Kamar Peraduan Sultan, Istana Besar Sakti Kota.
"KAPTEN, musuh menyerang!"
Ahwaz membuka mata lalu memandang ke sekeliling. Kini, dia mendapati dirinya bukan lagi di dalam istana lama kesultanan Melayu, bahkan berada di kawasan yang dipenuhi batu-batan. Pada hematnya, ia adalah kawasan pembinaan dek di sini, terdapat juga cerucuk-cerucuk tajam yang tertanam di dalam simen.
Bunyi tembakan pistol dan sesekali diselangi dengan mesingan turut membingitkan deria pendengarannya. Kini, turut terzahir jelas di matanya adalah figura beberapa orang pemuda berpakaian unit taktikal khas memecah masuk ke dalam sebuah bilik yang masih belum siap sepenuhnya.
"Sila mereput dalam neraka sajalah, Kazz!"
Tanpa Ahwaz sedari, dadanya terlebih dahulu ditembusi dengan besi panjang. Darah merah segar menitik-nitik ke lantai melalui besi yang terpacak kukuh di dadanya. Ketika ini, tiadalah yang dia fikirkan kecuali mati. Adakah ini pengakhiran hidupny
Kamar Peraduan Sultan, Istana Besar Sakti Kota. WARDAH meneliti lagi sosok tubuh Ahwaz yang masih berada di atas katil. Raut wajah itu nampak pucat, tetapi dia memahami kondisi tersebut. Ahwaz masih belum pulih sepenuhnya tetapi alhamdulillah, jejaka itu tidak terus 'tenggelam' di dalam tidurnya tadi. "Kau... okey?" tanya Wardah seraya mengheret kerusi lalu meletakkannya di tepi katil. Lantas, dia melabuhkan punggungnya. "Okey," jawab Ahwaz tenang. Mulut kata lain, hati kata lain. Itulah yang dilakukan oleh Ahwaz untuk mengelak daripada disoal siasat oleh si puteri. Walaupun hatinya sedang berperang hebat ketika ini, dia sengaja malas melayan. Lagipun, memang dia tidak kenal secara terperinci pun perangai Puteri Indah Kencana. "Kau nampak jari aku ada berapa?" Wardah mengangkat tangan lalu menunjukkan dua batang jarinya kepada Ahwaz. "Dua," jawab Ahwaz. "Good. Sekarang, ikut pula hala jari ni." Wardah
Kamar Peraduan Sultan, Istana Besar Sakti Kota. AYAT berani sang puteri terus mengundang tawa keras Ahwaz. Berair matanya dalam menghabiskan sisa tawa yang bagaikan malas pula merangkak pergi. Apa? Puteri Indah Kencana nak culik dia? Helo polis, mohon datang ke sini sekarang. Ada puteri sewel sedang buat drama percumalah. "Aku serius ni," balas Wardah. Eh, boleh pula Ahwaz ketawakan dia? Tapi… seriuslah Ahwaz sudah reti ketawa? Rasanya sejak putus tunang, muka jejaka ini sudah seperti diskru ketat. Senyum jarang sekali, ketawa haram terus. Itulah dia gerangan Ahwaz Zulfan sejak tiga tahun lalu, katanya Isbah. "Sorry la. Tapi, aku tak boleh break. Hahaha," gelak Ahwaz lagi. Seronok pula dia berasa apabila puteri sewel ini datang ke mari. Hilang terus rasa sesak, senak, serabut dan lain-lain lagi yang menghurung jiwa sejak sekian lama. Baginya, kehadiran si puteri ini membawa rahmat dalam hidupnya, wala
Di sebuah Pangsapuri, Jerman. ETHAN mengepal kedua-duanya belah tangannya lalu menghentaknya kuat ke meja. Berdegung bunyinya efek daripada hentaman tersebut. Ketika ini, hatinya panas membara melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh kekasih hati dalam diamnya berserta abang tirinya di dalam game BTA2121. Tanpa berfikir panjang, telefon yang berada di dalam poket bajunya dikeluarkan lalu nombor telefon seseorang didail. Dengan dengusan kasar diluahkan, dia menanti dengan sabar panggilan di talian sana bersambut. Sedetik, dua detik, panggilan tetap tidak diangkat sehinggalah pada deringan kelima, satu suara serak-serak basah seperti baru bangun dari tidur bersuara di talian. Kepada Ethan, si penerima panggilan bertanya malas. "Helo, siapa ni?" "Hoi, betina! Aku suruh kau putuskan pertunangan anak kau dengan Wardah, tapi kenapa dia orang tetap berhubungan?" jerkah Ethan. Puk! Bunyi sesuat
Rumah Usang, Pinggir Istana Besar Sakti Kota. "WARDAH sayang..." tutur lembaga 'Ahwaz' di hadapan Wardah. "Wardah?" Kedengaran suara Inang Sejahtera dan Imam Habib berbicara sendiri. "Kau, siapa? Mana tuanku sultan?" Berhati-hati, Wardah melontarkan pertanyaan walaupun dia sudah sedia maklum bahawa manusia menyerupai Ahwaz di hadapannya adalah Sultan Nadim Alam. Ya, memang sah itu adalah sultan kasanova sebenar. Sultan itu jugalah yang ingin melamarnya sebagai gundik ke-100 tapi atas nama sebagai isteri. Memang tak guna, jantan keparat! Kalaulah dia ini hidup di dunia realiti, rasanya sudah kena kecam berjemaah dengan mak cik kepoh si pengumpat cap ayam. "Hey, sweety. Don't you know me anymore? (Hei, si manis. Kamu dah tak kenal aku ke?)" soal Sultan Nadim Alam. Eh? Berbahasa Inggeris? Sedetik dua, Wardah terdiam dalam mencerna maklumat yang baru sahaja didengarinya. Ra
