Syam pergi ke hospital untuk bertemu Jack. Bulan ini dia kerap bertemu Jack untuk melaporkan segala perkara yang berlaku. Entah lah dia berasa lega apabila menceritakan perkembangan dan informasi yang penting untuk Jack tahu. Lelaki itu sudah pun menunggunya.
“Kau macam mana sekarang?” Soal Syam melihat Jack yang sedang merenung dinding.
“Macam biasa. Cuma semalam aku dapat ilham. Ada sesuatu bakal berlaku dalam negara kita. Tapi aku perlukan kau untuk pastikan perkara ini berjaya”. Jack menoleh ke arah Syam.
“Apa yang aku boleh tolong?” Syam semakin teruja.
“Kau percaya pada Iqbal? Orang suruhan kerajaan itu?” Jack seperti menguji Syam. Dia tidak memberi respon.
“Percaya tu takde lah sangat. Cuma aku terpaksa bantu dia sebab mereka ada rekod jenayah aku dan Emily”. Syam memberitahu kebenaran. Jujurnya dia masih ragu-ragu dengan Iqbal.
“Tidak mengapa. Aku per
Zamarul masuk ke dalam rumah yang agak usang. Di sini merupakan rumah dia bersama keluarganya dahulu. Hoodie yang menutup kepala di buka kasar. Dia menyumpah seranah polis yang menemui kotak kayu itu. Jadi benar lah dia bukannya berhalusinasi seperti dituduh pendakwa raya atau saksi yang lain. Mereka semua memang menipu akan mayat isteri dan anaknya. Dia perlu mencari cara untuk mengetahui pengecaman mayat itu. Zamarul mengeluarkan pisau. Malam ini akan ada pembunuhan lagi. Dia tidak akan biarkan para menteri hidup bersenang-lenang. Zamarul membersihkan badan. Dia akan menghantar seorang lagi malam ini bertemu pencipta.Syam dan Emily terkejut mendengar berita yang terpapar pada televisyen. Pihak polis menemui rangka yang berada di dalam kotak kayu. Di anggarkan rangka itu hampir 5 tahun berada di situ. Iqbal yang membongkar penemuan misteri itu. Maka tumbuh satu lagi cabang persoalan dalam kes ini. Rangka di belakang Rumah Anjang?“Gila weh.
Syam membawa bungkusan barang seperti yang diminta Jack. Dia sendiri pun sebenarnya tidak tahu barang apa yang terkandung di sebalik bungkusan ini. Jack menanti sambil badannya menghadap dinding.“Ini barang yang kau minta”. Syam meletakkan barang tersebut di bawah pintu. Jack tersenyum. Tanpa berfikir panjang, dia terus menumbuk pintu kaca yang selama ini menghalang antara dirinya dengan Syam. Kaca itu berderai. Jack mengambil bungkusan itu. Syam terkejut dengan tindakan Jack itu. Riak wajah Jack sangat berbeza dari biasa. Rupanya sangat menakutkan. Jack memasukkan tangan dalam bungkusan mencari sesuatu. Dia tersenyum apabila mengeluarkan picagari.“Kau tahu. Ini merupakan suntikan terakhir yang ditinggalkan oleh Dr Rashid. Tujuannya supaya mesin pembunuhnya sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Macam keadaan sekarang ini”. Jack menyuntik tangannya. Cecair berwarna biru itu mengalir masuk ke dalam tubuh badannya
Datuk Firman mendongak memandang Alex. Dia berasa marah apabila mereka masih belum dapat membunuh lelaki yang menganggu perniagaannya. Dia memberi Alex peluang untuk segera melaksanakan tugasan itu. Alex keluar dari rumah Datuk Firman setelah di beri peluang terakhir. Datuk Firman bersandar pada kerusi. Dia mula teringat akan Mizi, anaknya yang mati dibunuh. Adakah karma sedang memburu dirinya semula? Datuk Firman berdiri lalu bergerak ke arah sebuah peti besi yang mempunyai kata laluan yang hanya dia seorang yang tahu. Enam angka kata laluan ditekan sebelum melakukan imbasan muka selesai dilakukan baru lah pintu peti besi itu terbuka. Di dalam fail ini mengandungi fail kes asli yang telah ditukarkan dengan yang palsu ketika pembicaraan Zamarul. Dia telah membeli jiwa Pendakwa Raya, peguam dan hakim sebelum pembicaraan bermula. Mereka telah bersama-sama merancang membantu Datuk Firman melunaskan dendamnya yang membuak apabila kematian anaknya. Datuk Firman juga mengupah para doktor
Lorong gelap dan sunyi itu seakan kembali hidup sejak bulan ini. Kawasan ini telah menjadi kawasan panas yang perlu wanita elak apabila pulang pada lewat malam. Kecoh apabila tersebar mengatakan seorang lagi pembunuh bersiri menggemparkan masyarakat apabila menjadikan wanita muda sebagai sasaran. Dia akan merogol dan membunuh mereka. Sama seperti kes lama dahulu gempar anggota polis Haris Naufal merupakan pelaku jenayah itu. Namun, pembunuh bersiri kali ini lebih kejam dan melakukan secara terang-terangan.Seorang pelayan wanita dari kelab malam Mentari mula selesai syif pada pukul 2 pagi. Dia sudah bersiap untuk pulang. Keadaan sekarang menyebabkan dia sukar mendapatkan grab atau uber pada waktu begini. Hal ini mungkin juga kerana kes pembunuhan sering berlaku di bandar ini sehingga menimbulkan kerisauan. Dia berjalan melepasi beberapa bangunan dengan memandang langkahnya. Dia menelan air liur apabila menyedari ada seseorang turut mengikutinya
