Pintu bilik aku diketuk beberapa kali membuatkan mata aku tercelik dengan mengejut. Aku mengapai telefon bimbit aku di atas meja yang berada disisi katil.
Jam baru menunjukkan pukul 5 pagi, aku memisat-misat mata aku dengan malas aku menuruni katil menuju ke arah pintu bilik.Sebaik saja aku membuka pintu wajah Ju Na dan juga Ahjumma Min kelihatan berdiri di luar bilik aku."Dah solat belum?" tanya Ju Na kepada aku."Baru pukul 5." jawab aku membuatkan Ahjumma Min dan Ju Na berpandangan sesama sendiri lalu mengukirkan senyuman."Pukul 6 dah sekarang ni. Solat subuh dulu, lepas tu siap-siap kita bertiga akan ke pasar." pesan Ju Na membuatkan mata aku yang sepet cuba dibuka dengan luas."Pasar?" tanya aku terkejut."Ya pasar, hari ni Sara kena masak." ujar Ahjumma Min pula buatkan aku tertelan air liur.Macam manalah aku boleh terlupa! Semalam Ju Na minta aku memasak hari ni. Ah nak masak apa? Aku terlupa nak cariNur Sara laju melangkah keluar dari perut kereta milik ibunya. Ialah kereta miliknya berada di pejabat pengangkutan jalan raya oleh kerana dia memakirkan keretanya ikut suka hati.Cermin mata hitam yang tersarung di matany dibuka dan diletakkan di atas kepala. Pintu kereta dikatup kuat, langkahnya dibuka menuju masuk ke kawasan rumah Jane.Loceng ditekan dengan kasar tanpa rasa ingin bersabar. Jane yang baru saja siap membersihkan rumahnya mula membuka pintu dan menjenggahkan wajah keluar rumah."Ha... kau, jemput masuk." lawa Jane dengan wajah bersahaja.Nur Sara masuk sambil menjeling Jane. Kasut high heelsnya dibuka dan terus menuju ke sofa."Kau nak minum apa-apa tak beb? Aku buatkan." tanya Jane dengan lembut. Ialah sebagai tuan rumah haruslah melayani tetamu dengan baik."Aku datang ni bukan nak minum ke apa. Aku datang ni nak tanya kau, semalam apa yang terjadi dekat aku?" soal Nur Sara tanpa banyak bicara. Terus menyoalka
Aku disuruh Puan Kim mengikut Jong In ke kafe lagi hari ni, atau sebenarnya meluangkan masa lebih banyak dengan Jong In. Aku hanya menurut tanpa merungut."Kau dengan Irfan tu ada apa-apa ke?" soal Jong In ketika kami berada di dalam kereta hendak menuju ke kafe.Aku mengerutkan dahi tanda tidak mengerti dengan soalannya iitu."Ada apa-apa yang macam mana tu maksud awak?" soal aku yang sengaja menyoal semula."Maksud aku macam ada hubungan lebih dari sekadar pekerja dengan majikan?" tanya Jong In tanpa menoleh ke arah aku.Namun dari tepi aku dapat lihat wajahnya seakan-akan malu dengan pertanyaannya sendiri. Aku tersengih memerli."Tak adalah, kami cuma majikan dengan pekerja. Kenapa awak tanya?" soal aku kepadanya selepas aku menjawab soalan cepumas darinya itu."Taklah aku nampak macam kau layan dia tak sama macam layan pekerja." balas Jong In mendatar.Aku hanya mengangguk tanda mengerti. "Faham!" jawab aku.
