Medan Pancung, Istana Besar Sakti Kota.
"KAU patut tanya soalan tu dekat diri kau sendiri. Kau dah bersedia ke nak meringkuk di dalam penjara, Sultan Nadim Alam palsu?"
Tiba-tiba, satu suara maha sinis kedengaran di telinga Ethan berserta rasa sejuk di kulit lehernya. Dia yang ketika itu seronok menyaksikan ketakutan dan kesakitan Wardah akibat pisau yang ditekan ke leher gadis itu semakin mendalam lalu menghiris kulit terus terbungkam.
"Kazz!" desisnya marah.
"Ya, adik. Takkan kau tak kenal abang sendiri?" provok Ahwaz.
Di tangannya, terhunus sebilah pedang nan berkilat. Kilatannya sahaja pun sudah cukup untuk menggerunkan musuh. Kini, hadiah daripada Maharaja China yang dititipkan melalui Saudagar Bai Yu digunakan sebaik-baiknya.
"Kazz!" Kedengaran bergetar di telinga Ahwaz suara Wardah menyebut namanya.
"Yes, my heroine tuanku puteri." Ahwaz menghadiahkan senyuman menenangkan kepada gadis tersebut.<
Medan Pancung, Istana Besar Sakti Kota. KTING! Bunyi pedang berlaga seiring bunyinya dengan guruh berdentum. Ketika ini, baik Ahwaz mahupun Ethan, kedua-duanya kelelahan dan kesejukan dek ditimpa hujan lebat dan ditiup angin kencang. Dalam masing-masing sibuk berlawan, hampir juga mereka ditimpa oleh pokok yang mulai tumbang menyembah tanah. Namun, dalam masa yang sama mereka gagal mengelak daripada diterpa reranting pokok, kayu kecil dan dedaun yang berterbangan ditiup angin kencang. "Berhenti, Ethan. Insaflah. Kau takkan dapat apa-apa pun kalau kau bunuh aku ataupun Wardah," kata Ahwaz seraya melepaskan lelah. Dadanya sesak! "Aku takkan berhenti! Aku lebih rela mati di sini daripada tengok kau orang bahagia!" jawab Ethan separa menjerit. "Kau ada segala-galanya. Mak ayah, kekasih. Game pula, asyik-asyik kau je yang menang. Aku?" jeritnya pula. "Tu sebab kau tak hargai apa yang ada di depan mata kau.
Ruang Legar, Malaysia Sport Centre Hospital."Seorang pemain e-sport bertaraf dunia dari Jerman ditemui mati di dalam rumahnya di sebuah pangsapuri. Mendiang disahkan meninggal dunia lewat pagi semalam akibat renjatan elektrik ketika bermain permainan digital yang masih dalam peringkat percubaan. Mengikut jurucakap pihak yang terlibat, mangsa bertindak sendiri tanpa kebenaran. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut."Baik Ahwaz, Wardah, Isbah, Hariri dan Aina, masing-masing terdiam tanpa kata apabila berita dunia yang dibacakan oleh seorang pemberita wanita bertudung litup ke udara. Jauh di sudut hati, mereka berasa kesal dengan apa yang berlaku.Namun, perkara itu bukan salah mereka bahkan ia adalah pilihan Ethan sendiri. Adik tiri Ahwaz itu yang memilih untuk mati di dunia sana dengan menikam dirinya sendiri di saat formasi game mengalami keruntuhan maha hebat. Ini semua terjadi akibat daripada cinta gilanya yang hanya be
Markas Rahsia Black Greeth, Jerman. BERITA kejayaan pasukan Psychic Eagle yang sekali lagi menempa nama dalam arena sukan e-sport disambut dengan dengusan kasar oleh Den Smith. Dalam geram, jejaka berusia 23 tahun tersebut mencapai sebuah bingkai foto lalu membalingnya sekuat hati ke dinding. Pecah berderai kaca bingkai yang menunjukkan figura lima orang pemain kumpulan mereka sedang bergembira meraikan kejayaan menewaskan kumpulan lawan dari Malaysia. Sungguh, hatinya teramat marah apabila berita tersebut diulang tayang oleh hampir keseluruhan stesen TV yang ditontonnya. "Kapten," tegur salah seorang ahli pasukan Black Greeth. "Diam!" Den mengetap bibir. Matanya dikalihkan pula ke wajah Ahwaz Zulfan, kapten pasukan Psychic Eagle. Kemarahannya kini semakin meluap-luap melihatkan senyuman gembira jejaka tersebut dan juga ahli pasukannya yang lain kerana memperoleh kemenangan besar dalam kejohanan antarabangsa e-sport 2021.
