Share

(S4) OBSES CINTA BAB 16

"Ini fasa terakhir. Kau perlu lihat. Jangan pernah berpaling. Faham?" Ain serius memberitahu aku.

"Aku faham. Maafkan aku." Aku menanti apa yang bakal aku lihat.

"Bagus. Kita mulakan." Ain memetik jari.

" Kau tersenyum girang. Kau melihat jam di tangan. Pukul 9.30 malam. Kau berjanji bertemu Zulaikha pada pukul 11.00 malam. Dia meminta kau datang ke rumahnya kerana dia sudah masakan makanan kegemaran kau. Jadi kau menaiki motor menuju ke kedai Secret Recipe. Kau memilih kek kegemarannya. Red Velvet, kegemaran dia. Tidak mengapa walaupun mahal sedikit asalkan dia gembira. Kau terus menuju ke rumahnya. Kau melihat jam, baru pukul 10.15 malam. Kau berada beberapa langkah di hadapan rumahnya.

Kotak kek dibuka, kau letakkan lilin di atas kek. 4 batang lilin diletakkan. Lilin dinyalakan. Kau tersenyum melihat persiapan yang dilakukan. Belon yang kau bawa dari kedai turut bersama kau pegang erat. Takut terlepas sia-sia

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status