DR RASYID
16 Mei 1990
Aku cuba menguji satu per satu uji kaji aku pada manusia. Cecair biru yang bernama X76 yang mampu mengawal minda manusia. Suntikan dikenakan pada seorang budak. Dia mengerang kesakitan. Aku cuba melihat hasilnya. Budak itu tidak berhenti menjerit akhirnya dia jatuh pengsan. Mulutnya berbuih. Aku menghempuk fail di atas meja. Sekali lagi aku gagal.
“Macam mana ni Rasyid? Kau yakin kau boleh buat?” Soal Borhan yang mula hilang semangat.
“Kau jangan risau. Kita hanya perlukan manusia yang mampu menahan bahan kimia ini saja.” Kata aku yakin. Borhan seperti mula mahu mengalah tapi dia masih mempercayai kata-kata aku.
Ya janji aku. Janji aku padanya yang mahu menghapuskan segala jenayah dalam negara ini. Sudah tiba masanya pesalah dihukum. Jika mereka bebas pada undang-undang, ada cara lain yang boleh dilakukan. Loceng rumah ditekan. Aku memandang Borhan. Dia mengangkat bahu. Tidak tahu siapa yang datang. Aku bergerak ke pintu untuk melihat tetamu yang hadir. Pintu dibuka.
“Kita ada budak baru.” Kata lelaki yang berdiri di hadapan aku. Aku tersenyum gembira. Pasangan kembar seiras. Aku hampir tidak dapat membezakan mereka berdua. Aku menjemput mereka masuk ke dalam rumah. Ada satu aura yang hadir dalam diri mereka. Aku rasa aku sudah jumpa orang yang layak.
“Ibu bapa mereka baru sahaja meninggal dunia. Mereka kehilangan rumah, harta dan segala-galanya milik mereka. Jadi saya rasa doktor tidak keberatan untuk menerima mereka berdua, kan?” Soal lelaki itu acuh tak acuh padahal memang selalu kami berurusan. Aku mengusap dagu. Aku tertarik melihat mereka berdua.
“Baiklah. Jangan risau. Mereka boleh tinggal bersama saya.” Kata aku. Dia tersenyum.
HARIS NAUFAL Sebab ini lah aku malas nak bawa mamat ni. Apa yang dia merepek dari tadi pun aku tak tahu. Biar aku cerita serba sedikit tentang kami berdua. Pernah dengar hyperseks? Hyperseks ini sebenarnya ketagihan terhadap seks sama juga seperti ketagih dadah, alkohol, dan judi. Tabiat ini dimiliki oleh orang yang mempunyai kecenderungan berlebihan untuk terus menerus melakukan hubungan seks dan memerlukan orang lain untuk memuaskannya dan bersedia untuk melakukannya dengan orang lain. Ada kajian mendapati hyperseks berlaku terhadap manusia yang mengalami penderaan seksual semasa zaman kanak-kanak. Ada juga kes-kes berlaku disebabkan faktor kesepian hidup dan kurangnya keyakinan diri. Mereka merasakan seks sebagai satu cara bagaimana diri mereka dihargai. Aktiviti otak yang menerima ransangan ketika melakukan hubungan seks memberikan rasa euforia kerana pengeluaran hormon waktu orgasme dan mendorong mereka ingin melakukannya berulang kali. Walaupun orang s
YUSUFKringggggggggg!!! Bunyi loceng rumah dibunyikan. Aku bingkas bangun sambil tergeliat kecil. Aku mengurut bahu aku yang sedikit lenguh mungkin akibat salah tidur. Cermin mata di atas meja aku capai sebelum dipakai. Loceng itu masih dibunyikan tanpa henti. Aahh aku dah boleh agak siapa yang datang awal-awal pagi macam ini. Pintu dibuka dan memang tepat tekaan aku, Ashraf yang datang pada waktu macam ini. Seperti biasa dia masuk tanpa disuruh. Aku menutup pintu.“Cuba kau tengok ni.” Ashraf meletakkan akhbar di atas meja. Aku membaca tajuk utama akhbar itu.Apa Sebenarnya Terjadi?Kuala LumpurMayat seorang lelaki yang ditemui parah di dada awal pagi kelmarin terus menjadi tanda tanya. Sehingga kini masih tidak dapat dipastikan sama ada mangsa dirompak oleh penjenayah atau memang dijadikan sasaran oleh pihak tertentu. Doktor mengesahkan mangsa mati akibat tikaman
IKMALAku duduk sambil memerhati anak-anak buah aku memeriksa mayat. Asap berkepul-kepul dihembus ke udara oleh aku. Beberapa minit kemudian, datang seorang lelaki yang entah dari mana (aku rasa wartawan sebab dia bawa kamera) menganggu kerja kami. Pada mulanya aku cuma biarkan sahaja tapi lama kelamaan aku tengok dia makin dekat dengan mayat. Aku terus bagi amaran supaya beredar dari sini.“Tuan. Kami jumpa benda ni.” Pihak forensik menyerahkan pendrive kepada aku. Aku memang dah agak pembunuh orang yang sama. Cara dia bunuh mangsa juga tidak berubah dan petunjuk yang dia tinggalkan tetap sama. Pendrive akan ditinggalkan bersama mangsa yang dibunuh. Aku perlu segera ke pejabat untuk melihat isi kandungan dalam pendrive ini.Pendrive di cucuk pada laptop. Muncul beberapa file di dalam pendrive itu. Mata aku tertumpu pada tarikh kelmarin. Aku pantas klik pada file itu. Dokumen tentang hal peribadi mangsa. Segala perkara seperti status
