Share

BAB 15

YUSUF

Aku duduk di atas katil. Badan aku terasa lenguh. Malam tadi aku tidak dapat tidur lena kerana bermimpi perkara yang sama. Hairan. Mimpi itu seolah nyata kerana aku rasa seperti aku betul-betul berada di sana. Loceng rumah berbunyi. Aku bangun dari katil untuk membuka pintu. Ashraf berdiri di luar dengan muka seposen.

“Bro, aku tunggu kau lama dekat luar. Kau buat apa ha kat dalam tu. Haa aku tau.” Melihat dia tersengih-sengih sorang-sorang tu buat aku malas layan.

“Ada apa kau datang awal-awal pagi ini?” Soal aku secara terus untuk tahu tujuan dia datang ke rumah aku.

“Hehe. Aku dapat berita panas. Mesti kau suka punya. Kes bunuh.” Jawab dia dengan nada gembira. Aku kerutkan dahi.

“Berita biasa je kes bunuh tu. Apa yang menarik sangat?” Aku masuk ke dalam rumah. Ashraf mengikuti aku dari belakang.

“Macam mana kalau yang jadi pembunuh tu seorang anggota polis? 

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status