Di satu kawasan yang lain, seorang lelaki masuk ke dalam rumah. Dia meletakkan makananan ringan yang baru di beli. Dia sudah sedia maklum akan segala kelam kabut yang berlaku tentang Rumah Anjang, cubaan membunuh Presiden dan juga muncul pula pembunuh bersiri. Dia membuka laptop sambil memandang monitor yang terpapar muka-muka sasaran Zamarul. Sebenarnya pihak berkuasa tidak tahu bahawa dia berjaya mengakses maklumat fail sulit tentang kes Zamarul. Jadi dia mahu bermain-main dengan para menteri. Dia juga yang menyalurkan maklumat selama ini kepada Zamarul. Dia hanya merancang manakala Zamarul akan turun padang melaksanakan segala perintah. Lagipun ini perjanjian selepas dia membebaskan Zamarul dari penjara kejam itu. Mereka sanggup melakukan apa sahaja supaya kes itu disembunyikan. Bayangkan apabila Presiden mengarahkan pengawal penjara menyeksa Zamarul dan ada juga pakar-pakar yang dirasuah cuba untuk memanipulasi minda Zamarul. Mujur dia sempat menghalang rancang
Pintu dibuka secara kasar dari luar. Mereka mula memecahkan pintu apabila tiada respon. Syam dan Emily mendengar tapak kaki dan suara orang berbual dari bawah. Syam yakin mungkin polis sudah mula masuk ke dalam rumah. Keadaan riuh di bawah seakan ramai orang yang cuba mencari mereka. Syam mengintai di sebalik lubang kecil. Dia pelik apabila melihat mereka itu seakan berbeza dari polis. Badan mereka tegap dan memakai pakaian hitam. Di lengan salah seorang dari kalangan mereka mempunyai tatu.“Polis boleh ada tatu ke?” Bisik Syam perlahan di telinga Emily. Perempuan itu mengangkat bahu.“Kalau ikut informan, ini rumah perempuan tu tinggal. Kami syak yang perempuan tu seorang penggodam yang melakukan huru hara. Jadi tak mustahil juga dia berkait dengan fail Laura”. Salah seorang konco memberitahu Alex. Syam curi-curi dengar perbualan mereka. Nampaknya mereka sudah tahu Emily seorang penggodam. Sekarang mereka berada dalam situasi bahaya
Alisya mula menangis apabila melihat Iqbal dipukul. Qistina hanya mampu menangis. Alex mengangkat Iqbal untuk paksa berdiri.“Kau tengok isteri kau tu? Tak kesian ke kalau kau setakat nak simpan rahsia sangat? Eh kau ingat jabatan kau tu nak bantu kau? Kau silap”. Datuk Firman merenung Iqbal. Dia mencampak fail tebal ke atas lantai. Fail yang diberi Dato Borhan kepada Iqbal.“Sebenarnya banyak rahsia dalam fail ini. Aku puji Borhan sebab mampu menghasilkan fail macam ni. Cuma dia sengaja buat samar-samar untuk mengugut aku. Alang-alang kau nak tahu sangat, mari aku cerita. Ya, betul segala dalam fail Laura tu benar. Membunuh, menyeleweng wang, rumah pelacuran semuanya aku yang rancang. Borhan orang yang berani halang aku. Dia ugut aku akan pastikan projek aku ni akan hancur. Masa tu dia cipta Jack, dengan harapan nak hapuskan jenayah dalam negara. Tapi akhirnya memakan diri. Aku pun tak kisah sangat sebab aku tahu dia takkan bunuh aku. Unt
Iqbal termenung lama. Zamarul sudah selesai menceritakan tentang segala perkara yang menimpa dirinya. Perkara yang selama ini Iqbal siasat ternyata benar. Zamarul telah dikhianati pihak kerajaan sendiri. Akhirnya, dia telah membuat keputusan untuk menembus semula hak hidupnya.“Kejap…Jadi Jack sebenarnya memang ada keinginan untuk memerintah?” Syam seperti terkejut.“Aku yakin itu personaliti baru dirinya. Dia bersama ahli korporat yang lain sudah menyusun strategi untuk menggulingkan kerajaan”. Zamarul duduk memandang Syam.“Jadi kau di pihak mana?” Emily seperti curiga. Mungkin takut untuk memberi kepercayaan pada orang tidak kenal.“Buat masa sekarang aku menjadi boneka Jack. Dalam masa yang sama aku membalas dendam terhadap musuh aku. Besok aku akan melakukan sesuatu yang besar”. Zamarul memberitahu rancangannya.“Aku akan bantu kau. Aku juga mahu tuntut semula hak aku”. Iqbal s