JACKAku mengambil kunci kereta di atas meja. Jaket hitam kegemaran aku disarung pada badan. Aku menenangkan diri. Aku tidak bersalah. Apa yang aku lakukan ini hanya mahu mencari keadilan di negara ini. Mereka yang bersalah tidak patut hidup bebas. Pendrive aku memasukkan ke dalam poket. Yaa ini semua untuk menuntut bela. Jadi aku tak perlu takut.Aku keluar dari rumah. Kereta dihidupkan. Rokok benda wajib yang perlu selalu ada dengan aku. Aku menghembus asap rokok ke udara. Aku dah bersedia. Kereta diluncur laju ke arah lokasi sasaran aku.Aku menurunkan tingkap kereta. Aku dah agak dia akan selalu lepak di sini. Kereta dia parking betul-betul di hadapan aku. Dia keluar dari perut kereta.“Datuk Fendi Md Ali Bin Karim.” Dia menoleh ke arah aku.“Ya saya. Ada apa-apa yang saya boleh…” Belum sempat dia habiskan ayatnya aku menumbuk perutnya sehingga tersungkur jatuh. Dia seperti kel
NAQIUDINAku memandu kereta ke tempat biasa perjumpaan kami. Perempuan yang duduk di sebelah aku seperti agak sedikit gementar. Sabar..sebentar lagi kau pasti akan ok. Aku kenal dia beberapa minggu yang lalu. Macam biasa dengan rupa aku yang tampan dan ayat-ayat manis sudah cukup untuk aku mengumpan dia bagi memenuhi kemahuan aku. Suasana malam yang gelap gelita menyukarkan aku melihat jalan walaupun aku selalu datang ke sini. Akhirnya kami sampai juga di depan bangunan yang sudah ditinggalkan bertahun lamanya.“Awak, kita dekat mana ini? Saya takut lah.” Aku memandang dia denganpandangan yang lembut. Aku genggam tangannya erat. Sekali sekala tangan aku merayap pada asetnya.“Awak kan dah janji dengan saya kan, awak sanggup buat apa saja untuk saya. Ke awak tipu saya?”Seperti biasa lakonan sangat penting bagi meneruskan misi ini.“Eh bukan macam tulah. Tempat ini macam seram sikit.” Dia mema
IKMAL“Ada apa tuan?” Aku bergegas datang ke pejabat apabila mendapat panggilan daripada pegawai atasan.“Kita dapat laporan terbaru tentang kehilangan seorang lagi remaja perempuan.” Pegawai itu menyerahkan fail kepada aku. Aku mengambil fail itu.“Ada apa-apa petunjuk lagi tentang kes pembunuhan yang berlaku baru-baru ini?” Dia menggeleng. Aku mengeluh. Nampaknya aku perlu cari sendiri.“Kau tak pelik ke? Macam mana budak-budak ini boleh tiba-tiba hilang? Kalau seorang dua takpe juga. Ini sampai beratus kot.”Naufal meletakkan pen. Dia memandang aku.“Kau rasa apa yang dia nak?” Aku cuba berfikir.“Aku rasa ni bukan kes penculikan biasa. Kalau betul kes culik kenapa dia tak call waris pelajar-pelajar tu minta wang tebusan. Betul tak? Tak rasa sia-sia ke culik saja-saja.” Aku cuba membuat andaian.“Maksud ka
IKMALAku sampai di lokasi kediaman milik Datuk Suhaimi Abdullah, seorang menteri di dalam negara ini. Aku mendapat berita yang dia telah mati dibunuh malam tadi. Kereta aku parking di tepi pondok pengawal. Aku keluar dari perut kereta. Pelik, rumah lengkap dengan pengawal dan cctv tapi masih dimasuki penjenayah. Orang ramai berebut-rebut mahu melihat kejadian itu.“Elok lah dia mati pun, tak pernah nak bergaul dengan kita. Sombong.”“Ini balasan atas perbuatan dia menganiaya orang lain.”Aku terdengar suara-suara penduduk setempat yang tinggal di sekitar kawasan ini. Betul apa orang cakap. Masa hidup kita jangan buat jahat dengan orang walaupun sedikit kejahatan yang dilakukan, orang akan kenang sampai mati.“Ha apa cerita?”Aku menyoal Naufal yang sudah berada di sini awal pagi lagi.&l
Dia bertepuk tangan. Reaksi muka dia seperti kagum dengan aku. Kemudian baru dia tersedar sesuatu.“Owh saya dah ingat. Kamu wartawan yang sering disebut-sebut orang. Yusuf bukan? Hampir-hampir saya tidak mengenali kamu. Patutlah kamu tahu banyak perkara tentang saya.” Nampaknya dia masih cam aku lagi. Dulu aku pernah siasat kes dia tetapi aku tidak dapat membuktikan yang dia bersalah.“Saya puji dengan kamu masih lagi hebat seperti dulu. Ya betul tu. Apa yang kamu cakapkan tadi semuanya benar. Pelacuran, penculikan, arak, judi semuanya saya buat. Senang je Encik Yusuf kalau mahu terlepas daripada undang-undang negara ini. Asalkan kamu ada duit, kamu boleh melakukan apa saja.”Aku dah agak dari dulu lagi. Semuanya kerja dia. Pesalah yang aku buru dari dulu lagi masih hidup senang lenang.“Jangan yakin sangat ‘Dato’. Mungkin sekarang ‘Dato’ masih lagi bebas. Tetapi kita tidak tahu kan hari esok macam mana