Tangannya terus membelek baju kemeja berwarna biru laut yang baru diserahkan Melina sebentar tadi. Tertera saiz XL di leher baju tersebut. Dahinya berkerut.
"Awak kena belajar cara layan customer, susun buku, kira stok dan beberapa perkara lagi. Hannan boleh ajar awak nanti. Any question Adam?" Tanya Melina ringkas.
"Ada satu lagi soalan, saya pakai baju saiz M tapi baju ni saiz XL. Boleh minta request untuk tukar saiz baju ni tak?"
"XL? Oh ya lupa nak bagitau tu baju bekas pekerja lama, saiz badan dia besar sikit daripada awak. Jadi awak memang tak ada pilihan nak tak nak kena pakai juga baju tu. Baju yang lain pekerja lama tak bagi return balik. Lepas awak kerja tiga bulan awak bolehlah request nak baju saiz apa."
Sekali lagi dahi Adam berkerut mendengar jawapan Melina
"Hannan, awak bawa Adam tengok-tengok persekitaran kedai ni dulu." Arah Melina sebelum bergerak ke pejabatnya di bahagian belakang kedai.
Hannan dan Adam berjalan beriringan dari satu rak ke satu rak yang lain sambil Hannan menerangkan mengenai buku-buku yang terdapat di setiap rak tersebut.
"Ok, yang ni rak terakhir, rak untuk buku-buku berbahasa inggeris. Setiap pagi kita kena bersihkan buku-buku di dalam kedai ni dan kena susunnya semula, bagi nampak kemas dan teratur. Terang Hannan.
"Hannan... Melina tu memang tegas semacam ke?" Adam bertanyakan soalan yang tidak berkaitan dengan skop kerjanya.
"Taklah, Melina tu ok cuma mungkin dia tengah stres sekarang, fikirkan tentang kedai ni. Tentang pelanggan yang semakin berkurangan dari hari ke hari, Mahunya tak stres kalau sales semakin lama semakin menurun." Terang Hannan. "Dulu pekerja dekat kedai ni lima orang tapi satu-satu dah berhenti, tinggallah saya sendiri, Mel pun tak nak tambah pekerja disebabkan tiada keperluan lagi. Tapi disebabkan saya tinggal sendiri terpaksalah dia buka iklan cari pekerja baru yang peliknya macammana dia boleh terima awak berkerja tanpa interview." Sambungnya lagi.
Adam sekadar mengangkat bahu, dia juga berasa pelik dengan tindakan bos barunya itu.
Deringan telefon bimbit dari dalam poket seluarnya mengejutkan mereka berdua, langsung mematikan terus perbualannya dengan Hannan.
"Julia." Bisiknya perlahan apabila melihat nama pemanggil terpapar jelas di skrin telefon bimbitnya.
Ikon telefon berwarna merah disentuh, ditarik ke kiri. Segera juga mematikan deringan tersebut. Dia memandang Hannan dan tersenyum seraya tangannya sudah memasukkan semula telefon bimbit itu ke dalam poket seluar.
