Share

(S2) BAB 6

Wartawan sudah memenuhi ruang apabila mengetahui anak kepada Presiden, Mizi menjadi tertuduh dalam kes Rumah Anjang. Mereka tidak mahu melepaskan peluang ini untuk menjadi media pertama melaporkan berita itu. Zamarul turun dari kereta sambil menutup mukanya. Semua orang tidak mengenali Zamarul kerana dia yang menguruskan kes ini. Hari ini merupakan hari pertama Mizi dihadapkan ke mahkamah. Mizi masuk ke dalam mahkamah sambil tersenyum. Zamarul pelik melihat Mizi seperti ada sesuatu yang aneh. Zamarul memandang mencari apa yang mungkin bakal terjadi. Zamarul terkejut sebelum menjerit...

"Tunduk semua!!!" Jerit Zamarul apabila bunyi letupan itu menggegarkan sekeliling kawasan. Kereta yang berdekatan di situ kesemuanya hancur dan terpelanting. Pihak media ramai yang cedera parah akibat letupan itu. Zamarul memandang Mizi yang sudah hilang di depan mata.

"Sial..." Zamarul bangun mencari kelibat Mizi. Dia menerima panggilan.

"Sarjan. Presiden nak jumpa kau sekarang."

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status