_______________________
HATI Sukri tercuit hiba. Dia terkenangkan Tini yang selalu menjaga dan mengambil berat akan makan minumnya. Tini tidak pernah m
Terkadang, aku tidak tahu harus berfikir apa. Kehadiranmu itu menebarkan rasa peduli atau rasa benci. Yang nyata, aku yang sakit hati - Tini_____________________“KENAPA mama tukar topik? kenapa mama asyik mengelak bila Tasha tanya siapa lelaki tu. Kalau dia bukan sesiapa, buat apa dia selalu datang nak jumpa Tasha? Apa tujuan dia buat semua ni?”Tini kerut dahi. Natasaha cari pasal lagi.“Tasha, sudahlah. Jangan tanya lagi.
Penyesalan selalunya datang di hujung waktu. Tidak mungkin dapat berpaling seperti dulu. Andai kuterima maaf dan simpatimu, Cukuplah buat menebus kesalahanku. - Izmir_______________________LELAKI yang bernama Izmir itu menyesal melukakan hati Tini suatu ketika dahulu. Dia berasa bersalah kerana mengecewakan Tini.Andai saja dia tidak berbuat demikian, Tini pasti menjadi miliknya kini dan panggilan ayah dari Tasha itu pasti juga untuk dirinya. Kini Tasha memanggilny
Mengalah itu tidak bererti kita kalah. Tapi cuma untuk memberinya kesempatan untuk berubah, setelah terlanjur membuat salah.________________________JAM sudah berlalu ke angka hampir lima setengah petang. Sukri bersiap-siap untuk pulang dari tempat kerja. Beberapa kali menghidupkan enjin motosikalnya, hati Sukri menahan marah. Enjin motosikalnya tidak mahu hidup.Baru saja minggu lepas motosikalnya dibawa ke bengkel kerana meragam. Dua hari motosikalnya bermalam di bengkel Abang Sahak. Melayang duit kerja lebih masanya yang dikumpul.Sukri naik geram.
Rasa bahagia itu tidak dapat dicari di mana-mana. Ia ada di dalam diri kita sendiri...________________________SUKRI mengeluh. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya.Melihat Izmir berlalu pergi meninggalkannya, hati Sukri tercuit. Adakah Izmir benar-benar sudah berubah? Atau itu hanya sandiwara yang dibuatnya sahaja untuk meraih simpati darinya?Sukri tidak mahu percaya bulat-bulat. Dia tetap mengambil langkah berhati-hati terhadap Izmir. Lelaki selicik Izmir sudah pasti menyusun pelbagai rencana untuk kepentingan dirinya sendiri.Sukri masih menyorong motosikalnya dengan baki lima minit lagi untuk sampai ke bengkel Abang Sahak. Keringat dingin membasahi bajunya. Nafasnya turun naik dengan laju. Terasa penat yang amat sangat.
Walau kita berbeza semua, beza harta dan juga rupa, namun yang aku punya tidak sama, cinta dan percaya paling utama. Pendamping sisimu yang paling sempurna.________________________BERMENUNG di tepi jendela rumahnya, Sukri memikirkan kesudahan hidupnya bersama Tini dan kedua anak-anaknya.Entah kenapa, sejak motosikalnya asyik meragam dan bertukar hari dihantar ke bengkel, duitnya habis ke tangan Abang Sahak sahaja.Penat mengambil kira usulan Tini untuk membeli motosikal baru, hatinya berbelah bahag
Terasa berat untuk menerimaSegala apa yang telah dipinta.Bukan kusangsi atau tak percaya, cuma kutakut andai kau kecewa - Sukri________________________TINI dikejutkan dengan berita ayahnya yang sakit. Sudah beberapa hari sejak kebelakangan ini, kesihatannya agak merosot.Bertambah lagi dengan faktor usianya yang mencecah hampir 70 tahun, Pak Salihin hanya mampu berbaring. Dia tidak kuat lagi untuk ke ladang atau ke kebun untuk memantau pekerja-pekerjanya di sana.Sesekali jika terasa sed
Sehingga ke hari ini, semua kenangan itu sudah sedaya upaya aku tanamkan. Agar ia tidak tumbuh kembali menunaskan bunga-bunga kecewa - Sukri________________________JAUH dari kata mampu untuk dia melakukannya. Dia takut jika mengecewakan. Dia takut jika tidak dapat memegang amanah yang diberikan. Lalu, dia harus bagaimana? Pak Salihin mengenggam tangan Sukri menunggu jawapan.Lebih tepatnya menerima satu anggukan.“Ayah! Kenapa ayah cakap macam ni? Saya dah lama maafkan ayah. Saya tak reti nak buat kerja ni ayah. Saya tak layak untuk semua ni. Terlalu besar buat saya ayah. Bukan saya tak mahu, tapi saya takut kalau saya mengecewakan harapan ayah.” Itu kata pertama yang keluar dari mulut Sukri setelah agak lama mereka berpandangan.“Kamu hanya perlu pantau pe
Terkadang, kita dapat sesuatu yang tak pernah kita jangka sebelum ini. Itu semua buat menguji sejauh mana kita bersyukur._______________________“ERR... ayah...” Kata-kata Sukri berhenti di situ.“Ambillah Sukri.” Wan Saloma pula meminta Sukri tidak menolak.“Baik, mak. Tapi saya ambil atas kehendak ayah dan mak, bukan kehendak saya, mak.”“Tak apa, mak tahu.”Sukri tertunduk hiba. Air matanya yang dari tadi ditahan jatuh berderai juga akhirnya. Kenangan pahit itu datang