Unit Kecemasan Khas, Malaysia Sport Centre Hospital.
FIGURA Ahwaz yang sedang 'lena' di atas katil dipandang sayu. Sungguh, Wardah merindui wajah tersebut namun apakan daya, dia hanyalah gadis biasa. Dia bukan orang kayangan seperti yang diidamkan Puan Suhana. Dia hanyalah burung pipit yang terbang tidak sama tinggi dengan enggang.
Disebabkan itulah, dia mengambil keputusan untuk mengundur diri sebelum wanita elegan tersebut mengambil tindakan drastik tidak membenarkan Ahwaz menyertai lagi sukan berprestij tersebut. Walhal, e-sport adalah jiwa dan raga serta segala-galanya bagi atlet sukan maya negara itu.
Puan Suhana mahu anak lelaki tunggalnya mewarisi empayar perniagaannya. Tetapi, Ahwaz pula menentang hasrat ibunya dek dia lebih meminati bidang sukan maya. Pertelingkahan berlaku antara dua beranak tersebut. Namun, orang yang dipersalahkan atas semua yang terjadi adalah dia, Wardah Azkiya.
Katanya Puan Suhana, dia menyebabkan Ahwaz tidak lagi mahu mengikut telunjuknya. Tuduhnya lagi, Ahwaz sudah pandai mengatur hidupnya sendiri setelah berkawan dengannya si gadis kampung. Lagi haru, wanita itu mengatakan bahawa Ahwaz sudah tidak menghormatinya sebagai ibu.
Sebenarnya, bukan itu yang berlaku. Tindakan ibunya yang terlalu mengongkong membuatkan Ahwaz berasa sesak. Itu tak boleh, ini jangan. Sejak kecil, hidupnya bagai dirantai oleh sang ibu. Kerana itulah apabila dapat belajar di universiti, ia seolah-olah memberikan kebebasan kepadanya untuk melepaskan diri daripada cengkaman ibunya.
"Kesian dia, Wardah," pujuk Aina.
Sejak keluar dari bilik pengarah tadi, Wardah hanya diam seribu bahasa sampailah sekarang. Dia pun sudah tidak tahu bagaimana lagi mahu memujuk rakannya itu supaya bersetuju untuk membantu Ahwaz. Pelbagai jaminan telah diberi berkenaan Puan Suhana tetapi itulah... Wardah tetaplah Wardah. Degil.
"Aku ada syarat," putus Wardah setelah agak lama terdiam.
"Apa dia?" Wajah Aina bertukar cerah.
"Pastikan kau beli insuran nyawa paling mahal untuk aku. Senanglah lepas ni kalau aku mati dalam game, mak bapak aku taklah merempat tepi jalan." Dalam satu nafas, Wardah bertutur laju.
"Choi!" Pantas Aina menepuk bahu Wardah.
"Mulut tu cabul betul." Dia menjengilkan pula matanya kepada gadis tersebut.
"Betul apa aku cakap? Sebagai heroin yang kena selamatkan hero dalam game yang tak ada kesahan spesifikasi keselamatan, okeylah tu," bidas Wardah seraya menjelirkan lidah kepada Aina.
"Bongoklah kau." Jawapan selamba tersebut akhirnya mengundang tawa kepada Aina.
Kemudian, dia mengalihkan pula pandangannya kepada Ahwaz yang masih diam di atas katil. Hanya denyut nadinya sahaja kedengaran beritma sekata melalui mesin elektrokardiograf. Seketika, dia turut terdiam sebelum berpaling pula kepada Wardah yang turut sama berbuat sama sepertinya tadi.
"Jadi, kiranya kau setujulah nak main game aku?" soalnya pula.
"Aku ada pilihan ke?" soal balas Wardah.
"Tak," jawab Aina sepatah.
"Dah tu?" cebik Wardah.
Cebikan tersebut sekali lagi mengundang tawa kecil Aina. Ya, betullah tu. Wardah tidak ada pilihan lain selain daripada turut bermain dalam program permainan yang direkanya bersama pasukan jurutera perisian permainan. Hanya itu sahaja jalan untuk menyelamatkan Ahwaz daripada terus terperangkap di dalam dunia digital.
"Kalau macam tu, terima kasih. Kaulah sahabat sejati," sengihnya pula.
"Ceh!" Sekali lagi, Wardah mencebik.
Banyaklah sahabat sejati. Aina ini bukan boleh dipercayai pun. Apa pun, dia berharap semoga keputusannya untuk membantu bekas tunangnya itu berjalan lancar serta tiada apa-apa yang buruk akan berlaku kepadanya dan juga Ahwaz. Lagipun, dia pun tahu macam mana efeknya jika terkandas di dunia sana.