Ruang Rahsia, Istana Besar Sakti Kota. "TUAN hamba perlu menolong beta. Tolong beta dapatkan Puteri Indah Kencana," desak Sultan Nadim kepada Ahwaz. "Ampun, tuanku. Patik... patik..." Ahwaz tunduk memandang lantai. Sumpah, dia tidak berani membohongi gadis kerabat diraja kerajaan Gelang Putih tersebut. Dia bukannya pengecut, tetapi dia berpegang kepada pendustaan adalah salah satu perkara yang mendatangkan dosa. "Tuan hamba hanya perlu menjadi beta. Itu pun payah ke, Satria?" sembur Sultan Nadim tanpa berlapik lagi. Dia murka dengan pendatang tanpa izin ini! Melihatkan itu, sekali lagi Ahwaz berasa resah. Pengecut? Tidak. Dia bukannya takutkan si raksasa yang berada di depan matanya ketika ini. Tetapi, dia kebengangan. Kenapa dia yang perlu melalui semua ini? Dia Ahwaz Zulfan dari tahun 2021, bukan Sultan Nadim dari tahun 1021. Hanya kerana muka mereka seiras, ia tidak b
Dunia Digital, Ruth Seed (RS)."KAPTEN, cepat keluar dari sini!" jerit Night."Kau orang selamatkan diri dulu!" laung Ahwaz sehabis kuat.Suasana cemas di lapangan peperangan semakin mencengkam. Entah di mana silapnya, pasukan Psychic Eagle yang diketuai olehnya diserang hendap oleh kumpulan Black Greeth. Sumpah dia tidak menjangkakan bahawa strategi yang dirangkanya dapat dihidu oleh mereka."Kapten!" desak Night lagi.Suara panik kawan baiknya membuatkan Ahwaz menarik nafas panjang seraya berusaha menahan diri daripada bertindak melulu. Tidak, dia tidak boleh bertindak bodoh dalam melawan Reaper, si ketua musuh yang sedang menyeringai galak kepadanya dalam riak mengejek."Aku akan pastikan kau takkan mampu kembali ke realiti, Kazz," tuturnya pula sambil mengacukan pedang ke muka Ahwaz."Tak guna!" Ahwaz menentang tajam mata lawannya."Sampai bila-bila pun, Malay
Bum! Street... Ahwaz dan Night, kedua-duanya jatuh tergolek di atas tanah. Dua orang sahabat baik itu termengaduh sesama sendiri, tetapi Ahwaz terlebih dahulu pantas memicit butang kecil di alat pembuka permainan di pergelangan tangan Night. "Pergi, Night!" ujarnya seraya tersenyum pahit sebelum perlahan-lahan, matanya memberat dan berubah kabur. "Kapten..." Suara laungan Night terus sirna daripada pendengaran dek dalam sekelip mata, figura sahabatnya turut sirna di udara. "Selamat meninggal, Kazz," ucap Reaper pula seraya menghilangkan diri. 'Ya Allah, adakah ini pengakhiran aku?' Ahwaz tersenyum pahit sebelum perlahan-lahan, dia memejam mata. Dia... terlalu sakit untuk mengungkap kata. Akibat terkena balingan batang bet, kepalanya berasa teramat sakit bagaikan digodam bertalu-talu dengan batang besi. Dia juga sudah tidak tahu lagi keadaan sekelilingnya. Apa yang dia tahu, formasi permainan digital maya RS sedang meng
Jabatan Psikiatri, Malaysia Sport Centre Hospital.PAGI itu, cuaca sangat baik. Setelah semalam bumi ditimpa hujan, kini sang mentari mulai muncul memberikan senyuman kepada warga dunia. Dan, hari ini juga, Wardah berasa jiwanya agak tenang berbanding dengan sebelum ini. Seketika, gambar ibu bapanya di atas meja ditenung lembut sebelum perlahan-lahan, bibirnya mengulaskan senyuman.Apa khabar agaknya ibu bapanya di kampung? Sudah agak lama dia tidak bertanya khabar. Maklumlah, dia selalu sibuk. Hospital tempatnya berkhidmat ini memang gah dan terkenal di seantero dunia. Jadi, sesuai dengan nama baiknya, hospital ini selalu padat dengan pesakit berprofil tinggi dari seluruh dunia. Makanya, dia sendiri turut terpalit sama dengan kesibukan tersebut."Dr. Azkiya, pengarah nak jumpa."Dalam sibuk dia mengelamun, satu suara halus tiba-tiba menerpa deria pendengarannya. Tanpa ketukan, tanpa salam. Aina, si jururawat merangkap teman
Unit Kecemasan Khas, Malaysia Sport Centre Hospital.FIGURA Ahwaz yang sedang 'lena' di atas katil dipandang sayu. Sungguh, Wardah merindui wajah tersebut namun apakan daya, dia hanyalah gadis biasa. Dia bukan orang kayangan seperti yang diidamkan Puan Suhana. Dia hanyalah burung pipit yang terbang tidak sama tinggi dengan enggang.Disebabkan itulah, dia mengambil keputusan untuk mengundur diri sebelum wanita elegan tersebut mengambil tindakan drastik tidak membenarkan Ahwaz menyertai lagi sukan berprestij tersebut. Walhal, e-sport adalah jiwa dan raga serta segala-galanya bagi atlet sukan maya negara itu.Puan Suhana mahu anak lelaki tunggalnya mewarisi empayar perniagaannya. Tetapi, Ahwaz pula menentang hasrat ibunya dek dia lebih meminati bidang sukan maya. Pertelingkahan berlaku antara dua beranak tersebut. Namun, orang yang dipersalahkan atas semua yang terjadi adalah dia, Wardah Azkiya.Katanya Puan Suhana, dia menyeba