IKMAL
Aku sampai di lokasi kediaman milik Datuk Suhaimi Abdullah, seorang menteri di dalam negara ini. Aku mendapat berita yang dia telah mati dibunuh malam tadi. Kereta aku parking di tepi pondok pengawal. Aku keluar dari perut kereta. Pelik, rumah lengkap dengan pengawal dan cctv tapi masih dimasuki penjenayah. Orang ramai berebut-rebut mahu melihat kejadian itu.
“Elok lah dia mati pun, tak pernah nak bergaul dengan kita. Sombong.”
“Ini balasan atas perbuatan dia menganiaya orang lain.”
Aku terdengar suara-suara penduduk setempat yang tinggal di sekitar kawasan ini. Betul apa orang cakap. Masa hidup kita jangan buat jahat dengan orang walaupun sedikit kejahatan yang dilakukan, orang akan kenang sampai mati.
“Ha apa cerita?” Aku menyoal Naufal yang sudah berada di sini awal pagi lagi.
&l
Dia bertepuk tangan. Reaksi muka dia seperti kagum dengan aku. Kemudian baru dia tersedar sesuatu.“Owh saya dah ingat. Kamu wartawan yang sering disebut-sebut orang. Yusuf bukan? Hampir-hampir saya tidak mengenali kamu. Patutlah kamu tahu banyak perkara tentang saya.” Nampaknya dia masih cam aku lagi. Dulu aku pernah siasat kes dia tetapi aku tidak dapat membuktikan yang dia bersalah.“Saya puji dengan kamu masih lagi hebat seperti dulu. Ya betul tu. Apa yang kamu cakapkan tadi semuanya benar. Pelacuran, penculikan, arak, judi semuanya saya buat. Senang je Encik Yusuf kalau mahu terlepas daripada undang-undang negara ini. Asalkan kamu ada duit, kamu boleh melakukan apa saja.”Aku dah agak dari dulu lagi. Semuanya kerja dia. Pesalah yang aku buru dari dulu lagi masih hidup senang lenang.“Jangan yakin sangat ‘Dato’. Mungkin sekarang ‘Dato’ masih lagi bebas. Tetapi kita tidak tahu kan hari esok macam mana
YUSUFAku keliru. Aku berada di suatu tempat yang gelap.“Kenapa kau nak bunuh aku? Aku tak kenal kau.” Aku cuba mencari di mana datangnya suara itu. Langkahku terhenti apabila melihat seorang lelaki seperti melutut. Aku kenal dia.Baru sahaja aku mahu pergi lebih dekat, lelaki misteri berjaket hitam itu terus menikam ‘Dato’ Roslan tanpa belas kasihan. Aku kaku. Kaki aku tidak lagi mampu melangkah lebih dekat. Aku mahu berundur dari situ tanpa dikesan lelaki misteri itu.“Kau nak lari mana hehe.” Aku terus melarikan diri apabila dia sedar akan kehadiran aku. Aku tidak mahu mati dibunuh di sini.“Jangan takut. Aku takkan bunuh kau.”Aku menjerit apabila dia sudah muncul dihadapan aku. Masa itu juga aku tersedar dari tidur. Rupanya aku bermimpi. Peluh pada baju aku seolah aku sedang melarikan diri. Aku bangun dari katil. Keluhan dilepaskan.Kenapa mimpi aneh in
YUSUFAku termenung sendirian. Gambar-gambar yang aku tangkap di dalam kamera dslr aku belek. Susah untuk aku percaya semua ini tetapi ini bukan lagi satu kebetulan. Mangsa yang muncul di dalam mimpi aku akhirnya benar-benar mati dibunuh. Kepala aku serabut memikirkan tentang perkara yang tidak masuk akal ini. Keluhan berat dilepaskan. Tiba-tiba aku teringat dekat Fatin. Hati ini rasa rindu pula pada dia. Mungkin ada eloknya aku bertanya khabar.“Hey mok.”Aku menghantar pesanan ringkas.“Oittt. Kenapa haa?” Dia membalas beberapa minit kemudian.“Saja rindu haha.” Entah aku pun tak tahu kenapa terlebih jujur.“Alelelele rindu konon. Nanti jum lah lepak.” Aku tersenyum riang.“Boleh je. Bila free?” Aku tetiba tereksited lebih.“Hari Sabtu ok tak?” Aku membuka buku nota aku. Yes free.“Ok set.” Kam
NAQIUDINAku berehat seketika. Peluh pada badan aku masih belum hilang lagi. Alat kawalan jauh di atas meja aku ambil. Aku menekan butang on. Aku melihat siaran berita yang disiarkan. Isu-isu tentang campur tangan negara asing di dalam negara semakin hangat diperkatakan. Aku cuba menghadam kata-kata daripada pemberita itu. Pemberita itu petah berkata-kata tentang topik hubungan diplomatik antara negara. Sebenarnya dasar luar sesebuah dibentuk bertujuan untuk menjamin kestabilan dan keutuhan negara serta mengekalkan kedaulatannya. Hubungan diplomatik dilakukan bagi menjalinkan hubungan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari segi ekonomi mahupun keselamatan. Bermula daripada condong ke Barat pada awal kemerdekaan kepada dasar yang lebih terbuka dalam menjalinkan hubungan diplomatik tanpa mengira ideologi, kedudukan atau mengharapkan sokongan antarabangsa dalam melindungi keselamatan dan kedaulatan negara. Pujian patut diberikan kepada negara Malaysia yang