"Jadi, sekarang ni aku perlu buat apa je?" tanyanya pula. Lantas, matanya kembali dihala ke arah Ahwaz.
"Kau ada buat medical check-up dalam masa enam bulan ni? Aku tahu kau sihat je tapi yes, in case..." ujar Aina.
"Semestinya buatlah. Baru semalam," jawab Wardah.
Bersyukur juga dia apabila dikehendaki untuk membuat pemeriksaan kesihatan selepas pulang dari Sweden sehari lepas. Namun, tidak pula disangkanya bahawa dia dikhabarkan dengan perkara buruk mengenai Ahwaz. Jadi, apabila dikehendaki untuk membantu jejaka ini, dia berasa macam ditakdirkan.
"Bagus. Kalau macam tu, petang ni kita boleh mulakan terus. Ahwaz dah tak boleh tunggu lama walaupun aku dah masukkan dia ke dalam BTA2121," beritahu Aina seraya turut membuang pandang ke arah Ahwaz.
Seminggu yang lalu setelah insiden permainan digital Ruth Seed atau dipanggil RS mengalami keralatan akibat bugs yang sengaja dilepaskan oleh pihak tidak bertanggunggjawab, dia dan pasukan kejuruteraan perisian permainan terus bertungkus-lumus mengimbal balikkan data permainan tersebut dengan data permainan yang direka oleh pasukan mereka sendiri yang diberi nama Back To Ancient: 2121 atau singkatannya BTA2121.
Sama seperti Ruth Seed, Back to Ancient: 2121 juga masih dalam peringkat percubaan. Namun, BTA2121 lebih ke belakang daripada RS memandangkan ia belum siap sepenuhnya dan hanya dicuba di dalam makmal. Jadi, apabila insiden tersebut terjadi, mereka terpaksa mengambil alih RS dan mengimplankan BTA2121 ke dalamnya seterusnya menambahbaik kualiti data.
"Okey, insya-Allah." Wardah tersenyum nipis.
Entahlah. Nak kata dia bodoh kerana berani mengambil risiko membahayakan nyawa sendiri pun, tak juga. Semasa dia patah kaki dahulu, Ahwaz yang membantunya membawa ke hospital. Ahwaz yang bersusah payah mengendongnya di atas belakang bermula dari bawah pokok sampailah ke rumah tok ketua.
Kemudian, dia jugalah yang menemaninya sehingga kedua ibu bapanya sampai di hospital. Pendek kata, jasa lelaki itu pada 14 tahun yang lepas kekal terpahat dalam ingatannya. Lagipun, bermula pada saat itulah dia dan Ahwaz mula rapat dan bersahabat sehinggalah masing-masing tersuka sesama sendiri sampaikan mereka mengikat tali pertunangan.
Namun, itulah. Langit tidak selalunya cerah. Harapkan panas hingga ke petang, tetapi hujan pula di siang hari. Sedangkan orang yang sudah berkahwin pun boleh bercerai, apatah lagi yang baru bertunang. Setelah lima bulan mereka bertunang, ibu kepada Ahwaz tiba-tiba bertemu jodoh dengan seorang lelaki korporat dari Jerman.
Sejak dari itu, kehidupan bebas Ahwaz semakin disekat oleh ibunya. Katanya si ibu, Ahwaz tidak sesuai menjadi atlet e-sport tetapi lebih layak memegang tampuk pimpinan Azad Group. Dengan menggunakan hujah syurga di bawah telapak kaki ibu, Puan Suhana mengugut anak lelakinya supaya meninggalkan e-sport yang diminatinya separuh mati.
Ahwaz sangat tidak setuju dengan ibunya. Lagipun, terbazirlah masanya belajar jurusan kejuruteraan perisian komputer di universiti jika dia mengambil alih gedung tekstil. Memang lari terus daripada bidang kerjaya yang diminatinya. Maka, si ibu mula berang dan menyalahkan dia, si Wardah Azkiya yang merupakan tulang belakang penyokong kuat Ahwaz Zulfan dalam bidang perkomputeran.
Kepada Wardah, dia berkata bahawa kedegilan Ahwaz berpunca daripadanya. Maka, Wardah mesti berambus dalam hidup Ahwaz. Dia tidak mahukan rakyat marhaen macam Wardah yang berasal dari kampung walaupun kewangan gadis itu sangat stabil sebagai seorang doktor. Jika Wardah berdegil, dia akan musnahkan kerjaya Ahwaz sekarang sebagai pemain e-sport.
"Kau menungkan apa, Wardah? Jom, kau pun kena siapkan diri."