Anjung Seri, Istana Besar Sakti Kota. AHWAZ melepaskan lelah dengan menyandarkan badannya di tiang seri. Laju betul sultan sebenar itu menghilangkan diri. Ketika menjelma, senyapnya bagaikan halimunan. Menghilang pula, lajunya seperti pelesit. Sekarang, dia kebuntuan. Apatah lagi, Mamanda Gagah secara senyap-senyap memberitahunya bahawa sultan itu merancang sesuatu yang tidak elok kepada Puteri Indah Kencana. Dia terdengar percakapan sultan itu dengan seorang pengawal, katanya Mamanda Gagah. "Tuanku kejar siapa?" Panglima Tangkas yang turut sama mengejar tetapi tidak tahu apa yang dikejar bertanya pelik. Ketika ini dia pun sama saja dengan Ahwaz, kelelahan dek berkejaran ke sana ke mari mengikut jejak jejaka itu yang tangkas berlari. "Sultan Nadim Alam," jawab Ahwaz sambil menarik nafas panjang. "Eh? Bukan ke sultan tu tuanku? Patik tak faham." Giliran Hulubalang Kasturi pula menyoal pelik. Baik dia mahup
Rumah Usang, Pinggir Istana Besar Sakti Kota.WARDAH mengerling sekilas kepada Sultan Nadim Alam atau lebih dikenalinya sebagai Ethan Smith. Sungguh, tidaklah dia sangka bahawa pesakit mental yang dijadikan sebagai subjek kajian kesnya ketika menyelesaikan pengajian peringkat Master’s tempoh hari sukakannya dalam diam.Figura Ethan yang sekejap mengalirkan air mata sedih dan sekejap ketawa gembira dipandang dengan pelbagai rasa yang berbaur dalam diri. Dia ingatkan selepas sesi rawatan yang berlangsung selama tiga tahun itu telah selesai, keadaan lelaki berusia 23 tahun itu semakin pulih.Namun, adalah sangat mengejutkan apabila Aina memberitahu pula bahawa lelaki ini tidak lagi memakan ubat dan meneruskan sesi rawatan dengan doktor lain setelah dia menamatkan sesi viva-voce pengajiannya pada tiga bulan lepas. Jadi, sebagai doktor yang pernah merawat Ethan, terbit jugalah rasa geram kepada lelaki ini."Macam mana kau boleh ada dekat
Rumah Usang, Pinggir Istana Besar Sakti Kota.“TAK guna!”Satu jerkahan kuat berserta tujahan padu ke muka pintu serta-merta menghentikan tangan Ethan daripada terus membenamkan mata pisau ke dada Wardah. Pintu yang diperbuat daripada kayu jati tersebut terus tercabut lalu jatuh menyembah lantai. Berdegung bunyinya dek efek hentaman jitu tersebut."Ahwaz!" tempik Ethan.Menggeletar tangannya menahan marah kepada pendatang asing di bumi Sakti Kota yang disuruh menyamar sebagai dirinya. Kehadiran mengejut jejaka itu sekali gus menghalangnya daripada menikam Bunny si cinta hatinya amat memuncakkan amarahnya!"Ahwaz?" Pantas Wardah membuka matanya yang tadi dikatup rapat.Figura Ahwaz yang kemudiannya pantas menyentak pisau dari tangan Ethan lalu memacakkannya ke dinding dipandang dengan penuh kagum. Kemudian, langkah berang Ethan yang turut dipangkah kemas oleh Ahwaz lagilah membuatkannya tidak terkata."Jang
Unit Kecemasan Khas, Malaysia Sport Centre Hospital.ISBAH, Hariri, Aina, Prof. Zhou dan Prof. Dr. Adnan menanti dengan penuh debar tindakan yang bakal dilakukan oleh Ahwaz di alam sana.Dengan penambahbaikan sistem yang berjaya dilakukan oleh Aina dan pasukannya tadi, kini mereka dapat melihat dengan jelas figura Ahwaz yang sedang berhadapan dengan Reaper.Sungguh, tidaklah mereka sangka bahawa Reaper adalah adik tiri Ahwaz jikalau tidak Puan Suhana meraung tadi apabila melihat anaknya sedang bertarung dengan Reaper. Kepada Wardah pula, berkali-kali dia meminta maaf apabila menyedari tindakan bodohnya turut bakal menyebabkan anaknya terkorban."Wardah, lawan dia!" sorak Aina."Kazz! Kazz, elak! Urgh!" Hariri mengepal penumbuk."Kalaulah aku boleh bantu, memang aku bantu terus. Prof, tak boleh ke bagi saya masuk ke sana?" Isbah berpaling kepada Prof. Zhou yang sedang menggenggam erat tangannya."Kamu belum pu