YUSUFAku tiba di hadapan rumah Fatin. Dia terus keluar apabila nampak kereta aku berhenti di hadapan rumahnya. Fatin memakai tshirt hitam lengan panjang dan seluar jeans biru. Rambut yang dibiar tidak diikat menambahkan lagi kecantikannya.“Kita nak pergi ke tempat lain atau Yusuf memang nak memandang Fatin je hari ni.” Aku tersedar. Dia ketawa mengekeh.“Fatin cantik sangat tu yang Yusuf terpukau. Pakai susuk ek?”Tangan aku terus dicubit dek kerana mulut aku yang tiada insurans.“Tak perlu pakai susuk okey. Fatin memang cantik asli.” Dia ketawa setelah memuji dirinya sendiri. Aku memandu meninggalkan kawasan perumahan Fatin. Aku mahu bawa dia pergi ke sesuatu tempat.Aku membiarkan Fatin bercakap kerana aku mahu menjadi pendengar sahaja. Banyak benda yang dibualkan. Sudah lama kami tidak berjumpa sehingga aku terlupa yang Fatin ini seorang yang banyak mulut. Bercakap dari dalam k
NAQIUDINAku memberhentikan kereta di hadapan bangunan. Perempuan bernama Natalia yang aku kenal di dalam facebook kini sudah masuk ke dalam perangkap aku. Aku kagum dengan dia lain dari yang lain. Kebanyakan mangsa aku kalau bawa ke tempat begini mesti banyak bunyi tapi dia rilek je aku tengok. Dah memang sosial agaknya perempuan ni. Aku mengajaknya keluar dari perut kereta. Aku melihat bonjolan kembar Natalia. Menaikkan syahwat para lelaki. Aku membiarkan dia berjalan di depan supaya aku dapat melihat punggungnya yang bulat meliuk-liuk ketika melangkah.“You ni pandang I macam nak terkam je I tengok hehe.” Usik dia dengan nada manja. Aku sudah tidak dapat tahan lagi. Memang aku nak terkam kau pun.Aku merenung wajah Natalia. Kedua-dua belah tangan aku diletakkan di atas bahunya. Dia seperti tidak kisah. Bisikan syaitan yang syahdu bertiup sepoi-sepoi lembut di telinga aku. Natalia mendongak sedikit kerana aku lebih tinggi
IKMALPuas aku pujuk Datuk Afendi supaya biarkan pihak polis untuk menjaga keselamatannya kerana yakin dia sasaran seterusnya si pembunuh, tetapi dia tetap degil. Dia bertegas tidak mahu privasinya diganggu. Malah dia dengan bongkak memperlekehkan kerjaya polis dalam melindungi masyarakat awam sepertinya. Dia lebih percaya pada pengawal peribadinya yang dibayar.Aku mengalah. Kalau itu yang mahukan aku tidak boleh paksa tetapi aku telah membuat keputusan untuk memerhati keadaan Datuk Afendi secara senyap tanpa pengetahuan sesiapa. Naufal juga tidak mengetahui tentang hal ini. Aku telah membuat keputusan untuk menangkap sendiri pembunuh itu dengan tangan aku sendiri. Walaupun aku telah melanggar arahan pihak atasan, aku tidak kisah asalkan aku dapat buktikan kepada mereka yang aku mampu menangkap pembunuh yang paling dikehendaki ini.Aku melihat jam di tangan. Pukul 2 pagi. Maknanya aku sudah berada di sini hampir 3 jam. Aku cekalkan hati untuk s
YUSUFAku duduk di atas katil. Badan aku terasa lenguh. Malam tadi aku tidak dapat tidur lena kerana bermimpi perkara yang sama. Hairan. Mimpi itu seolah nyata kerana aku rasa seperti aku betul-betul berada di sana. Loceng rumah berbunyi. Aku bangun dari katil untuk membuka pintu. Ashraf berdiri di luar dengan muka seposen.“Bro, aku tunggu kau lama dekat luar. Kau buat apa ha kat dalam tu. Haa aku tau.” Melihat dia tersengih-sengih sorang-sorang tu buat aku malas layan.“Ada apa kau datang awal-awal pagi ini?” Soal aku secara terus untuk tahu tujuan dia datang ke rumah aku.“Hehe. Aku dapat berita panas. Mesti kau suka punya. Kes bunuh.” Jawab dia dengan nada gembira. Aku kerutkan dahi.“Berita biasa je kes bunuh tu. Apa yang menarik sangat?” Aku masuk ke dalam rumah. Ashraf mengikuti aku dari belakang.“Macam mana kalau yang jadi pembunuh tu seorang anggota polis?