Senyum yang terukir di bibir, mengungkapkan rasa hati yang bahagia. Hati yang bahagia, menyerlahkan cinta yang semakin membara.
______________________
PENAT menyiapkan bahan untuk nasi lemak dan kuih untuk jualan esok pagi, Tini ke biliknya untuk meluruskan badan.
Natasha sudah sejam terlena di katilnya setelah penat menyiapkan kerja sekolahnya tadi.
Tini mengurut-ngurut kaki. Terasa lenguh kakinya. Sakit pinggangnya juga. Ditumbuk-tumbuk belakang dengan tangan itu. Ketika itu, datang Sukri mengejutkan Tini.
“Lenguh ke?” tegur Sukri yang baru muncul dari ruang tamu.
“Err... abang. Sikit je. Lama sangat duduk tadi,” balas Tini dengan kerutan di mukanya.
“Mari abang picitkan,” pelawa Sukri pula.
“Eh, Tak apa, abang! Abang pun penat
Rasa yang tumbuh di hati ini, mana mungkin ada pengganti. Biar beribu yang menafikan rasa ini, takkan luruh malah makin bersemi.____________________SEBAIK sahaja mendapat panggilan dari sekolah Natasha, Tini mundar-mandir di hadapan tangga rumahnya.Dia menelefon Sukri berulangkali tetapi Sukri tidak dapat dihubungi. Begitu juga dengan emaknya. Tidak ada orang yang menjawab panggilan telefonnya. Tini semakin resah.Panggilan telefon dari sekolah Natasha membuatnya tidak keruan. Hatinya tidak tenang.Natasha dikhabarkan jatuh di padang sekolah dan tidak sedarkan diri ketika sesi latihan pendidikan jasmani di padang s
Haruskah memaafkan kesilapan yang dilakukan berkali-kali? Sepertinya kemaafan itu cuma sebuah persinggahan semata-mata._________________BELUM sempat Izmir membalas kata-kata Tini, telefon bimbit Tini Berdering.Tini melihat telefon yang berada di tangannya. Nama Sukri terpapar di skrin telefon.“Hello, abang!”“Tini, ada apa?”“Banyak kali Tini telefon abang.”
Jangan didustai kepercayaan seseorang kerana sekali didustai, tak mungkin lagi ada rasa percaya untuk kedua kalinya. Jika ada, tak mungkin sama dengan kepercayaan yang pertama.________________MUNDAR-MANDIR Tini di ruang tamu rumah menunggu kelibat Sukri tiba. Gelisah hatinya tidak menentu. Sejujurnya dia berasa bersalah dengan apa yang terjadi. Namun semuanya tidak dapat diputar kembali. Hanya kata maaf yang mampu Tini pohonkan kepada suaminya itu.Dia tahu kesalahannya telah membuatkan suaminya berjauh hati. Sukri wajar untuk cemburu. Lelaki itu berhak melarangnya menumpang kereta Izmir. Dia mengakui kebenaran itu.Namun kerana ben
Cinta yang sudah lama hilang mungkinkah akan tumbuh kembali? Di mana rasa bahagia itu lagi andai cuma rasa perit yang menghuni hati?____________________BEBERAPA hari selepas peristiwa pertengkaran Sukri dan Tini mengenai Izmir, Tini berusaha untuk tidak membuat Sukri marah lagi. Dia benar-benar ingin menjaga hubungannya dengan Sukri.Pulang dari kerja, Sukri bercakap dengan Tini dengan elok seperti hari sebelumnya. Sukri juga tidak bertanya lagi akan hal Izmir. Itu yang membuat Tini berasa lega.Tini sangat berharap sikap Sukri akan berterusan begitu, melayannya dengan baik. Dia gembira dengan kasih yang dicurahkan Sukri.Namun apakan daya. Walau macam mana Tini menjaga hati dan perasaa
Keinginan untuk mendekatinya, buatku nekad melakukan segalanya - Izmir____________“KAMU tumpang Izmir?” Mata Wan Saloma sedikit terbeliak, terkejut dengan penjelasan Tini.Aduh, Tini buat hal lagi! Wan Saloma menggeleng kepala tidak mengerti.“Ya, mak. Tini tak ada pilihan lain.” Tini memberi alasan. Tertunduk kepanya memandang tanah. Sungguh dia kesal dengan apa yang terjadi.“Takkan teksi pun tak ada, Tini?” Wan Saloma tidak puas hati dengan jawapan Tini.“Tak ada, mak.”“Tasha kenapa? Sampai sekarang Tini tak bagitahu mak pun kan?”
Walau apa badai melanda, aku tetap akan berjuang untuk mempertahankanmu. Sekali kamu menjadi milikku, selamanya tetap begitu - Sukri___________________SUDAH hampir satu jam Sukri menunggu. Bayang lelaki itu tak jua kunjung tiba. Entah kenapa, seakan mereka tidak akan dipertemukan hari ini. Geram pula dia kali ini.Sukri melurutkan rambutnya yang hampir mencecah bahu ke belakang. Serasa berat kepalanya. Adakah mereka tidak ada takdir untuk bertemu?Masih ramai orang yang berkumpul di warung Haji Lokman. Sukri menunggu dari jauh dengan harapan orang yang ditunggu ada di warung itu kerana pada firasatnya dia pasti akan datang tatkala Tini datang menghantar kuih dan nasi lemak kepada Haji Lokman.
Terkadang, semua kekurangan ini buatku terasa kerdil. Bisakah aku membahagiakannya dengan semua kekurangan ini? - Sukri_______________TANGAN Sukri diraih Tini. Sukri menahan rasa. Amarah yang membara tadi mulai reda.Melihat Izmir pergi dari pekarangan rumah mereka, Tini meraih tangan Sukri masuk ke rumah mereka. Sukri melabuhkan duduk di kerusi dan sekilas merenung Tini di hadapannya.“Abang dah okey ke? Tini ke dapur sekejap ambil air.”Lelaki itu mengangguk. “Okey, Tini.”
Kehilanganmu dari hidupku sama ertinya aku melupakan semua rasa yang pernah ada di hati ini - Tini_________________MENGINJAK ke pukul sembilan malam, Sukri masih tidak pulang. Tini mulai risau. Panggilan telefonnya tidak dijawab Sukri. Ke mana Sukri pergi, Tini tidak tahu.Dia tidak memberitahu akan pulang lewat atau akan ke mana-mana setelah habis waktu bekerja. Sepatutnya dia tiba di rumah sekitar pukul enam jika tidak ke mana-mana. Paling lewat pun jam lapan malam. Itu pun jika ada urusan lain di luar.Tapi kali ini perasaan Tini berlainan. Bimbang sesuatu yang berlaku kepada Sukri, Tini menelefon lagi. Masih tidak ada jawapan. Pertanyaan Natasha yang berulangkali tentang ke mana ayahnya pergi menambahkan lagi kerisauan Tini.Tini kemudiannya menelefon ibu mentuanya, jika Sukri ada di sana. Mak Cik Halimah terk