Kopi O pekat itu dikacau perlahan-lahan sehingga menghasilkan satu aroma yang menyenangkan jiwa dan perasaan bagi pengemar minuman tersebut. Aroma wangian kopi jenis arabica itu segera memenuhi setiap sudut bilik pejabatnya. Menusuk laju ke rongga hidung. Nyaman. Sudu kecil yang digunakannya tadi diletakkan semula bersebelahan dengan cawan apabila merasakan gula dan serbuk kopi itu sudah sebati.Lelaki itu menekan butang pembesar suara pada telefon yang berada di atas mejanya, diikuti pula dengan butang yang tertulis angka satu. Suara wanita kedengaran jelas dari telefon tersebut.“Mira, tolong masuk sebentar.” Arahnya kepada wanita di dalam talian telefon tersebut.Selang beberapa ketika bunyi “klik” yang terhasil daripada tombol pintu bilik pejabatnya kedengaran, dia mendongakkan sedikit kepalanya melihat wanita muda berbaju kurung putih dipadankan lagi dengan tudung berwarna hijau muda yang sudah menuju ke mejanya sambil membawa
Hari ke 14 Adam berkerja di Jiwaria. Perasaannya masih seperti hari pertama dia berkerja. Teruja dan gembira. Teruja disebabkan Hannan dan gembira disebabkan Hannan.“Adam, saya ada benda nak bincang dengan awak ni.” Hannan memulakan bicara.“Sebelum tu saya nak awak baca iklan di surat khabar ni dulu.” Sambungnya lagi sambil tangannya menyerahkan surat khabar tersebut.Adam tidak mengambil surat khabar tersebut, tangannya masih belum mahu melepaskan tangkai mop, masih banyak lantai yang perlu dibersihkannya. Dia sekadar meneleng kepalanya cuba membaca tajuk besar iklan tersebut.Kali ini barulah dia melepaskan tangkai mop tersebut, segera juga surat khabar tersebut berpindah tangan. Dia mengambil nafas seketika sebelum menyambung pembacaannya. Surat khabar diserahkan semula kepada Hannan apabila dia selesai membacanya.“Macammana Dam, berminat?”“Rasanya terlalu ramai yang berminat dengan tawa
Razak mengaru-garu kepala botaknya yang terasa gatal akibat terlalu lama berjemur di bawah panas matahari. Telefon bimbit di poket kanan seluar jeansnya dikeluarkan, dia melihat jam di skrin sebelum memasukkannya semula ke dalam poket.“Janji manusia, jarang sekali mahu ditepati.” Gumamnya sendiri.Dia menghembus keluar asap rokok dari mulutnya, berkepul-kepul keluar terus membentuk corak abstrak sebelum menghilang dibawa angin. Tangan kirinya asyik bermain dengan penutup mancis jenama Zippo itu, melayan rasa bosan yang menjalar dalam dirinya.Matanya melilau kiri dan kanan jalan di hadapan pondok bas tempatnya berada sekarang seakan menunggu seseorang. Selang beberapa minit sebuah kereta hitam jenis BMW 5 series berhenti tepat di hadapannya. Kereta yang ditunggu-tunggunya sedari tadi. Rokok yang masih berbaki separuh itu dibuang ke tanah sebelum kakinya memijak puntung rokok tersebut, mematikan baranya yang masih menyala kemerahan.Pint
“Kie ada kereta free tak dekat bengkel kau tu?” Tanya Adam sambil matanya masih fokus pada skrin televisyen jenama LG bersaiz 32 inci di hadapannya itu.“Yang free banyak. Banyak yang tak boleh jalanlah.” Toki mencapai alat kawalan jauh TV di atas meja ruang tamu rumahnya.“Haa, ni tanya kereta free ni kenapa? Nak pakai keluar date dengan Julia ke?” Sambungnya lagi. Kali ini ibu jarinya sudah menekan punat bernombor tiga pada alat kawalan jauh yang dihalakan ke skrin televisyenAdam hanya tersenyum sambil tangannya cuba merampas remote di tangan Toki.“Kalau nak pinjam pakai jalan-jalan dengan awek kau tu memang tak adalah. Kalau ada pun aku tak bagi pinjam juga. Amanah orang kot.” Sambung Toki.Dia cuba mengelak daripada cubaan Adam untuk merampas remote yang berada di tangannya.Adam mengambil surat khabar yang berada di atas meja, meletakkannya terus di atas paha Toki. Segera juga Toki menun
