Share

(S3) BAB 13

Aku campak pistol ke tanah. Pisau yang sentiasa di belakang pinggang dikeluarkan. Aku menarik nafas dalam-dalam. Menanti saat yang sesuai untuk aku menyerang.

“ Lan, serang.”

Arah Kamal sebagai pemerhati. Aku terus keluar menikam seorang demi seorang.

Ady melepaskan tembakan menggila. Salman membantu aku daripada diserang dari belakang. Banyak nyawa yang terkorban. Mereka seolah tidak mahu mengalah. Taat setia kepada Jack, membuatkan mereka rela berkorban nyawa. Bukan kerana negara. Tapi kerana minda mereka telah di tanam ideologi Jack.

“ Lan, aku rasa korang takkan mampu bertahan lama.”

Kamal sudah rasa tak sedap hati melihat makin ramai pengikut Jack yang datang.

“ Kau telefon team kita sekarang.”

Kata aku meneruskan rancangan kami. Kamal akur.

“ Perhatian. Team Alpha. Sila datang ke lokasi Anggerik segera. Saya ulang. Team Alpha sila datang ke lokasi Angge

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status