ibu bapa mereka. Adakah lelaki itu suami kepada perempuan tadi? Mereka pasangan yang berpisah atau bagaimana?

Mahu saja dia melontar bermacam soalan tapi hanya dibiarkan saja bermain di kepala. Karang, lain pula masalah yang timbul. Dia tidak mahu cetuskan kekecohan sementara menanti perasmi majlis tiba.

Dari jauh Zarul sudah mendekati mereka.

“Ada apa ya encik? Boleh saya bantu?” Zarul menyoal sebaik tiba. Dia bertindak profesional seperti Iman.

“Saya cuma nak tandakan kehadiran Hadif Haikal. Tapi cikgu ni, sengaja menaikkan kemarahan saya. Disoal pula saya macam saya ini penculik, bukan waris.” Luah lelaki tadi.

Nada suaranya kembali tenang. Dijeling sekilas ke arah guru yang berambut panjang bertocang kuda di depannya. Comel tapi sinis saja perlakuannya gadis itu. 

“Oh, macam ini encik. Itu cuma prosedur. Encik dah tanya Cikgu Iman kenapa dia soal encik macam tu? Pasti ada sebab yang munasabah yang buat dia soal encik.” Zarul lebih bijak bermain dengan kata-kata.

Lelaki tadi menjungkit kening.

“Oh ya, maaflah cikgu. Sayapun terlupa mahu bertanya. Tadi Hadif Haikal memang datang bersama bonda saya. Terus saja masuk tanpa buat pendaftran. Saya pula sibuk mencari parkir.”

Jelas lelaki tadi panjang lebar.

Iman dan Zarul saling berpandang sebelum mereka berbalas senyuman. Menghantar isyarat bahawa selesai satu masalah. 

“Cikgu Iman? Dah jelas bukan? Encik ini memang waris kepada Hadif Haikal.” Zarul cuba mengingatkan.

Iman terpaksa mengangguk.

“Terima kasih Ustaz Zarul.” Ucap iman sebelum lelaki itu melangkah pergi. Tumpuannya kini kembali pada lelaki di hadapan dia pula.

Nafas ditarik dalam-dalam.

“Okey, saya minta maaf sebab saya berkasar dengan encik. Tapi saya tetap rasa saya menyoal soalan yang betul. Saya hanya menjalankan tugas “ Iman mengatur kata. 

Lelaki itu tersenyum sinis.

“Nama encik ...” Iman masih lagi mahu tahu siapakah nama lelaki tadi.

“Nazrul Haq. Boleh panggil saya Haq saja.” Lelaki itu memperkenalkan diri.

Iman sedikit melopong. Tapi, dia cepat-cepat teringatkan sesuatu. Pantas helaian kehadiran pelajar diselak rakus. Nama lelaki itu. Berbeza dengan nama waris pelajarnya.

“Tapi encik ...”

“Daddy!” belum sempat Iman meluahkan kegusaran dia, seorang kanak-kanak memanggil lelaki di depan dia. Dia pantas menoleh.

“Hadif Haikal ...” perlahan dia menyebut.

Lelaki itu menoleh ke arah dia sambil mengenyit mata sebelum berlalu pergi. Iman terus terduduk. Terkejut dengan tindakan berani lelaki itu. 

Datang celah mana pula nama ayah yang berbeza. Apakah hubungan mereka berdua? Hadif Haikal bin Ikhmal Hakimi. Jauh beza dengan nama Nazrul Haq.

Nama itu pula seperti pernah dia dengar. Tapi di mana ya. Dia kerap lupa. Tetapi nama itu seperti kedengarannya terlalu biasa pada dia. 

Siapakah lelaki itu?

Lamunan Iman tergendala dek ketibaan tetamu yang dinanti oleh pihak sekolah. Dia bingkas bangun menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status