Suara ajakan Aina serta-merta mengembalikan Wardah ke alam realiti. Nampak sangatlah jauh benar fikirannya mengembara sehingga ke tiga tahun lepas. Ya, sudah tiga tahun dia memutuskan pertunangan dengan Ahwaz hanya disebabkan dia mahu menjaga kerjaya lelaki itu. Dalam masa tiga tahun itu jugalah, dia membawa diri ke Sweden dan menyambung pelajaran peringkat Master's di sana."Ha, yalah," jawab Wardah.Ya, anggap saja pertolongannya kali ini hanyalah untuk membalas jasa Ahwaz 14 tahun yang lepas. Semoga ada sinar untuk Ahwaz pulih seperti sediakala dan meneruskan lagi e-sport yang dicintainya. Sudahnya, pantas dia berjalan keluar dari unit itu lalu membuntuti Aina ke makmal untuk membuat persediaan ke dunia digital.Unit Kecemasan Khas, Malaysia Sport Centre Hospital."FUH, selamat!" Aina mengurut dada.Hampir naik gila dia dan semua orang yang berada di situ tadi apabila melihat carta graf ritma jantung
Dunia Digital Back to Ancient, BTA2121. Kamar Peraduan Utama, Istana Besar Sakti Kota. AHWAZ membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya berasa sangat sakit bagaikan dipalu dengan lesung. Otaknya terasa ingin bersepai pecah! Ketika ini, pandangannya kabur dan segala-galanya berpusing hebat. Seketika, dia memejamkan kembali matanya sambil tangannya dibawa mengurut dahi. "Anakanda dah bangun? Syukur pada Tuhan." Tiba-tiba, Ahwaz berasa tangannya disentuh lembut dan kepalanya dipicit perlahan oleh suatu tangan. Ya, suara daripada seorang wanita berpakaian bangsawan itu sangat mendamaikan jiwanya yang berasa bagaikan tidak keruan tadi. Dalam diam, picitan itu dinikmati sekejap sebelum perlahan-lahan, dia memfokuskan pandangannya kepada wanita separuh usia tersebut. "Anakanda nak air?" soal wanita itu lagi. Geleng. Ahwaz berasa tidak dahagakan air, tetapi dia dahagakan kasih sayang seseorang. Ulah wanit
Balairung Seri Istana Sukma, Negeri Sakti Kota.BUNYI kicauan burung yang berkicau riang di luar istana mengganggu konsentrasi menungan Ahwaz. Sejak sedar daripada pengsan semalam, macam inilah dia. Termenung dan terpungguk sendirian tanpa tanda mahu bercakap dengan sesiapa pun. Masa yang ada pula dihabiskan di atas karpet yang dijadikan sejadah."Tuanku," tegur Panglima Tangkas.Namun, malang baginya apabila teguran tersebut dibiarkan sepi tanpa sahutan daripada sang sultan. Pelik. Sejak sembuh daripada gering, Sultan Nadim Alam yang dikenalinya kelihatan berubah perangai. Baginda... kelihatan seperti orang lain. Tetapi, lelaki berkumis nipis dan berambut panjang itu bertindak mengabaikan sahaja perasaannya."Tuanku, saudagar permata dari negara China sudah pun sampai di pelabuhan," lapor pula ketua pengawal istana merangkap pembantu peribadi Ahwaz."Baiklah. Dalam masa tiga hari, panggil mereka menghadap beta." Tanpa perasaan, Ah
Kamar Peraduan Puteri, Istana Makmur Gelang Putih. "CANTIK tuanku hari ni," puji Inang Sejahtera sambil tangannya lembut menyisir rambut sang puteri asuhannya. Kata-kata ketua dayang merangkap inang pengasuh kepada Puteri Indah Kencana disambut dengan senyum simpul oleh Wardah. Pujilah mana-mana pun sama ada si puteri itu ataupun dia sendiri, memang tak apa. Tidak timbul pun rasa cemburu dek wajah figura yang terpantul cermin itu pun boleh menceritakan segala-galanya. Alahai, takkan nak panas hati dengan diri sendiri, kan? "Mana ayahanda, inang?" tanya Wardah dengan selamba. Semalam, gigih dia mengkhatamkan sejarah negeri dan peribadi Puteri Indah Kencana. Melalui Inang Sejahtera, segala-galanya mengenai hal ehwal di sini diketahuinya. Namun, apa yang menariknya adalah hubungan diplomasi antara negeri ini dengan Sakti Kota yang dilembayungi oleh Sultan Nadim Alam. Seperti namanya si sultan, nama negeri itu juga
