Share

BAB 74

Hubungan yang retak, mungkin boleh disambung kembali, dengan rencana yang berlainan. Namun hati yang retak, mana mungkin sembuh kembali. Yang tinggal hanya parut yang berkekalan.

________________________

HAMPIR sebulan Natasha berada di sekolah baru, Izzat datang mencari gadis itu di rumahnya. Masih lengkap berpakaian sekolah, Izzat meminta izin daripada Wan Saloma dan Tini untuk bertemu dengan Natasha. Pada mulanya Wan Saloma dan Tini agak keberatan untuk membenarkan Izzat menemui Natasha. Tetapi setelah beberapa kali Izzat merayu, akhirnya Tini memberi kebenaran.

Natasha keluar dari biliknya dan bertemu Izzat di pangkin. Izzat meminta masa sepuluh minit dari pada Tini untuk bertemu Natasha. Tini mengangguk setuju namun dia dan Wan Saloma memerhatikan Natasha dan Izzat dari beranda.

Sebaik sahaja Natasha duduk, Izzat yang sedari tadi lagi mengharapkan Natasha keluar tersenyum gembira. Hatinya berbunga riang namun Natasha hanya diam tidak menunjukkan sebarang reaksi.

“Tasha, kau sihat
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status