Langit cerah.Adam, Toki dan Hannan berkumpul di hadapan kedai buku Jiwaria. Mereka sedang menunggu kelibat Melina. Selang beberapa minit sebuah skuter warna biru berhenti bersebelahan kereta kancil merah yang diparkirkan di depan kedai buku Jiwaria.Melina membuka helmet yang menyarung kepalanya. Beg galas di belakangnya juga sudah dilepaskan daripada bahu, disandarkan pada kaki. Satu-satu wajah ditatap. Cukup.“Okey, semua dah adakan. Kita nak naik apa ni?” Tanya Melina sambil membetulkan ikatan rambutnya.Adam sekadar menunjuk jarinya ke arah kereta kancil merah di depannya itu. Tepat bersebelahan dengan Melina.Melina terus tersenyum.“Bolehlah, yang penting ada daripada tiada.” Senyuman masih terukir. Masih berbaki.Tepat pukul 9.00 pagi.“Jom gerak.” Ajak Adam selepas melihat jam di tangannya.Mereka semua sudah kelihatan bersedia memulakan perjalanan yang telah dirancang dalam m
Matahari sudah berada di puncak angkasa. Kereta kancil merah dengan kelajuan sederhana itu bergerak menyusur ke arah selatan tanah air.Toki melirik matanya melihat jam digital di dashboard kereta, tepat pukul 12.30 tengahari. Matanya kembali fokus pada pemanduan. Papan tanda pam minyak berwarna hijau putih kelihatan jelas di siring jalan – 500 meter di hadapan.“Kat depan sana ada stesen minyak kita singgah kejap.” Ujar Toki, memecahkan suasana bisu dalam kereta tersebut.“Aku pun nak pergi toilet juga ni.” Kata Julia dari tempat duduk belakang, jemarinya sudah mengosok-gosok matanya yang baru celik itu.“Sedap tidur Jue.” Tanya Toki.“Sedap apa bendanya dahlah kerusi kereta kau ni keras nak mampus macam duduk atas kayu je, aircond pun hidup segan mati tak mahu.” Jawab Julia tanpa beralas percakapannya.Toki hanya tersenyum sumbing mendengar omelan Julia. Rasa menyesal menegurnya tadi.
Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid yang berada di simpang jalan, Adam, Toki, Hannan dan Melina menuju ke arah kereta kancil yang diletakkan di depan masjid tersebut. Julia sahaja yang tidakmenuruti mereka hanya menunggu di dalam kereta – alasan biasa : datang bulan.“Kat depan sana ada pekan, kita cari hotel murah stay untuk malam ni.” Cadang Adam.“What! Hotel murah?” Julia tiba-tiba bersuara dari bangku belakang.“Kenapa? Geli ke nak stay dekat hotel bajet?” Soal Melina. Menyampah dengan sikap Julia.“Hello, I tak cakap dekat you ok.” Kata Julia itu ditujukan khas untuk Melina. “Adam, awak tahukan Jue tak biasa tidur dekat hotel murah?” Sambungnya lagi kali ini ditujukan untuk Adam pula.“Jue kat sini mana ada Hilton, Sheraton, Oriental, ni pekan kecil je la Jue.” Terang Adam. Satu-satu nama hotel mewah itu disebutnya.“Ok... jom gerak.” Celah Toki, malas mendengar drama dari Julia, takut episodnya berpanjangan. Julia hanya berdiam diri. Akur dengan situasinya sek
Tingkap kereta jenis Pajero berwarna hitam itu dibuka luas seakan mengundang nyamuk masuk untuk menikmati hidangan malam. Kotak rokok Winston merah di atas dashboard dicapai, dikeluarkan sebatang dari kotak terus dituju ke bibir.“Zack kau rasa kenapa bos tawarkan ganjaran yang terlalu besar untuk jejak si Megat Aidin tu?” Soal Bob yang berada di sebelah Razak. Dia lebih selesa memanggil Razak dengan nama Zack. Baru nampak ganasberbanding dengan nama Razak, seperti nama Cikgu pencen sahaja.Razak menyedut masuk asap rokok ke mulutnya, perlahan-lahan juga asap rokok itu dihembus keluar melalui rongga mulut dan hidungnya. Menghalau keluar kumpulan nyamuk yang baru ingin berpesta di dalam keretanya itu.“Soalan kau tu hanya bos yang boleh jawab. Fokus kita sekarang dengan budak tu.” Jawab Razak.“Eh Zack cerita pasal budak tu. Aku baru perasan sepanjang kita follow diorang sampai ke sini, salah seorangnya tu macam biasa aku tengok.” Cerita Bob lagi. “Biasa sangat, tapi takut juga peland