Balairung Seri Istana Makmur, Gelang Putih. AHWAZ menumpukan lagi perhatiannya kepada wajah penguasa negeri Gelang Putih di hadapannya. Sebenarnya, dia agak gerun dengan lelaki yang digelar sebagai Raja Dewata Perwira ini. Yalah, ayahanda kepada gadis yang bakal dipinangnya memang dikenali sebagai raja naga dek perangainya yang garang semacam naga. "Beta amat gembira dengan kesudian tuanku memperisterikan anakanda tunggal beta." Tutur kata Raja Dewata Perwira yang bersalut teruja disambut dengan senyuman oleh Ahwaz. Sejujurnya, bukanlah kehendaknya semua perkara ini berlaku. Ah, tolonglah! Dia tak nak berkahwin dengan Puteri Indah Kencana. Dia hanya mahu memperisterikan Wardah Azkiya. Tapi, itulah... "Beta juga gembira kerana tuanku sudi melepaskan puteri kesayangan tuanku kepada beta," jawab Ahwaz. Sekonyong-konyongnya, Ahwaz berasa geli anak tekak mengucapkan perkataan tersebut. Dia gembira dapat berkahwin dengan sang puteri
Ruang Legar, Istana Makmur Gelang Putih. "TUAN puteri, berhenti!" jerit beberapa orang pengawal istana sambil berlari-lari mengejar langkah kencang Wardah. "Jangan mimpilah..." Wardah berpaling ke belakang seraya menjelirkan lidahnya kepada para pengawal tersebut. "Tuanku. Kasihanilah patik semua," rayu pula para inang yang turut sama berusaha menangkapnya. "Memang taklah aku nak kesiankan kau orang. Siapa suruh ayahanda nak kahwinkan aku dengan sultan kasanova tu? Hell no!" balas Wardah dengan nada naik seoktaf. Lantas, dia menarik kain batik sarung yang dipakainya lalu melemparkannya ke muka ketua dayang. Melihatkan tindakan berani si puteri, para pengawal dan dayang-dayang terkesima. Kenapa puteri kerajaan Gelang Putih ini berkelakuan sangat pelik daripada kebiasaan dan tanpa ada rasa malu pula, bertindak memecat kainnya di hadapan orang ramai? Mereka buntu. "Yahoo! I'm free!" jeritnya pula puas ha
Taman Bunga Larangan, Istana Makmur Gelang Putih. "TUANKU puteri, tolonglah turun. Bahaya!" rayu Inang Sejahtera. Aduh, dia sudah pusing dengan ulah puteri asuhannya. Kenapa sejak kes hampir ditanduk oleh kerbau hari itu, baginda puteri bertukar perangai seratus peratus berlainan daripada asal? Jika dahulunya Puteri Indah Kencana sangat sopan orangnya, kini berperangai mengalahkan mambang! "Eii, best apa duk atas pokok ni? Dapat udara segar... wohoo!" laung Wardah sambil mendepakan tangan. Wah, serius dia sudah lama tidak merasai bayu angin menampar lembut pipi mulusnya. Kali terakhir dia merasai dingin angin segar membelai wajah adalah ketika menjalankan ekspedisi di Gunung Tebu bersama rakan-rakan doktornya. Sumpah dia rindukan masa itu. "Tapi tuanku puteri, pokok tu banyak kerengga. Nanti kena gi..." "Aaaaaaa!" Tanpa sempat Inang Sejahtera menghabiskan ayatnya, Wardah terlebi
Taman Bunga Larangan, Istana Makmur Gelang Putih. WARDAH menjerit sekuat hati. Ngeri, ngeri, ngeri! Pengalaman patah kaki akibat jatuh pokok ketika berusia 10 tahun serta-merta menerpa memorinya. Dek kenakalannya mencuri buah mangga jirannya yang digelar Encik Yusri, dia mendapat balasan apabila terjatuh kerana digigit semut api di atas pokok. "Tuanku puteri... tak apa-apa?" Eh? Suara menenangkan jiwa milik seorang lelaki terus membuatkan Wardah berhenti menjerit lalu membuka mata. Dengan fikiran masih berkelabut, dia berasa dirinya tidak jejak tanah tetapi terapung di udara. Lalu, juga dengan fikiran masih tidak betul, pantas dia memusatkan fikiran ke arah wajah seorang lelaki yang begitu dekat dengannya. "Kazz..." tuturnya perlahan. Ya Allah, kacak betul wajah lelaki ini. Walaupun lelaki itu berpakaian lengkap dalam sepersalinan baju Melayu diraja dari jenis songket tenun dan figuranya kelihatan amat klas