Sufian turun dari keretanya sambil melirik jam di tangannya. Malam ini t-shirt berwarna putih tersarung di tubuhnya bersama-sama dengan jacket kulit berwarna hitam. Dipadankan juga dengan seluar jeans hitam.Dia harus mencari Nur Sara kerana itulah arahan yang diberikan oleh Tuan Li.Pintu kelab malam direnungnya tajam. Dia sudah nekad hari di mana dia bertemu dengan Nur Sara di dalam kelab itu adalah hari terakhir dia melangkah masuk ke sana.Jadi, pada malam ini dia sepertinya teragak-agak sama ada mahu melangkah masuk atau pun tidak.Jam menunjukkan tepat 11 malam. Namun kelibat Nur Sara langsung tidak kelihatan. Sufian menyandarkan punggungnya di kepala kereta. "Kenapalah keluarga Tuan Li ni jadi macam ni. Kalau Nur Sara begini perangainya. Nur Hara pula bagaimana?" keluh Sufian sendirian.Tiba-tiba mata Sufian tertacap ke arah seorang gadis yang keluar dengan kelam kabut dari kelab malam itu tanpa berkasut. Di belakangnya p
Disebabkan ada pekerja Jong In yang bercuti, keadaan kafe agak kelam kabut dibuatnya kerana tidak mencukupi kaki tangan. Aku yang hanya duduk diam dari tadi mula terasa bosan.Aku mendekati kaunter pesanan untuk bertemu dengan Jiwon."Jiwon!" panggil aku. Jiwon pula yang sedang sibuk menghantar pesanan kepada pelanggan itu mula melirik ke arah aku sekilas."Kenapa Sara? Aku sibuk ni." kata Jiwon sepantas kilat."Saya nak apron satu ada lebih?" tanya aku ingin tahu sambil menjongkitkan kening aku."Dah kenapa? Kau nak buat apa?" tanya Jiwon sambil mengerutkan dahinya."Alah bagilah satu." kata aku tanpa menjawab soalannya itu. "Kejap." katanya setelah itu dia mendekati sebuah almari di belakang kaunter pesanan itu. "Nah..." dilemparnya sebuah apron ke arah aku.Aku segera menyambutnya. "Okey, terima kasih!" ucap aku dengan riang lalu mengukirkan senyuman ke arahnya.Jiwon hanya mengangguk sebagai tanda
Sufian meletakkan panggilan telefonnya, kini dia berada di hospital. Nur Sara berada di wad kecemasan begitu juga dengan dirinya. Ada luka di bahagian lengannya kerana terlanggar tiang di tepi jalan raya.Luka yang dialaminya itu pula akibat dari cermin kereta yang pecah dek kerana berlanggaran dengan tiang lampu tersebut.Nur Sara berada di katil pesakit di hadapan Sufian. Dia pengsan, tidak sedarkan diri.Sufian mengerutkan dahinya. Dilihatnya anak majikannya itu sepertinya trauma akan sesuatu. Namun dia tidak tahu apa perkara itu.Kejadian yang menimpa mereka berdua itu telah pun dimaklumkan kepada Tuan Li dan Tuan Li sedang dalam perjalanan ke hospital."Dah siap..." kata jururawat yang merawat luka di dahi dan juga lengan Sufian."Terima kasih." ucap Sufian kepada jururawat itu disertakan senyuman nipis. Jururawat itu membalasnya dengan senyuman juga.Keluhan berat dilepaskan oleh Sufian kerana dia teringat kejadian sebelum mereka menaiki kereta menuju ke hospital."Siapa lelaki
Aku, Jong In, Jungkook dan Jiwon kini berada di luar kafe untuk menutup kafe itu dengan segera memandangkan jam lagi beberapa minit nak masuk pukul 10 malam.Tiba-tiba datang seorang gadis menghampiri kami berempat membuatkan kami terkejut dengan kehadiran gadis itu."Cik..." panggil gadis itu. Rupanya gadis itu memanggil aku. Wajahnya seperti aku cam siapa. Aku mendekatinya."Ya awak panggil saya?" tanya aku kepadanya yang sedang tersenyum kekok ke arah aku."Saya orang yang jatuhkan air di baju cik pagi tadi? Ingat tak?" soal gadis yang memakai hijab itu. Bagi aku pemakaiannya cukup sempurna dalam menutup auratnya sebagai muslim.Apatah lagi apabila melihat w
Nur Sara sedar dari pengsannya, dilihat keadaan sekeliling membuatkan dirinya tiba-tiba resah. "Aku dekat mana ni?" jerit Nur Sara nyaring."Hoi! Perempuan! Aku dekat mana ni?" tanya Nur Sara dalam keadaan resah. Jururawat yang merawatnya cuba tenangkannya namun tidak berjaya.Nur Sara mencabut segala wayar yang berada di badannya. Dia mahu melarikan diri dari ruangan tersebut. Tiba-tiba bahunya ditahan oleh seseorang."Nur Sara!" panggil orang itu membuatkan segala tindakan Nur Sara terhenti begitu saja. Kepalanya didonggakan memandang ke arah orang di hadapannya itu."Ayah..." tutur Nur Sara dalam keadaan takut. Air matanya laju mengalir keluar kerana berasa takut yang teramat. Tuan Li memandang Nur Sara dengan be
Ha oppa! Unnie! Dah balik pun, lama Ji Yu tunggu tau." renggek Ji Yu lalu tangan Jong In diraihnya dengan manja."Kamu ni dah kenapa Ji Yu? Buang tabiat ke apa?" tanya Jong In yang terkejut dengan tindakan drastik adiknya itu."Hihi. Yu nak bodek oppa ni." kata Ji Yu sambil tersengih-sengih. Aku pula hanya memerhatikan saja tindakan dua beradik itu."Nak bodek apa pula?" soal Jong In dalam keadaan malas."Alah... esok kan oppa cuti kan?" tanya Ji Yu dengan sengihan melebar."Kenapa?" kening Jong In terangkat sebelah melihat adiknya yang rendah separas bahunya itu."Teman Yu pergi kolej, ada persembahan." J