Share

MLS ¦ SEMBILAN BELAS

"Jadi betullah nunaa ni bakal isteri hyung?" soal Jungkook sambil membeliakkan matanya ke arah aku.

Aku teragak-agak mahu memberikan anggukan kepala ke arah mereka berdua.

"Macam mana nunaa boleh terpikat dengan hyung ais batu tu?" tanya Jungkook lagi membuatkan aku tersenyum terkejut. Ais batu dia panggil Jong In?

"Tak terpikat, ini kan aturan keluarga." ujar aku memberikan penjelasan kepada mereka.

"Eh tapi takkan tak ada rasa suka langsung?" soalnya lagi membuatkan aku terdiam seketika. Aku tak pasti apa jawapan yang patut aku berikan kepada mereka.

"Sudah-sudahlah tu Kook oi, kau ni dah macam polis aku tengok. Selamat berkenalan, aku Jiwon." ujar Jiwon pula sambil menghulurkan tangannya ke arah aku.

Aku mengangkat tangan lalu melambai perlahan membawa maksud aku tak boleh bersalam dengannya. Kepala aku turut digelengkan juga.

Jiwon mengangguk tanda mengerti lalu dia menarik tangannya semula. "Nur Sara eh nama kau?"
Bab Terkunci
Membaca bab selanjutnya di APP

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status